Ulam Kasih Sambal Cinta

Ulam Kasih Sambal Cinta ialah sebuah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Norzailina Nordin, terbitan Alaf 21.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama yang bertajuk Sejuta Rasa Buat Adelia oleh Astro Ria pada 2018.[2]

Ulam Kasih Sambal Cinta
Umum
PengarangNorzailina Nordin
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
April 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman560
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789678605465

Sinopsis sunting

Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak. Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena! Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Adaptasi sunting

Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama bermula 25 Jun 2018 di Astro Ria, dibintangi oleh Aliff Aziz dan Daiyan Trisha.[3][4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Norzailina Nordin (2015). Ulam Kasih Sambal Cinta. Alaf 21. ISBN 9789678605465.
  2. ^ Ulam Kasih Sambal Cinta by Norzailina Nordin Goodreads. Dicapai pada 31 Januari 2019.
  3. ^ Sejuta Rasa Buat Adelia Myinfotaip. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  4. ^ Saksikan Drama Sejuta Rasa Buat Adelia Di Astro Ria Karangkraf. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  5. ^ Drama Sejuta Rasa Buat Adelia lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha Info Bergetar (29 Mei 2018). Dicapai pada 26 Jun 2018.