Undang-undang Toubon

Undang-undang berkenaan pemerkasaan Bahasa Perancis

Undang-undang no 94-665 digubal pada 4 Ogos 1994 berkenaan dengan penggunaan Bahasa Perancis[1], yang lebih dikenali dengan nama Undang-undang Toubon bersempena dengan nama Jacques Toubon, Menteri Kebudayaan ketika itu, merupakan undang-undang negara Perancis yang digubal untuk melindungi warisan linguistik bahasa Perancis.

Terdapat tiga objektif utama:

  • pemerkasaan bahasa;
  • tanggungjawab untuk menggunakan Bahasa Perancis;
  • mempertahankan Bahasa Perancis sebagai bahasa Republik (artikel 2 Perlembagaan tahun 1958).

Undang-undang ini telah direka untuk memastikan keutamaan diberikan untuk menggunakan istilah Bahasa Perancis tradisional yang pada ketika itu menghadapi ancaman pengangloan (pengistilahan berbaur Bahasa Inggeris).

PrinsipSunting

Undang-undang Toubon telah diperkenalkan pada tahun 1992 ke dalam Perlembagaan: "Bahasa Republik adalah Bahasa Perancis" (artikel 2). Sehubungan dengan itu, undang-undang ini digunapakai untuk memastikan hak warganegara Perancis dipelihara dalam sebarang urusan berkaitan dengan kertas urusan rasmi, yang berkaitan dengan kontrak bekerja dan yang berkaitan dengan persembahan produk kepada pengguna, panduan, arahan serta peringatan produk, menyuarakan pendapat dan apa-apa maklumat yang diterima adalah dalam Bahasa Perancis. Pada masa yang sama, undang-undang ini  juga telah mewujudkan kewajipan untuk menulis di dalam Bahasa Perancis. Hal ini juga secara tidak langsung menggantikan Undang-undang no 51-46 gubalan pada 11 Januari 1951 yang mengutamakan pengajaran bahasa dan dialek tempatan, dikenali sebagai Undang-undang Deixonne. Undang-undang Toubon juga menyempurnakan undang-undang no 75-1349 gubahan 31 Disember 1957 yang turut berkaitrapat dengan penggunaan Bahasa Perancis[2].

Undang-undang ini telah menerima kecaman oleh para pengulas dengan menamakannya sebagai "Undang-undang AllGood" yang berbaur peranggeris, diterjemahkan bersempena dengan nama penulis.[no. diperlukan]

Walaubagaimanapun, Undang-undang Toubon telah dipinda untuk menghadkan ketegasan perlaksanaannya di hadapan Majlis Perlembagaan[3]. Majlis Perlembagaan yang turut mengambilkira prinsip kebebasan berfikir dan bersuara, termaktub dalam perkara 11 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia dan Kewarganegaraan, sebulat suara menentang undang-undang yang menentukan istilah yang tertentu dan tepat perlu digunakan oleh organisasi penyiaran televisyen atau radio , dan wajib digunakan oleh pihak swasta dalam semua kegiatan mereka yang berkaitan. Pengamal undang-undang boleh memantau perbendaharaan kata yang harus digunakan oleh perundangan orang awam , serta perundangan orang persendirian dalam menjalankan tugas misi dalam bidang perkhidmatan awam (undang-undang artikel 5).

Pemilihan penggunaan berbilang bahasa berbanding dwibahasaSunting

Perkara ke 4 memperuntukkan terjemahan daripada teks-teks tersebut hendaklah diterjemahkan ke dalam sekurang-kurangnya dua. Perlaksanaan langkah ini adalah sejajar dalam perihal pengangkutan antarabangsa yang dinyatakan dalam perkara 15 perintah n° 95-240 3 Mac 1995, dengan pengecualian semasa pengisytiharaan darurat, dalam hal jabatan persempadanan, atau apabila terjemahan bahasa tersebut adalah berdasarkan negara berlepas atau ketibaan (pelaksanaan perintah 3 Mac 1995[4]).

