Hulu Kelang

mukim di Gombak, Selangor
(Dilencongkan dari Ulu Klang)

Hulu Kelang atau Ulu Klang terletak di hulu Sungai Klang, timur laut Kuala Lumpur. Mukim ini terdiri daripada 4 buah Kampung dan beberapa buah taman perumahan antaranya ialah Taman Melawati, Taman Permata, Taman Keramat, Taman Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

Mukim Ulu Kelang
Geografi
StatusMukim
Asal namaSungai Klang
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Gombak
MukimMukim Ulu Kelang
KeluasanN/A

Muka buminya agak tinggi, 500 meter dari aras laut. Antara lokasi tinggi ialah Bukit Antarabangsa dan Bukit Kemensah dan Bukit Belacan. Ulu Klang menjadi kawasan tadahan hujan bagi Sungai Klang. Aliran Sungai Klang telah diluruskan di beberapa tempat dan ini menyebabkan aliran air bertambah pantas dan menyebabkan Kuala Lumpur mengalami banjir kilat pada 10 Jun 2007.

Bukitnya terdiri daripada batu kapur yang rapuh dan larut ketika hujan lebat. Akibatnya beberapa rumah di lereng bukit mendap dan runtuh. Contohnya kondominium Highland Towers yang runtuh pada 1993.

Jalan utama telah dinaik taraf pada tahun 2000 menjadi Lebuh raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur, dari Lotus's Cheras (Sebelum ini dikenali sebagai Makro dan Tesco Extra) ke Ulu Klang melalui tempat-tempat yang berikut iaitu Zoo Negara, Taman Melewar, Gombak, UIAM, Batu Caves dan terus ke pinggir Selayang. Lebuh raya ini menjadikan lalu lintas dari Cheras ke Gombak dan Kuantan menjadi lebih pantas.

Hulu Klang mendapat limpahan pembangunan Lembah Kelang. Banyak kilang dan taman perumahan telah dibina. Antara kilang yang terdapat di sini ialah Texas Instrument di kawasan Perindustrian Hulu Kelang dan gudang percetakan DBP juga terletak di sini.

Hutan-hutan di belakang Zoo Negara telah diteroka dan dimajukan sehingga menjejaskan persekitaran Zoo Negara. Oleh itu mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib hendak memindahkan Zoo Negara ke Hulu Selangor atau ke Sepang. Akhirnya pemindahan ini dibatalkan kerana mendapat bantahan orang ramai dan pihak pengurusan Zoo Negara.

Tempat lain yang strategik ialah air terjun Bukit Belacan dan Hulu Kemensah. Ada lorong denai dari Kemensah ke puncak Gunung Nuang di Hulu Langat bagi pendaki gunung.

Kawasan ini mempunyai keluasan seluas 16.94 km kagi persegi.  Lokasi kawasan ini adalah di Timur Laut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Ia dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1 yang juga dikenali sebagai Keramat Permai, Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3 ,Taman Keramat AU4 dan Taman Keramat AU 5.

Dari segi geografi, perletakannya ialah pada latitud 3011’2” dan longtitud  101044’58” dalam peta Malaysia.  Bentuk muka bumi di sini ialah tanah tinggi dan tanah pamah atau tanah beralun.

Wakil Rakyat Mukim Hulu Kelang

sunting

Ahli Parlimen Gombak

Ahli Dewan Negeri Selangor Hulu Kelang

Ahli Parlimen Ampang

Ahli Dewan Negeri Selangor Bukit Antarabangsa

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

sunting

Mukim Hulu Kelang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak penubuhannya pada tahun 1991.

Etimologi

sunting

Nama mukim ini diambil daripada nama Sungai Klang. Perkataan hulu bermaksud penghulu Sungai iaitu Sungai Klang yang mengalir daripada empangan Klang Gate di Taman Melawati sehingga ke bandar Klang.

Kampung

sunting

Terdapat empat kampung yang ditadbir oleh Mukim Hulu Kelang iaitu:

  • Kampung Klang Gates Baharu
  • Kampung Kemensah
  • Kampung Pasir
  • Kampung Kuala Ampang

Kemudahan Awam

sunting

Pusat Ibadat Agama Islam

sunting

Pusat-pusat ibadat agama Islam terletak di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam daerah Gombak di Bandar Baru Selayang.

  • Masjid Al-Mardhiyyah, Taman Melawati
  • Masjid Al-Hidayah Lama, Taman Melawati
  • Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati
  • Masjid Al-Iman, Kampung Kemensah
  • Masjid Kampung Klang Gates, Kampung Klang Gates
  • Masjid Al-Sobirin, Lembah Keramat
  • Masjid Al-Ridhuan, Kampung Pasir
  • Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa
  • Masjid Ukay Perdana, Ukay Perdana
  • Masjid Al-Ansar, Taman Keramat
  • Masjid Bukit Indah, Bukit Indah

Mukim Hulu Kelang berada di bawah IPD Ampang Jaya

  • Balai Polis Taman Melawati
  • Balai Polis Hulu Kelang
  • Balai Polis Ukay

Kesihatan Awam

sunting

Pejabat Kesihatan Daerah Gombak adalah ibu pejabat kesihatan di dalam mukim ini

  • Klinik Kesihatan Hulu Kelang
  • Klinik Kesihatan AU2 Keramat

Tanah Perkuburan

sunting
  • Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates Baharu
  • Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah
  • Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana
  • Tanah Perkuburan Islam Sungai Sering
  • Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat
  • Tanah Perkuburan Islam AU2 Taman Keramat

Institusi Pendidikan

sunting

Menengah Awam

sunting
  • SMK Taman Melawati
  • SMK Lembah Keramat
  • SMK Seri Keramat
  • SMK Taman Keramat
  • SMK Hulu Kelang
  • SMK Bukit Indah

Rendah Awam

sunting
  • SK Taman Melawati
  • SK Taman Melawati 2
  • SK Kampung Klang Gates
  • SK Taman Permata
  • SK Lembah Keramat
  • SK Taman Keramat 1
  • SK Taman Keramat 2
  • SK Hulu Kelang
  • SK Taman Bukit Indah

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting