Ungkapan penarik, ungkapan pemikat atau rangkai kata penarik (bahasa Inggeris: catchphrase) adalah sesuatu pungkapan yamg lazimnya daripada budaya popular dan seni tersebar melalui perbualan lisan dan pelbagai media massa lalu diucapkan berulang kali sehingga menjadi sangat dikenali.

Ada daripada pengungkapan sebegini ditandadagangkan secara rasmi atau tidak rasmi dengan pengujar asal, malah ia sering menyebabkan perkaitan kuat dengan pemain peran (sama ada secara positif atau negatif).

Dari aspek budaya sunting

Berdasarkan kajian dilakukan Profesor Richard Harris di Universiti Negeri Kansas menyelidiki sebab pemetikan adegan dan dialog filem dalam situasi sosial sehari-hari, penggunaan sedemikian ilihat mirip atau sefungsi dengan menceritakan jenaka untuk menunjukkan rasa keakraban dengan orang lain. "Orang ramai melakukan perkara itu untuk merasa baik tentang diri mereka sendiri, untuk membuat orang lain ketawa, untuk membuat mereka ketawa", katanya. Harris turut mendapati bahawa semua peserta dalam kajiannya telah menggunakan petikan filem dalam perbualan pada satu-satu masa; filem genre komedi, drama dan aksi menjadi pilihan utama manakala filem bergenre seram, muzikal dan anak-anak merupakan genre kurang digemari untuk tujuan pemetikan ini.[1]

Lihat juga sunting

Lists sunting

Topik berkaitan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pawlowski, A (9 Mac 2009). "You talkin' to me? Film quotes stir passion". CNN. Dicapai pada 21 Januari 2010. People are doing it to feel good about themselves, to make others laugh, to make themselves laugh... Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting