Umlaut adalah tanda diakritik terdiri dari dua titik ( ¨ ) diletakkan di atas sesebuah huruf biasanya yang jenis vokal, sebagai contoh: huruf i yang "diumlautkan" akan ditambahkan titiknya menjadi dua lalu ditulis sebagai ï.[1]

TujuanSunting

Penandaan huruf ini digunakan untuk dua situasi penyebutan:

  • Membahagikan sebutan dalam pengejaan sesebuah perkataan melibatkan dua huruf vokal bersebelahan agar ia jelas disebut sebagai dua bunyi vokal berasingan, bukan sebagai suatu bunyi yang tunggal baik tergabung atau tidak. Penandaan ini lazim dalam bahasa Inggeris untuk perkataan tertentu seperti naïve (sedangkan bahasa Melayu lebih mengeja sebagai "naif")
  • Menandakan sebutan huruf yang mewakili vokal belakang yang beralih kerana didepankan lidah yang membantu sebutan. Ia sering dijumpai dalam bahasa Jerman dan bahasa-bahasa dituturkan di Skandinavia; penggantian dengan huruf e dibenarkan sekiranya huruf berdiakritik ini sukar dicari dan ditaipkan (contoh: Müsli menjadi "Muesli").

RujukanSunting

  1. ^ The Unicode Standard v 5.0. San Francisco, etc.: Addison-Wesley. 1991–2007. m/s. 228. ISBN 0-321-48091-0.