Perlaksanaan Perintah pada 3 Julai 1996Sunting

Perintah perlaksanaan pada 3 Julai 1996 telah menempatkan mekanisme untuk memperkaya dan memperkasakan lagi Bahasa Perancis. Arahan ini mewajibkan penggunaan Bahasa Perancis dalam perkhidmatan dan institusi awam di seluruh negara (perintah perkara 11 dan 12)

" Art. 11. - Penggunaan perbendaharaan kata dan kenyataan yang diterbitkan di dalam Jurnal Rasmi adalah diwajibkan selagi terdapatnya kosa kata dan kenyataan yang sama maksudnya dalam bahasa asing:

  1. Di dalam perintah, pekeliling, arahan dan panduan kementerian, wakil kerajaan dan dokumen, yang apa jua keadaan, yang bersumberkan perkhidmatan awam dan perbadanan negara;
  2. Dalam kes-kes yang terkandung dalam perkara 5 dan 14 seperti yang dipetik dalam undang-undang 4 Ogos 1994 yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Perancis. Suruhanjaya perkhidmatan awam akan memantau penggunaan istilah yang disediakan dalam perkara dan ungkapan yang diterbitkan.

Art. 12. - Senarai perbendaharaan kata dan kenyataan yang disahkan dibawah undang-undang pemerkasaan Bahasa Perancis yang telah dilaksanakan sebelum ini diterapkan ke dalam senarai yang diterbitkan di bawah Arahan Majlis. Arahan ini boleh diubah selari dengan prosedur yang ditetapkan di dalam Perintah Perkara 7 hingga 10. "

Kawalan perlaksanaan dan pemantauanSunting

Terdapat empat jenis kawalan yang dijalankan :

  • DGCCRF : Pengarah Awam dalam Persaingan, Hal Ehwal Pengguna dan Pencegahan Penipuan (1221 pantauan tahun 2004[no. diperlukan] ;
  • CSA : Lembaga Pengarah Atasan Audio-Visual, siaran berkaitan dengan komunikasi audio-visual ;
  • Persatuan dan pertubuhan pelindung dan pemerkasaan Bahasa Perancis (berdasarkan perkara 199)[5];
  • ARPP : Badan Penguatkuasa Pakar Peraturan Periklanan (dahulu dikenali sebagai BVP - Biro Pengesah Pengiklanan)[no. diperlukan] .

Lihat juga : Undang-undang perolehan awam di Perancis

Rang undang-undang Philippe MariniSunting

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam perniagaan telah menyebabkan sesetengah kes yang berkaitan dengan masalah komunikasi antara pihak pengurusan dan para pekerja, menyebabkan berlakunya maklumbalas beberapa kesatuan, terutama sejak tahun 2004. Terdapat syarikat telah didenda kerana telah menggunakan Bahasa Inggeris secara haram. Sebagai contoh, syarikat Amerika Syarikat, Sistem Perubatan GE telah didenda sebanyak euro 570 000 pada bulan Mac tahun 2006 kerana mengedar dokumen berbahasa Inggeris tanpa terjemahan Bahasa Perancis kepada pekerja-pekerja Perancis[6]. Nasib yang sama turut dihadapi oleh syarikat NextiraOne dan Europ Assistance yang telah dikecam kerana memaksa pekerjanya menggunakan perisian Bahasa Inggeris tanpa terjemahan[7].

Ahli senat Philippe Marini (UMP) telah mengusulkan rang undang-undang yang bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang Toubon. Kertas cadangan ini telah dipersetujui secara tidak langsung dan sebulat suara oleh Dewan Senat pada tahun 2005, yang mempunyai  ketentuan disasarkan kepada syarikat perniagaan : tanggungjawab ketua syarikat untuk menyerahkan laporan persendirian tentang penggunaan Bahasa Perancis dalam syarikat perniagaan, perangkaan agenda jawatankuasa syarikat perniagaan dalam Bahasa Perancis, serta rakaman minit mesyuarat.

Rang undang-undang ini juga turut menyasarkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, contohnya seperti pesanan peringatan ralat.

Catatan dan rujukanSunting

Bacaan LanjutSunting

Rencana berkaitanSunting

  • Sudut politik : Polisi bahasa di Perancis, Polisi bahasa di Kesatuan Eropah, Papan tanda dwibahasa di Perancis
  • Sudut linguistik : Bahasa Perancis, Sejarah Bahasa Perancis, Pengaruh Bahasa Perancis, Imperialisme bahasa
  • Sudut Pertubuhan : Masa Depan Bahasa Perancis, Akademi Bahasa Inggeris Karpet
  • Sudut Perundangan : Undang-undang Perolehan Awam di Perancis, Perundangan Komputer
  • Sudut Kebudayaan : Warisan budaya tidak ketara
  • Sudut Teknologi Maklumat : Kosa Kata Komputer, Perundangan Hak cipta, Dokumentasi Aplikasi
  • Di Québec : Piagam Bahasa Perancis (Undang-undang 101)

Pautan luarSunting