Unbreakable Kimmy Schmidt


Unbreakable Kimmy Schmidt merupakan sebuah sitkom televisyen penstriman Amerika Syarikat yang dicipta oleh Tina Fey dan Robert Carlock, serta dibintangi oleh Ellie Kemper sebagai watak utama. Ia telah ditayangkan pada 6 Mac 2015 menerusi penstriman Netflix dan ditayangkan selama empat musim yang berakhir pada 25 Januari 2019. Khas interaktif pula telah ditayangkan pada 12 Mei 2020.

Unbreakable Kimmy Schmidt
GenreSitkom
Pencipta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Unbreakable" oleh Jeff Richmond
PenggubahJeff Richmond
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim4
Bilangan episod52
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
PenyuntingKen Eluto
Pemasangan kamera
Single-camera
Tempoh siaran22–53 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
NBCUniversal Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Format gambar1080p (16:9 HDTV) (season 1)
4K (16:9 Ultra HD) (seasons 2–4)
Format audioDolby Digital 5.1 dengan trek Descriptive Video Service track
Siaran asal6 Mac 2015 (2015-03-06) – 25 Januari 2019 (2019-01-25)
Interactive special:
May 12, 2020
Laman sesawang

Siri ini mengenai Kimmy Schmidt (Kemper) berusia 29 yang cuba menyesuaikan diri setelah diselamatkan daripada sindiket pemujaan kiamat di bandar fiksyen Durnsville, Indiana. Dia dan tiga wanita lain telah ditawan oleh Pendeta Richard Wayne Gary Wayne (Jon Hamm ) selama 15 tahun. Kimmy bertekad untuk tidak dilihat sebagai mangsa. Berbekalkan atitutud yang posiitif, Kimmy memutuskan untuk memulakan semula hidupnya dengan berpindah ke New York City, di mana dia dengan cepat berkawan dengan tuan rumah Lillian Kaushtupper ( Carol Kane ), rakan serumahnya bernama Titus Andromedon ( Tituss Burgess ), dan mendapat pekerjaan sebagai pengasuh untuk sosialit Jacqueline Voorhees( Jane Krakowski ).

Sepanjang tayangannya, siri ini menerima pujian kritis, dengan pengkritik Scott Meslow memanggilnya "sitkom hebat pertama era penstriman". Ia menerima sejumlah dua puluh pencalonan Anugerah Primetime Emmy, termasuk empat pencalonan untuk Siri Komedi Cemerlang dan satu pencalonan untuk Filem Televisyen Cemerlang untuk istimewa 2020: Kimmy vs. the Reverend . [1]

Pelakon dan watak sunting

Utama sunting

  • Ellie Kemper sebagai Kimberly "Kimmy" Cougar Schmidt
  • Tituss Burgess sebagai Titus Andromedon (lahir Ronald Wilkerson)
  • Carol Kane sebagai Lillian Kaushtupper
  • Jane Krakowski sebagai Jacqueline White (dahulunya Voorhees; née Jackie Lynn White)

Pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Outstanding Television Movie - 2020". Academy of Television Arts and Sciences. October 6, 2020. Dicapai pada October 6, 2020.

Pautan luar sunting