Ujian Trinity diadakan dalam Projek Manhattan laksanaan Tentera Darat Amerika Syarikat melibatkan peletusan sebuah bom atom di Lapangan Bom dan Persenjataan Alamogordo, gurun Jornada del Muerto tenggara New Mexico pada tanggal 16 Julai 1945 menguji bom direka bermuatan plutonium bergelar The Gadget ("Alat") yang serupa model bom nuklear yang bakal dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki pada 9 Ogos kelak. Projek ini diterajui J. Robert Oppenheimer pengarah Makmal Los Alamos berikutan perbincangan dilakukan di sana yang diluluskan Jen. Brig. Leslie R. Groves, Jr., pengarah projek tersebut.[1] Perancangannya diserahkan kepada Kenneth Bainbridge. Nama "Trinity" diberikan Oppenheimer sempena salah satu karangan sajak nukilan John Donne sebelum kematian penyajak tersebut pada 1531.

Pandangan dekat peledakan alat Gadget serta bebola api yang terbentuk sekuat kira-kira 25 kilotan TNT.

Kawasan kawah tinggalan ledakan ini sendirinya masih mengandung unsur radioaktif lebih 70 tahun selepas ujian ini dengan kadar radiasi tersisa didedahkan dalam masa 1 jam diukur lebih tinggi dari pendedahan radiasi semulajadi seharian dibenarkan untuk orang dewasa.[2] Lingkungan pinggir sekelilingnya dijadikan Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan pada 1965, sebuah tugu batu setinggi 3.65 m didirikan memperingati ujian tersebut.

Peledakan sunting

Cuaca paling optimum dengan angin baratan tenang dan kelembapan rendah dimahukan para saintis menjalankan ujian ini dijangka antara 18 dan 21 Julai, namun Presiden Harry S. Truman mendesak agar ujian dilakukan seawal mungkin sebelum beliau menghadiri Persidangan Potsdam, maka tarikh pengujian ditetapkan seawal komponen-komponen bom ini boleh segera diperolehi pada 16 hari bulan sama.[3]

16 Julai: hari besar sunting

Pemasangan The Gadget di menara
Bom The Gadget selepas diangkat naik atas menara

Bom tersebut ditempatkan atas sebuah binaan menara besi berketinggian 20 meter. Peledakan bom dirancang pada tepat jam 04:00 Waktu Zon Gunung Amerika Syarikat (UTC−07:00) namun terpaksa ditunda kerana keadaan cuaca hujan dan sambaran kilat yang melanda dari awal pagi hari itu yang dikhuatiri boleh menyebarkan bahaya radiasi sisa luruhan serta mencetuskan ledakan mengejut.[4] Laporan cuaca yang mereda pada jam 04:45 memberi peluang kepada pasukan pengkaji melakukan peledakan itu semerta,[5] kiraan turun selama 20 minit bermula pada jam 05:10 diumumkan Samuel Allison.[6]

Sepuluh orang sahaja yang dipilih mengikuti ujikaji ini secara langsung selain Bainbridge dan Oppenheimer sendiri iaitu Richard Tolman, Vannevar Bush, James Conant, Jen. Brig. Thomas F. Farrell, Charles Lauritsen, Isidor Isaac Rabi, Geoffrey Taylor dan James Chadwick.[7] Mereka semua bertumpu ke Bukit Compania kira-kira 20 batu (32 km) barat laut dari menara tersebut.[8]

Penyaksian sunting

Pada jam 05:29:21 waktu tempatan dengan sasaran ± 15 saat,[9] alat tersebut diledakkan dengan tenaga sekuat 24.8 ± 2 kilotons of TNT (103.8 ± 8.4 TJ).[10] Gunung-ganang sekeliling tempat kejadian diamati lebih terang dari semasa waktu siang selama 1-2 saat sambil bahang di kem pangkalan dirasai "sepanas ketuhar". Pijaran yang membenderang mulanya berwarna ungu berubah ke hijau dan akhirnya putih. Deruman gelombang kejutannya mengambil masa 40 saat dari titik pusat sampai didengari para pemerhati, gegarannya dapat dirasai sejauh 100 batu (160 km) away. Awan cendawan yang terbentuk membesar setinggi 7.5 batu (12.1 km).[11]

 
Gambar berwarna anak awan ledakan oleh Jack Aeby di tempat kejadian

Serentaknya Robert Oppenheimer memerhati letupan besar itu, terlintas di fikirannya bait dari kitab Bhagavad Gita (XI,11-2):

दिवि सूर्यसहस्रस्य भवेद्युगपदुत्थिता।

यदि भाः सदृशी सा स्याद्भासस्तस्य महात्मनः।।
divi sūrya-sahasrasya bhaved yugapad utthitā
yadi bhāḥ sadṛṥī sā syād bhāsas tasya mahātmanaḥ
[12]


("Jikalau sinaran seribu suria menerang sekaligus di langit, sinaran itulah yang sama menyerlahnya dari yang maha atma...")[13][14]

Bertahun-tahun kemudian, beliau menerangkan lanjut bahawa dia turut memikirkan suatu ayat berkait sewaktu mereka semua menyaksikan letupan itu:

