Umar Wirahadikusumah
Umar Wirahadikusumah (lahir di Situraja, Sumedang, Jawa Barat, 10 Oktober 1924 – meninggal di Jakarta, 21 Mac 2003 pada umur 78 tahun) adalah Timbalan Presiden Indonesia ke-4 (1983-1988).
Umar Wirahadikusumah | |
---|---|
Timbalan Presiden Indonesia ke-4 | |
Dalam jawatan 12 Mac 1983 – 11 Mac 1988 | |
Presiden | Soeharto |
Didahului oleh | Adam Malik |
Digantikan oleh | Sudharmono |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Situraja, Sumedang, Jawa Barat, Hindia Belanda | 10 Oktober 1924
Mati | 21 Mac 2003 Jakarta, Indonesia | (umur 78)
Kewarganegaraan | Indonesia |
Parti politik | Golkar |
Pasangan | Karlinah Djaja Atmadja |
Anak | Rina Ariani Nila Shanti |
Bidang pengkhususan | Tentera |
Tandatangan | Tandatangan |
Kehidupan awal
suntingUmar Wirahadikusumah lahir pada 10 Oktober 1924 , anak Raden Rangga Wirahadikusumah dan Raden Ratnaringrum. Umar dari keluarga bangsawan dan belajar pada era penjajah Belanda.
Pada tahun 1943 semasa penjajahan Jepun, beliau menerima latihan fizikal bagi membantu tentera Jepun melawan Sekutu. Ketika Indonesia menuntut kemerdekaan , Umar turut enyertai Tentara Keamanan Rakyat / TNI.
Umar berkahwin dengan Karlina dan memiliki dua anak perempuan. Anak saudaranya Agus Wirahadikusumah, seorang Panglima Kostrad.
Kerjaya tentera
suntingSetelah Revolusi Nasional Indonesia, Umar bertugas di Angkatan Darat TNI dan ditempatkan di Jawa Barat , pasukan Siliwangi. Pasukannya berjaya menumpas pemberontakan PKI pada tahun 1948 serta memerangi pemberontakan PRRI di Sumatera.Beliau juga membantu Abdul Haris Nasution cawangan Siliwangi.
Tahun 1959, Umar menjadi Komandan Kodam Jaya bagi menentukan keamanan di Jakarta dan sekitarnya.
Pada 1 Oktober 1965, enam jenderal diculik dalam Peristiwa Gerakan 30 September (G30S). Umar menerima arahan Mejar Soeharto untuk mengambil komando Angkatan Darat TNI bagi menggagalkan kudeta. Setelah G30S digagalkan, Umar mengawal semua surat khabar di Jakarta. Peristiwa ini dilancarkan oleh Partai Komunis Indonesia, Umar menyetujui pembentukan gabungan aksi untuk membasmi Gerakan 30 September (KAP-GESTAPU).[1]
Ketika Soeharto menjadi Presiden Indonesia Umar dilantik menjadiPanglima Kostrad. Pada tahun 1967, Umar menjadi Timbalan Ketua Staf Angkatan Darat TNI dan terkahir sebagai Ketua Staf Angkatan Darat (1969).
Timbalan Presiden
suntingPada bulan Mac 1983 Umar dilantik oleh Soeharto sebagai Timbalan Presidennya dan langsung tidak diduga kerana saingannya Hamengku Buwono IX dan Adam Malik lebih menonjol. Bagim membanteras rasuah beliau melakukan pemantauan dan penyamatan di kota,desa dan daerah. Kerjaya beliau tamat pada Mac 1988 dan diganti oleh Sudharmono.
Meninggal dunia
suntingMantan Timbalan Presiden RI ke-4 (1983-1988)menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat 21 Mac 2003 di Rumah Sakit Pusat TNI-AD Gatot Soebroto ekoran serangan jantung dan paru-paru.Jenazahnya dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata.[2]
Rujukan
sunting- ^ Djarot, Eros. Siapa Sebenarnya Soeharto: Fakta dan Kesaksian Para Pelaku Sejarah G-30-S PKI (dalam bahasa Indonesian) (ed. 1st). Tangerang: PT Agromedia Pustaka. m/s. 19. Unknown parameter
|origmonth=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Umar Wirahadikusumah Tutup Usia