Undang-undang Perak

Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.
Undang-undang dikatakan berasal daripada Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-17.
Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:-

  • Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.
  • Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.