Ultraman Zero (Jepun: ウルトラマンゼロ, Hepburn: Urutoraman Zero) adalah anak kepada Ultraseven. Dia dilatih di bawah Ultraman Leo selepas dia disingkirkan dari Tanah Cahaya oleh bapanya kerana cuba mengambil Plasma Spark untuk dirinya sendiri. Latihannya akhirnya membawa kepada penebusan dirinya dalam pertempuran dengan Belial. Dia dianggap sebagai salah satu Ultra terkuat dalam sejarah.

Pada awal kemunculannya, Zero seperti Ultra muda yang lain, terlalu dahagakan kekuatan dan pernah bertindak berani dengan mencuba untuk mengambil kuasa Plasma Spark. Tindakannya ini ibarat ulangan terhadap perbuatan Ultraman Belial yang turut pernah mencuba untuk mendapatkan kuasa Plasma Spark sebelum dihalang oleh Ultra Bersaudara dan disingkirkan dari Planet Nebula M-78. Perbuatan yang cuba dilakukan Zero ini berjaya dihalang oleh bapanya sendiri yang juga merupakan salah seorang daripada Ultra Bersaudara iaitu Ultraseven dan Ultraseven berjaya menyelamatkan anaknya lalu memutuskan untuk menghantar Zero menjalani latihan bagi memperoleh kekuatan dengan cara sebenar.