Ujian perubatan

prosedur perubatan yang dilakukan untuk mengesan, mendiagnosis, atau memantau penyakit, proses penyakit, kerentanan, atau untuk menentukan perjalanan rawatan

Ujian perubatan merupakan prosedur perubatan yang dijalankan untuk menyaring, mendiagnosis atau mengawal penyakit, proses penyakit, kecenderungan atau untuk menentukan kursus rawatan. Ujian perubatan seperti, ujian fizikal dan visual, pengimejan diagnostik, ujian genetik, kimia analisis yang berkaitan dengan kimia klinikal dan diagnostik molekul, biasanya dilakukan dalam keadaan perubatan.

Ujian perubatan
MeSHD019937

Jenis sunting

Bertujuan sunting

Diagnostik sunting

Ujian diagnostik adalah satu prosedur yang dijalankan untuk mengesahkan kehadiran penyakit dalam seorang individu yang disyaki mempunyai penyakit, biasanya mengikut laporan gejala atau berdasarkan keputusan ujian perubatan yang lain.[1][2] Contoh ujian tersebut adalah:

  1. Menggunakan perubatan nuklear untuk memeriksa pesakit yang mengalami limfoma.
  2. Mengukur gula darah pada orang yang menghidap diabetes.
  3. Mengambil jumlah darah individu yang mengalami demam teruk untuk memeriksa jangkitan bakteria.[1]
  4. Memantau pembacaan elektrokardiogram pada pesakit yang menderita sakit dada.[3]

Saringan sunting

Penyaringan dapat merujuk kepada ujian perubatan yang digunakan untuk mengesan kehadiran penyakit pada seorang yang berisiko dalam kumpulan yang ditentukan seperti populasi, keluarga, atau tenaga kerja.[4][5] Saringan dapat dilakukan untuk pemantauan penyakit tersebar luas, menguruskan epidemiologi, bantuan pencegahan, atau secara ketat untuk tujuan statistik.[6] Contoh ujian tersebut adalah:

  1. Ujian saringan COVID-19 yang menggunakan kaedah swab nasofarinks.[7][8]
  2. Ujian saringan barah paru-paru pada individu yang tidak merokok yang terdedah kepada asap rokok dalam persekitaran kerja yang tidak terkawal.
  3. Mengukur tahap TSH dalam darah bayi yang baru lahir sebagai sebahagian daripada ujian saringan baru lahir untuk hipotiroidisme kongenital.[9]

Pemantauan sunting

Beberapa ujian perubatan digunakan untuk memantau kemajuan, atau tindak balas terhadap rawatan perubatan.

Kaedah sunting

Sebilangan besar kaedah ujian dapat diklasifikasikan ke dalam salah satu kumpulan luas seperti berikut:

  • Pemerhatian pesakit, yang mungkin dirakam gambar atau video.
  • Soalan yang ditanyakan semasa mengambil sejarah perubatan seseorang individu.
  • Ujian yang dilakukan dalam saringan fizikal
  • Ujian radiologi, contohnya, sinar-x digunakan untuk membentuk gambar sasaran badan.
  • Diagnostik in vivo yang merupakan ujian didalam badan seperti:

Mengikut lokasi sampel sunting

Ujian in vitro dapat dikelaskan mengikut lokasi sampel yang diuji, termasuk:

Risiko sunting

Beberapa prosedur ujian perubatan mempunyai risiko kesihatan yang berkaitan dan juga memerlukan anestesia am, seperti mediastinoskopi.[16] Ujian perubatan lain seperti ujian darah atau ujian lumuran Pap tidak mempunyai risiko..[17] Ujian perubatan mungkin juga mempunyai risiko saringan, seperti ujian tekanan dan ujian berisiko mungkin diperlukan sebagai tindak lanjut untuk menghasilkan ujian positif palsu. Rujuk kepada penyedia perkhidmatan kesihatan (termasuk doktor, pembantu doktor, dan jururawat) yang menetapkan sebarang ujian untuk maklumat lanjut.

Senarai sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Al-Gwaiz LA, Babay HH (2007). "The diagnostic value of absolute neutrophil count, band count and morphological changes of neutrophils in predicting bacterial infections". Med Princ Pract. 16 (5): 344–347. doi:10.1159/000104806. PMID 17709921.
  2. ^ ujian diagnostik - Harvard.edu Panduan Ujian Diagnostik dari Harvard Health
  3. ^ "elektrokardiogram- Harvard.edu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-18. Dicapai pada 2021-01-09.
  4. ^ Ratcliffe JM, Halperin WE, Frazier TM, Sundin DS, Delaney L, Hornung RW (1986). "The prevalence of screening: a report from the National Institute of Occupational Safety and the Health National Occupational Hazard Survey". Journal of Occupational Medicine. 28 (10): 906–912. doi:10.1097/00043764-198610000-00003. PMID 3021937.
  5. ^ Osha.gov
    US Dept. of Labor - Occupational Safety and Health Admin.
  6. ^ Murthy LI, Halperin WE (1995). "Medical Screening and Biological Monitoring: A guide to the literature for physicians". Journal of Occupational and Environmental Medicine. 37 (2): 170–184. doi:10.1097/00043764-199502000-00016. PMID 7655958. S2CID 24916505.
  7. ^ "Nasopharyngeal culture". MedlinePlus. 23 March 2020. Dicapai pada 25 March 2020.
  8. ^ Pavord, T.; Pavord, M. (2004). The complete equine veterinary manual: A comprehensive and instant guide to equine health (ed. 2nd). David & Charles. m/s. 206. ISBN 9780715318836.
  9. ^ Moltz KC, Postellon DC (1994). "Congenital hypothyroidism and mental development". Comprehensive Therapy. 20 (6): 342–346. PMID 8062543.
  10. ^ OSA | Design of a high-sensor count fibre optic manometry catheter for in-vivo colonic diagnostics
  11. ^ Directive 98/79/CE on in vitro diagnostic medical devices
  12. ^ "In Vitro Diagnostic (IVD) tests". European Diagnostic Manufacturers Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2009.
  13. ^ "Glucose Tests". Lab Tests Online UK. 14 November 2019.
  14. ^ a b "Liver Function Tests". Lab Tests Online UK. 10 January 2020.
  15. ^ "Electrolytes and Anion Gap". Lab Tests Online UK. 9 October 2019.
  16. ^ "Mediastinoscopy". Harvard Health. Harvard.edu. October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2014.
  17. ^ Diagnostic Tests > Pap Smear, Harvard University, diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2007

Bacaan lanjut sunting