Buka menu utama

Ukit merupakan sebuah suku kaum yang ditemui di Sarawak, Malaysia. Mereka merupakan masyarakat minoriti kecil yang tinggal secara nomad dalam hutan hujan di Borneo. Terdapat juga di kalangan mereka yang menetap di Batang Balui atau Sungau Balui. Kebanyakan masyarakat Ukit boleh ditemui di Sungai Rajom dan Sungai Tatau di Baleh, Sarawak. Orang Ukit juga dianggap sebagai sub-kumpulan orang Klemantan.[2]

Orang Ukit
Dayak Ukit / Orang Bukit / Bekiau
Sarawak; a Ukit tribesman. Photograph. Wellcome V0037430.jpg
Seorang lelaki suku kaum Ukit di Sarawak, Malaysia.
Jumlah populasi
120 (1981)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Sarawak)
Bahasa
Ukit, Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Sarawak
Agama
Agama rakyat, Kristianiti
Kumpulan etnik yang berkaitan
Orang Ulu, Bukitan

Populasi orang Ukit adalah kecil dan mengalami kepupusan disebabkan ramai yang dibunuh suatu masa dahulu. Kekalahan besar melalui perang dengan suku kaum Dayak di Borneo (termasuklah Iban, Kayan dan sebagainya) telah menyebabkan mereka telah dihalau keluar dari tanah mereka (dipercayai di bahagian Saribas, Klaka dan Krian). Perkahwinan campur dengan suku kaum lain juga dipercayai punca penurunan populasi Ukit. Hari ini, populasi Ukit dipercayai sekitar 120 orang sahaja. Walau bagaimanapun, dipercayai masih terdapat jumlah Ukit yang tidak diketahui yang hidup secara nomad dalam hutan.

RujukanSunting

  1. ^ Raymond G. Gordon, Jr, penyunting (2005). Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. SIL International. ISBN 1-55671-159-X. 
  2. ^ John Alexander Hammerton; Dr. Charles Hose (1922). Peoples of All Nations. Concept Publishing Company. ISBN 81-7268-156-9.