Ulu Baram adalah kawasan pedalaman Sarawak di Malaysia. Ia adalah dataran aluvium (lanar) terlindung, yang dialiri oleh Sungai Baram.

Hutan di kawasan ini telah didaftarkan untuk penebangan balak. Kebanyakan Ulu Baram adalah milik kepada kawasan tradisi Orang Ulu, gabungan nama yang termasuklah orang Penan (kira-kira 10,000 kesemuanya), Kayan, Kenyah, Saban, Punan dan Kelabit. Di sana terdapat pembalakan berskala besar dan hasil daripada pembukaan kelapa sawit atau penanaman bagi estet-estet akasia (digunakan untuk perusahaan kertas) di sekeliling kawasan tersebut, yang bersinambungan walaupun terdapat bantahan daripada penduduk pribumi yang mendakwa bahawa aktiviti komersil ini memusnahkan adat istiadat nenek moyang dan kehidupan mereka.[1].

Kawasan ini mungkin merupakan habitat yang paling sesuai untuk Musang Hitam Pudar Diplogale hosei, sejenis mamalia carnivora yang sangat sedikit diketahui dan endemik di Borneo utara.[2].

Rujukan sunting

  1. ^ Our Land is Our Livelihood: The undermining of indigenous land rights and the victimisation of indigenous people in Sarawak. Laporan oleh IDEAL. http://www.rengah.c2o.org/news/article.php?identifer=de0132t&subject=10
  2. ^ Mathai, J. (2010). Hose's Civet: Borneo's mysterious carnivore. Nature Watch 18/4:2-8.

Pautan luar sunting