Ujian Turing dibangunkan oleh Alan Turing pada tahun 1950 untuk menguji keupayaan mesin menunjukkan tingkah laku pintar yang bersamaan atau tiada bezanya dengan tingkah laku manusia. Turing mencadangkan bahawa penilai manusia akan menilai perbualan bahasa semulajadi antara seorang manusia dan sebuah mesin yang direka untuk menjana jawapan yang seakan-akan manusia. Penilai dijangka sedar bahawa salah satu pihak dalam perbualan ini merupakan mesin, dan semua peserta akan terpisah dari satu sama lain. Perbualan akan terhad kepada saluran berasaskan teks seperti melalui papan kekunci dan skrin jadi hasilnya tidak akan bergantung pada keupayaan mesin untuk menterjemahkan kata-kata tersebut sebagai ungkapan.[2] Jika penilai tidak boleh dapat mengenal pasti dengan jelasnya perbualan mesin daripada manusia, mesin ini dikatakan telah lulus ujian ini. Ujian ini tidak menilai keupayaan memberikan jawapan yang benar untuk pertanyaan, hanya sedekat manakah jawapan menyerupai manusia akan diberikan oleh mesin.

"Tafsiran standard" Ujian Turing di mana pemain C yang merupakan penyoal-siasat diberikan tugas menentukan mana satu pemain – A atau B – yang merupakan komputer dan mana satu lagi yang merupakan manusia. Penyoal-siasat hanya dibolehkan menggunakan jawapan kepada soalan yang ditulis untuk membuat penentuan sebegini.[1]

Ujian ini diperkenalkan oleh Turing dalam laporannya bertajuk Computing Machinery and Intelligence ("Jentera dan Kecerdasan Pengkomputeran") sewaktu bekerja di Universiti Manchester (Turing, 1950; p. 460).[3] Laporan ini dimulakan dengan kata-kata berikut: "Saya ingin mengusulkan persoalan, 'Bolehkah mesin-mesin berfikir?' " Disebabkan "pemikiran" begitu sukar untuk ditakrifkan, Turing memilih untuk "menggantikan soalan ini dengan soalan lain yang berkait rapat dengannya dan dinyatakan dalam perkataan agak jelas."[4] Pertanyaan baru Turing adalah: "Apakah ada komputer digital boleh dibayangkan yang akan berjaya dalam permainan peniruan?"[5] Soalan ini dipercayai Turing sebagai satu soalan yang memang boleh dijawab. Dalam baki penulisan ini, beliau mempertikaikan semua bantahan utama terhadap usul bahawa "mesin berupaya berfikir".[6]

Sejak Turing memperkenalkan ujian ini buat kali pertamanya, ia dibuktikan mendapat kedua-dua pengaruh dan banyak kritikan yang besar, dan ia telah menjadi satu konsep yang penting dalam falsafah kecerdasan buatan.[7][8]

Nota sunting

  1. ^ Image adapted from Saygin, 2000.
  2. ^ Turing pada asalnya mencadangkan sebuah teleprinter, salah satu sistem komunikasi berasaskan teks tunggal yang ada pada tahun 1950.
  3. ^ "The Turing Test, 1950". turing.org.uk. The Alan Turing Internet Scrapbook.
  4. ^ Turing 1950.
  5. ^ ((Turing 1950, p. 442) Turing does not call his idea "Turing test", but rather the "Imitation Game"; however, later literature has reserved the term "Imitation game" to describe a particular version of the test.
  6. ^ Turing 1950, halaman 442–454 dan juga Russell & Norvig (2003, p. 948), di mana terdapat ulasan yang menyebut: 'Turing examined a wide variety of possible objections to the possibility of intelligent machines, including virtually all of those that have been raised in the half century since his paper appeared ('Turing mengkaji pelbagai jenis pertelingkahan yang mungkin terhadap wujudnya mesin pintar, termasuklah hujahan yang dibangkitkan setengah abad selepas laporannya diterbitkan') .' "
  7. ^ Saygin 2000.
  8. ^ Russell & Norvig 2003.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "FOOTNOTESaygin2000" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.