We knew the world would not be the same. A few people laughed, a few people cried. Most people were silent. I remembered the line from the Hindu scripture, the Bhagavad Gita; Vishnu is trying to persuade the Prince that he should do his duty and, to impress him, takes on his multi-armed form and says, 'Now I am become Death, the destroyer of worlds.' I suppose we all thought that, one way or another.
("Kami sedar dunia kita tidak akan sama lagi. Ada [sedikit orang] yang tertawa, ada yang menangis. Banyak yang membisu. Saya teringat satu bait dari kitab Hindu Bhagavad Gita yang mana Wisnu cuba memujuk Si Putera agar menjalankan kewajibannya, dan menjelma berupa banyak tangan sambil berkata, 'Akulah sang Kematian, pemusnah loka-loka.' Saya rasa kami semua ada berfikiran sama begitu.")[15][a]

Tidak lama selepas benderang ledakan tersebut mereda dan para hadirin menenangkan diri, Bainbridge berkata Oppenheimer, "Kini kita semua orang dibenci".[nota 1] Isidor Rabi pula memerhatikan lenggok jalan Oppenheimer yang keluar dari keretanya dengan berhati-hati kerana rasa sedarnya apa yang berlaku.[20]

Pemeriksaan kesan tempat ledakan sunting

Ledakan itu meninggalkan kawah sedalam 4.7 kaki (1.4 m) dan seluas 88 ela (80 m).[21] Suatu lapisan kaca tipis hijau radioaktif hasil peleburan pasir silika gurun yang disebut trinitit[22] meliputi jarak jejari sepanjang 330 ela (300 m).[21] Kawasan tersebut diukur keras radiasinya oleh salah satu pemandu kereta kebal ke sana setinggi 13 hingga 15 roentgen.[23]

Nota sunting

  1. ^ Menurut penampilan dalam dokumentari televisyen The Decision to Drop the Bomb (1965).[15] teks asalnya dalam bahasa Sanskrit, "kālo'smi lokakṣayakṛtpravṛddho lokānsamāhartumiha pravṛttaḥ" (XI,32),[16] diterjemahkan terus beliau sendiri yang mempelajari dan memahami bahasa tersebut. Ungkapan asalnya "penghancur loka" (shatterer of worlds) pertama kali terbit dalam cetakan majalah Time pada 8 November 1948;[17] petikan tersebut diabadikan dalam buku Brighter than a Thousand Suns: A Personal History of the Atomic Scientists (1958) nukilan Robert Jungk yang menemubual Oppenheimer.[13] Lihat juga Hijiya, The Gita of Robert Oppenheimer.[18]
  1. ^ Petikan asal: "Now we are all sons of bitches."[19]

Rujukan sunting

  1. ^ Jones 1985, m/s. 76.
  2. ^ "White Sands Missile Range > Trinity Site > Radioactivity". White Sands Missile Range, Public Affairs Office. 8 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2022. Dicapai pada 8 March 2022.
  3. ^ Hoddeson dll. 1993, m/s. 364.
  4. ^ "Countdown" (PDF). Los Alamos: Beginning of an Era, 1943–1945. Los Alamos Scientific Laboratory. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada August 26, 2014. Dicapai pada August 24, 2014.
  5. ^ Hoddeson dll. 1993, m/s. 365.
  6. ^ Norris 2002, m/s. 404.
  7. ^ Bainbridge 1976, m/s. 25.
  8. ^ Calloway, Larry (Jul 1995). "The Nuclear Age's Blinding Dawn". Albuquerque Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2018. Dicapai pada 1 Feb 2019.
  9. ^ Gutenberg 1946, m/s. 327–330.
  10. ^ Selby, Hugh D.; Hanson, Susan K.; Meininger, Daniel; Oldham, Warren J.; Kinman, William S.; Miller, Jeffrey L.; Reilly, Sean D.; Wende, Allison M.; Berger, Jennifer L.; Inglis, Jeremy; Pollington, Anthony D.; Waidmann, Christopher R.; Meade, Roger A.; Buescher, Kevin L.; Gattiker, James R.; Vander Wiel, Scott A.; Marcy, Peter W. (October 11, 2021). "A New Yield Assessment for the Trinity Nuclear Test, 75 Years Later". Nuclear Technology. 207 (sup1): 321–325. arXiv:2103.06258. Bibcode:2021NucTe.207S.321S. doi:10.1080/00295450.2021.1932176. S2CID 244134027 Check |s2cid= value (bantuan).
  11. ^ Smyth 1945, m/s. 247–254.
  12. ^ "Bhagavad Gita XI.12". Gita Supersite by Indian Institute of Technology Kanpur. 2 September 2017.
  13. ^ a b Jungk 1958, m/s. 201.
  14. ^ "Bhagavad Gita As It Is, 11: The Universal Form, Text 12". A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2013. Dicapai pada July 19, 2013.
  15. ^ a b "J. Robert Oppenheimer on the Trinity test (1965)". Atomic Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2008. Dicapai pada May 23, 2008.
  16. ^ "Chapter 11. The Universal Form, text 32". Bhagavad As It Is. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2012. Dicapai pada October 24, 2012.
  17. ^ "The Eternal Apprentice". Time. November 8, 1948. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2013. Dicapai pada March 6, 2011.
  18. ^ Hijiya 2000, m/s. 123–124.
  19. ^ Bainbridge 1975, m/s. 41.
  20. ^ Monk 2012, m/s. 456–457.
  21. ^ a b Hermes, Robert E.; Strickfaden, William B.; Eckles, Jim (2005). "A New Look at Trinitite" (PDF). Nuclear Weapons Journal (2): 2–7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada October 19, 2020. Dicapai pada September 15, 2020.
  22. ^ Parekh dll. 2006, m/s. 103–120.
  23. ^ Hacker 1987, m/s. 99–101.
Sumber utama