Umar Abu Hafs atau nama sebenar beliau Sayyid Umar Abu Hafs bin Abdullah Basyeiban ialah guru kepada Nuruddin ar-Raniri. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1066 Hijrah bersamaaan 1645 Masihi di Balqem, Karnataka, wilayah Uttar Pradesh, India.

Di dalam kitab Syams az-Zahirah karya Sayyid Abd Rahman al-Masyhur, dikatakan setelah Umar Abu Hafs menuntut ilmu dari pelbagai guru di negeri kelahirannya India, beliau kemudiannya bersafar ke Hijaz dan kemudian ke Hadhramaut untuk menuntut ilmu agama.

Sayyid Umar Abu Hafs telah menetap selama 4 tahun di Haramain, dan akhirnya beliau pulang kembali ke India. Beliau telah dimakamkan di Balqem juga.

Syams az-Zahirah menyebutkan bahawa beliau meninggalkan ramai keturunannya di India dan juga di Indonesia.

Sayyid Umar Abu Hafs juga dikenali sebagai Umar al-Idrus kerana beliau juga ialah seorang Khalifah bagi Tariqah Idrussiyyah BaAlawiyyah, sebagaimana beliau dikenali di India sesuai dengan keadaan di sana.

Sayyid Umar mempunyai seorang anak iaitu Sayyid Abdul Rahman Tajudin, cikal bakal ramai para sayyid dari marga Basyeiban di Indonesia. Di mana Sayyid Abdul Rahman kemudiannya bernikah dengan Syarifah Khadijah binti Maulana Hasanudin Sohib Banten bin Sunan Gunung Jati Maula Cirebon.

Salasilah Nasab sunting

  • Sayyid Umar b
  • Abdallah b
  • Abdul Rahman b
  • Umar al-Fagih b
  • Muhammad al-Syaibah b
  • Ahmad b
  • Abu Bakar BaSyaiban b
  • Muhammad Asadullah b Hasan at-Turabi b
  • Ali al-Faqih b
  • al-Ustadzi A’zhom Muhammad al-Faqih Muqaddam b ‘Ali BaAlawi al-Husaini

(rujukan: b merujuk kepada bin)

Salasilah Guru-Guru sunting

Sebagai seorang ahli Sufi, Sayyid Umar Abu Hafs telah menerima ijazah tariqahnya daripada dan berguru kepada [1]

  • Sayyid Muhammad al-Idrus Sohib Surat yang telah menerima daripada
  • Sayyid Syaikh bin Abdullah al-Idrus Sohib Surat daripada
  • Sayyid Abdallah bin Syaikh al-Idrus daripada
  • Sayyid Abu Bakar al-Idrus al-Adni daripada
  • Sayyid Syaikhul Akbar Abdullah al-Idrus bin Abu Bakar as-Sakran di Tarim Hadhramaut

Nota sunting

  • Umar bin 'Abd al-Rahman, Syed Hassan bin Muhammad al-Attas, Singapura 2001
  • Syams az-Zahirah, Sayyid Abd Rahman al-Masyhur

Rujukan sunting

  1. ^ Umar b 'Abd al-Rahman, Syed Hassan b Muhammad al-Attas dari Singapura 2001, ms 35