Ummi Hafilda Ali

(Dilencongkan dari Umi Hafilda Ali)

Ummi Hafilda Ali (lahir 23 Jun 1967) ialah rakyat Malaysia berbangsa Melayu, seorang ahli perniagaan yang juga seorang saksi utama dalam perbicaraan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998[1]. Kini, beliau terlibat dengan beberapa kempen pilihan raya kecil mewakili Barisan Nasional (BN). Antara lain, hasil maklumat yang diberikan oleh Umi Hafilda kepada Dr Mahathir pada 1997, Dr Mahathir telah memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ummi Hafilda Ali
Kelahiran (1967-06-23) 23 Jun 1967 (umur 56)
Klang Gate, Selangor
PekerjaanAhli perniagaan
SaudaraAzmin Ali (abang)
Azwan Ali (adik)

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan pada 23 Jun 1967 di Kampung Klang Gate, Selangor.[2] Bapanya Ustaz Ali Omar adalah bekas tentera dan mengajar mengaji Al-Quran selepas bersara. Ibunya Che Tom Yahaya seorang suri rumah.

Beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga enam adik-beradik, dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.[3][4] Dato' Seri Azmin Ali dan selebriti Azwan Ali merupakan abang-abang kandungnya.[4][5] Shamsidar Taharin merupakan kakak iparnya.[6]

Kerjaya sunting

Beliau pernah diisythar muflis pada tahun 1999 apabila syarikat pengiklanan miliknya, Karisma Advertising Sdn. Bhd. tidak melangsaikan bayaran sejumlah RM300,000 kepada syarikat pembekal papan tanda iklan.[7] Pada tahun 2001, beliau membuka sebuah restoran di Plaza Damas, Sri Hartamas, Damansara tetapi kedai itu dijual.[7] Sekali lagi beliau membuka restoran di Pulau Pinang pada tahun 2002, tetapi dijual juga.[7] Pada tahun 2006, beliau menceburi perniagaan dalam bidang penyiaran TV dalam talian, dan juga terlibat dalam penganjuran acara.[7]

Kerjaya politik sunting

Beliau merupakan ahli Puteri UMNO. Pada Oktober 2002, beliau menyatakan keinginan untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO di samping tiga orang calon lain dalam pemilihan ahli majlis tertinggi.[8] Namun pada November 2002, Jawatankuasa Disiplin UMNO telah memutuskan beliau tidak dibenarkan terlibat dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta memangku sebarang jawatan dalam UMNO.[9] Semasa Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Umi Hafilda digantung keahlian dalam UMNO.

Pada 3 Mac 2011, semasa Pilihan raya kecil Merlimau, Tenang dan Kerdau, Ummi Hafilda Ali kembali lagi, kali ini berkempen untuk BN bagi menentang Pakatan Rakyat (PR).[10][11]

Kontroversi sunting

Surat ke Perdana Menteri Malaysia sunting

Pada 5 Ogos 1997, kakak dan abangnya Norlia Ali, Intan Dawini Ali, Mohamed Azmin Ali dan Azwan Ali pernah bersama-sama menulis surat aduan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung 'Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri'. Enam hari sebelum Anwar dipecat, pada 26 Ogos 1998, Dr Mahathir telah berjumpa dengan Umi Hafilda di Sri Perdana. Pada 31 Ogos 1998, majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia diadakan di Pulau Pinang dengan Anwar Ibrahim merasmikannya . Pada 1 September 1998, sekali lagi Umi Hafilda bertemu dengan Dr Mahathir di hadapan menteri-menteri besar. Akhirnya pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat.

Saman sunting

Pada awal Januari 2011, beliau ingin mengemukakan saman terhadap beberapa orang tokoh politik di Malaysia seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Y.B. Mohamed Azmin Ali, masing-masing sebanyak RM300 juta, Karpal Singh sebanyak RM200 juta, dan Wan Azizah sebanyak RM100 juta, atas tindakan salah laku.[3] Beliau turut ingin menyaman parti PAS sebanyak RM100 juta.[1]

Saman fitnah sunting

Pada 17 Mac 2011, Ummi Hafilda Ali memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini dan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.[12] Pada 13 April 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diwakili oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof mengenepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atas ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Malaysiakini selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut pagi tersebut.[13]Pada 1 Julai 2011, perbicaraan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 dan 13 September 2011.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ a b MOHD AL QAYUM AZIZI. "Umi Hafilda Pula Cabar Anwar, Azmin Debat Kes Liwat 1998". Star Publications (Malaysia) Bhd. Dicapai pada 13 Januari 2011.
  2. ^ http://www.angelfire.com/ri/formasi/berita3.html. Dicapai pada 13 Januari 2011. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ a b "Ummi Hafilda, perjuangannya belum selesai..." 19 Januari 2011. Dicapai pada 5 Februari 2011. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "utusan01" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b "Ummi Hafilda nikah ahli perniagaan Iran?". 18 Oktober, 2009. Dicapai pada 13 Januari 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "BERITA UTAMA". 12 Disember 2010. Dicapai pada 13 Januari 2011. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ "Azizan bersumpah mengaku diliwat Anwar". 2 Disember 1998. Dicapai pada 5 Februari 2011.
  7. ^ a b c d "Catching Up Ummi Hafilda Ali". 11 Jun 2006. Dicapai pada 13 Januari 2011.
  8. ^ "Zam: Good for Azalina to face challenges". 1 Oktober 2002. Dicapai pada 14 Januari 2011.
  9. ^ "Ummi Hafilda suspended for three years, NEW STRAITS TIMES-MANAGEMENT". The America's Intelligence Wire. 2 November 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 July 2012. Dicapai pada 13 Januari 2011.
  10. ^ "Cerita Ummi tentang seks, wang dan skandal", Malaysiakini.com. 3 Mac 2011
  11. ^ "Woman claims to have 18 sex videos of Malaysian politician", Sify News. 23 Mac 2011
  12. ^ "Ummi fail saman fitnah terhadap Baginda, M'kini", Malaysiakini.com. 17 Mac 2011.
  13. ^ "Saman RM100 juta Ummi Hafilda ditolak", Malaysiakini.com. 13 April 2011.
  14. ^ "Saman RM100j Ummi Hafilda didengar 12 Sept", Malaysiakini.com. 1 Julai 2011.

Pautan luar sunting