Ujian nyala ialah suatu prosedur analisis yang digunakan dalam kimia untuk mengesan kehadiran unsur-unsur tertentu, terutamanya ion logam, berdasarkan ciri spektrum pancaran setiap unsur kimia. Warna api secara umumnya juga bergantung pada suhu.

Suatu ujian nyala yang dijalankan pada halida kuprum. Ciri api nyalaan yang berwarna hijau adalah disebabkan oleh kuprum tersebut.
Api-api berbeza yang dihasilkan penunu Bunsen bergantung pada aliran udara melalui injap:
  1. injap udara ditutup
  2. injap udara hampir ditutup sepenuhnya
  3. injap udara dibuka separa
  4. injap udara dibuka penuh-penuh

Proses sunting

Sampel unsur atau sebatian diperkenalkan kepada api nyalaan panas dan tidak bercahaya dan seterusnya memerhati warna api nyalaan yang dihasilkan. Idea yang diusulkan dari proses ini ialah atom-atom sampel meruap lalu akan memancarkan cahaya apabila dipanaskan api. Sampel juga memancarkan cahaya dalam jisim pukalnya namun cahaya yang dihasilkan ini tidak sesuai untuk analisis. Sampel pukal memancarkan cahaya disebabkan oleh pergerakan atom sampel, oleh itu spektrum yang dibawanya luas dan terdiri daripada pelbagai warna. Atom berasingan sampel yang wujud dalam api boleh dipancarkan hanya disebabkan peralihan elektronik peralihan yang berbeza antara tahap-tahao tenaga atom yang berbeza. Peralihan-peralihan ini memancarkan cahaya yang berfrekuensi tertentu iaitu ciri-ciri kimia unsur sampel sendiri. Oleh itu, warna api nyalaan ditentukan oleh sifat unsur kimia dalam bahan yang dimasukkan ke dalam api. Ujian ini agak mudah untuk disediakan, oleh itu eksperimen sebegini sering ditunjukkan atau dijalankan di kelas sains di sekolah-sekolah.

Sampel biasanya diletakkan pada wayar platinum yang dibersihkan berkali-kali dengan asid hidroklorik untuk menghilangkan kesan surih bahan sebelumnya.[1] Sebatian sampel ini biasanya dilumatkan menjadi pes dengan asid hidroklorik pekat menjadi halida logam yang memeberikan hasil yang lebih jelas akibat sifat mudah meruapnya. Api yang berbeza harus dicuba terlebih dahulu untuk mengelakkan data yang salah disebabkan oleh api yang "tercemar" atau kadangkalanya untuk mengesahkan ketepatan warna. Dalam kelas kimia yang dilakukan di sekolah menengah, batang kayu kadangkalanya digunakan, kebanyakannya kerana larutan boleh dipakaikan padanya serta kosnya yang murah. Dawai nikrom kadang-kadang juga digunakan. Batang kayu harus dihalakan dengan berhati-hati melalui api dan bukannya di dalam api tersebut untuk tempoh yang lama, untuk mengelakkan menyalakan batang kayu itu sendiri. Penggunaan putik kapas[2] atau busa melamin sebagai sokongan juga telah dicadangkan.

Unsur-unsur yang biasa sunting

Beberapa unsur yang sering digunakan dengan warna yang berpadanan adalah seperti berikut:

Simbol Nama Warna Imej
Al Aluminium Perak keputihan apabila dalam kepanasan tinggi seperti arka elektrik, biru muda
As Arsenik Biru  
B Boron Hijau terang
 
Ba Barium Hijau pucat/ hijau pucuk pisang
Be Berilium Putih
Bi Bismut Biru langit
Ca Kalsium Merah bata, hijau terang jika dilihat melalui kaca biru  
Cd Kadmium Merah bata
Ce Serium Biru
Co Kobalt Perak keputihan
Cr Kromium Perak keputihan
Cs Sesium Biru kelembayungan  
Cu(I) Kuprum(I) Hijau kebiruan
Cu(II) Kuprum(II) (bukan halida) Hijau  
Cu(II) Kuprum(II) (halida) Biru-hijau
Ge Germanium Biru pucat
Fe(II) Ferum(II) Keemasan apabila sangat panas misalnya dalam arka elektrik, biru terang atau hingga bertukar menjadi jingga keperangan
Fe(III) Ferum(III) Jingga keperangan  
Hf Hafnium Putih
Hg Hidroargirum Merah
In Indium Biru nila/Biru
K Kalium Lilac  
Li Litium Merah lembayung; halimunan jika dilihat melalui kaca hijau  
Mg Magnesium (none), but for burning Mg metal putih kuat
Mn (II) Mangan (II) Hijau kekuningan
Mo Molibdenum Hijau kekuningan
Na Natrium Kuning kuat; halimunan jika dilihat melalui kaca biru kobalt  
Nb Niobium hijau atau biru
Ni Nikel Perak keputihan (kadangkalanya diperhatikan tidak berwarna)
P Fosforus Pale bluish hijau
Pb Plumbum biru/putih  
Ra Radium Crimson
Rb Rubidium merah-violet  
Sb Antimoni Hijau pucat  
Sc Skandium Jingga
Se Selenium Biru langit
Sn Tin Biru keputihan
Sr Strontium Crimson to Scarlet, kekuningan through hijau glass and violet through biru cobalt glass  
Ta Tantalum Biru
Te Telurium Hijau pucat
Ti Titanium Perak keputihan
Tl Talium Hijau tulen
V Vanadium Hijau kekuningan
W Tungsten
Hijau
Y Itrium
Carmine, merah lembayung, atau merah menyala
Zn Zink
Tanpa warna (kadangkala diperhatikan berwarna hijau kebiruan)
 
Zr Zirkonium
Merah sederhana

Rujukan sunting

  1. ^ Jim Clark (2005). "Flame Tests". Chemguide.
  2. ^ Sanger, Michael J.; Phelps, Amy J.; Catherine Banks (2004). "Simple Flame Test Techniques Using Cotton Swabs". Journal of Chemical Education. 81 (7): 969. Bibcode:2004JChEd..81..969S. doi:10.1021/ed081p969CS1 maint: postscript (link)

Pautan luar sunting