Umar Patek (lahir 1970) adalah seorang ahli Jemaah Islamiyah yang dikehendaki di Amerika Syarikat , Australia , dan Indonesia atas tuduhan aktiviti keganasan. Pemberi maklumat akan diberi ganjaran RM 3 juta sehingga dia ditangkap oleh Amerika Syarikat.Malah PBB turut menyenaraikan namanya.[1] Patek dilahirkan pada 1970 dan seorang lelaki Arab Jawa.Tinggi 166 cm, berat 60 kg, dengan kulit coklat. Nama lainnya ialah Umar Kecil, Umar (Arab), Pa'tek, Pak Taek, Abu Syekh, dan Zacky.


Patek dikatakan pakar letupan bom khususnya bagi Pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002 yang mengorbankan 202 orang , termasuk 26 Briton dan 88 warga Australia. Dua letupan bom membunuh kebanyakan pelancong asing di sebuah kelab malam di bandar Kuta, Bali pada Oktober 2002. Tiga pengganas Jemaah Islamiyah di Indonesia telah dihukum mati selepas perbicaraan di mahkamah. Beliau melarikan diri dari Indonesia pada 2003.


Berjaya ditangkap sunting

Patek (41 tahun) telah ditangkap oleh tentera komando Pakistan di bandar Garrison Abbotabad pada 25 Januari 2011 dengan wang 1 juta dolar pada dirinya.Pada 2 Mei 2011 , pasukan tentera khas Amerika Syarikat berjaya mengesan Osama bin Laden dan membunuh pemimpin al Qaeda itu dalam satu operasi bersembunyi pada waktu malam .Patek telah telah mengaku terlibat dalam Pengeboman Bali 2002 serta beberapa siri pengeboman sambutan Hari Krismas pada tahun 2000. Ansyaad Mbai selaku ketua agensi anti-keganasan Indonesia, memberitahu Associated Press bahawa patek telah "membantu pihak berkuasa membawa kepada penangkapan Osama " .

Pada Mei 2011, Purnomo, Menteri Pertahanan Indonesia menyatakan bahawa patek berada di Abottabad dengan isteri Filipina nya untuk bermesyuarat dengan Osama bin Laden tetapi counterterrorism AS tidak menolak dakwaan ini sebagai "kebetulan" semata-mata.ABC News melaporkan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai bukti yang patek telah cuba untuk bertemu dengan pemimpin al-Qaeda itu. Patek dan isterinya pergi ke Pakistan dengan nama-nama palsu untuk mendapatkan sokmongan dan perlindungan 'Bin Laden'.

Sebelum ini wujud laporan palsu bahawa dia telah dibunuh pada 14 September, 2006 di wilayah Sulu, Filipina.

Pada 11 Ogos 2011, Umar patek telah diekstradisikan ke Indonesia. Namun Agensi Antikeganasan Indonesia (BNPT) bimbang kepulangan Umar Patek akan mencetuskan huru-hara di Indonesia. Sebelum ini Pakistan pernah bercadang menghantar Umar Patek ke Filipina atau ke Australia.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting