Ulser kornea pada haiwan

Ulser kornea, atau radang kornea ulseratif, ialah satu keadaan keradangan bagi kornea yang melibatkan kehilangan lapisan luarannya. Ini adalah sangat kerap pada anjing dan kadang-kadang terlihat pada kucing. Dalam perubatan veterinar, istilah ulser kornea ialah nama generik untuk sebarang keadaan yang melibatkan kehilangan lapisan luaran kornea, dan digunakan sedemikian untuk memerihalkan keadaan dengan kedua-dua sebab keradangan dan trauma.

Ulser kornea besar pada seekor anjing.

Anatomi kornea bagi anjing dan kucing sunting

 
Ulser kornea pada seekor kucing.

Kornea ialah struktur lut sinar yang merupakan bahagian bagi lapisan luaran mata. Struktur ini membias cahaya dan melindungi kandungan mata. Kornea adalah setebal kira-kira setengah hingga satu milimeter pada anjing dan kucing.[1] Saraf trigeminal membekali kornea melalui saraf silium panjang. Terdapat reseptor nyeri di dalam lapisan luaran reseptor tekanan yang terletak lebih dalam.

Kelutsinaran dicapai melalui kekurangan pembuluh darah, pempigmenan, dan keratin, dan melalui penyusunan gentian kolagen. Gentian kolagen merentasi garis pusat penuh bagi kornea dalam cara sangat selari dan membolehkan 99 peratus cahaya untuk lepas tanpa menyerak.

Terdapat empat lapisan penting pada kornea anjing dan kucing. Lapisan luaran ialah epitelium yang setebal 25 hingga 40 mikrometer dan lima hingga tujuh sel.[1] Epitelium mengekalkan saput air mata di tempatnya dan juga mencegah air daripada memasuki kornea dan mengganggu gentian kolagen. Ini mencegah sembap kornea, yang memberinya penampilan kabur. Ini juga merupakan sawar kepada agen berjangkit. Epitelium terlekat pada membran dasar, yang juga memisahkan epitelium daripada stroma. Stroma kornea merupakan 90 peratus daripada ketebalan kornea.[1] Ini mengandungi gentian kolagen tersusun dalam berbilang lamela. Lamela-lamela berkenaan ialah kepingan yang terpisah dengan mudah. Yang di belakang stroma ialah membran Descemet, yang merupakan membran dasar untuk endotelium kornea. Endotelium ialah lapisan sel tunggal yang memisahkan kornea daripada gelemair.

Ulser kornea pada kucing sunting

Ulser kornea pada kucing boleh disebabkan oleh trauma, lecuran detergen, jangkitan, dan penyakit mata lain. Satu sebab kerap yang tidak terlihat pada anjing ialah jangkitan dengan herpesvirus kucing 1 (FHV-1). FHV-1 menyebabkan pengulseran oleh jangkitan terus bagi sel epitelium. Lesi kelihatan sebagai ulser bulat atau dendritik (mencabang). FHV-1 juga menindas pemulihan kornea. Gejala termasuk radang konjunktiva, penjulingan, nyahcas mata, dan pembuluh darah pada kornea. Ini boleh menyebabkan pemarutan teruk. Perawatan dengan ubat antivirus dan antibiotik topikal, dan L-lisina mulut, yang menyaingi arginina dan merencat pembiakan virus.[2]

Ulser kornea pada kuda sunting

Pengulseran kornea ialah satu penyakit sangat kerap bagi mata kuda dan boleh mempunyai akibat yang mengancam penglihatan. Rawatan agresif sangat diperlukan, kerana ulser sederhana juga boleh berprogres dengan cepat, menyebabkan komplikasi parah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Gelatt, Kirk N. (ed.) (1999). Veterinary Ophthalmology (ed. 3). Lippincott, Williams & Wilkins. ISBN 0-683-30076-8.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DVM tidak disediakan