Ujian radioalergosorben

tes darah

Ujian radioalergosorben,[1] (RAST, juga dikenali sebagai ujian darah alahan dan ujian alahan in-vitro[2]) ialah ujian darah yang menggunakan radioimunoassai untuk mengesan antibodi spesifik IgE untuk menentukan punca alahan.[2] Ia sangat berbeza dengan ujian cucuk kulit, yang menentukan alahan dengan tindak balas kulit seseorang individu terhadap bahan yang berbeza.

Ujian radioalergosorben
MeSHD011852
LOINC13834-7

Kegunaan perubatan sunting

Dua kaedah yang paling biasa digunakan untuk mengesan kepekaan alahan ialah ujian cucuk kulit dan ujian radioalergosorben.[2] Kedua-dua kaedah tersebut disyorkan oleh garis panduan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) dan mempunyai nilai diagnostik yang serupa dari segi kepekaan dan kekhususannya.[3][4]

Kelebihan jika pesakit mengambil ujian radioalergosorben ialah kebolehulangan yang sangat baik di seluruh ukuran pengukuran keluk tentukuran, ia mempunyai kespesifikan yang sangat tinggi kerana ia "mengikat" spesifik IgE alergen, dan juga sangat sensitif, jika dibandingkan dengan ujian cucuk kulit. Secara amnya, kaedah ujian radioalergosorben (in-vitro, luar badan) vs ujian cucuk kulit (in-vivo, dalam badan) mempunyai kelebihan yang utama iaitu tidak perlu untuk mengeluarkan rejimen ubat antihistamin dari pesakit dan jika keadaan kulit (seperti eksim) sangat besar sehingga ujian cucuk tidak dapat dilakukan. Ujian darah alahan, seperti ImmunoCAP, dilakukan tanpa variasi prosedur dan hasilnya ialah pempiawaian yang baik.[5]

Kekurangan teknik radioalergosorben dan ImmunoCAP memang ada. Berbanding dengan ujian cucuk kulit, ImmunoCAP dan teknik RAST memerlukan masa lebih lama untuk dilakukan dan membuang masa.[2][6] Pesakit lebih memilih ujian cucuk kulit daripada teknik radioalergosorben.[2] Beberapa kajian juga mendapati bahawa ujian ini kurang sensitif daripada ujian cucuk kulit untuk mengesan alahan yang berkaitan secara klinikal.[7] Hasil positif yang palsu dapat diperolehi kerana ketindakbalasan silang protein homolog atau oleh penentu karbohidrat ketindakbalasan silang (CCD).[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Daftar Istilah Mabbim, 1985-1992. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. m/s. 835. ISBN 9789836231499. Dicapai pada 17 Mei 2008.
  2. ^ a b c d e "Ujian Saringan Alahan Penting untuk Menentukan Jenis Alahan". hctm.ukm.my. Universiti Kebangsaan Malaysia. 12 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-26. Dicapai pada 24 Januari 2019.
  3. ^ NIH Guidelines for the Diagnosis and Management of Food Allergy in the United States. Report of the NIAID- Sponsored Expert Panel, 2010, NIH Publication no. 11-7700.
  4. ^ Cox, L. Overview of Serological-Specific IgE Antibody Testing in Children. Pediatric Allergy and Immunology. 2011.
  5. ^ Hamilton R et al. Proficiency Survey-Based Evaluation of Clinical Total and Allergen-Specific IgE Assay Performance. Arch Pathol Lab Med. 2010; 134: 975–982
  6. ^ UpToDate (http://www.uptodate.com/contents/overview-of-skin-testing-for-allergic-disease?source=search_result&search=skin+testing&selectedTitle=1~150)
  7. ^ Chinoy B, Yee E, Bahna SL. Skin testing versus radioallergosorbent testing for indoor allergens. Clin Mol Allergy. 2005 Apr 15;3(1):4.
  8. ^ Holzweber, F. (2013). "Inhibition of IgE binding to cross-reactive carbohydrate determinants enhances diagnostic selectivity". Allergy. 68 (10): 1269–1277. doi:10.1111/all.12229. PMC 4223978. PMID 24107260.

Pautan luar sunting