Universiti Sultan Zainal Abidin

(Dilencongkan dari UniSZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di Batu Burok sebelum berpindah ke Bangunan Hajah Wook di Pulau Kambing pada 1981.[https://www.unisza.edu.my/about-us/ 1]

Universiti Sultan Zainal Abidin
اونيۏرسيتي سلطان زاينل عابدين
الجامعة السلطن زين العابدين
Nama lama
Universiti Darul Iman (UDM), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
MotoIlmu Demi Faedah Insan (Knowledge for the Benefit of Humanity)
JenisAwam
Ditubuhkan pada1980
CanselorKDYMM Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu
Naib CanselorProfesor Dr. Fadzli Bin Adam [1]
Pelajar15594
Lokasi
KampusKampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut
Laman sesawanghttp://www.unisza.edu.my/
Logo lama UniSZA

KUSZA telah dinaik taraf sebagai sebuah universiti dan dikenali sebagai Universiti Darul Iman (UDM). UDM telah menjalani proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 dan kemudiannya dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu ke-11 diguna pakai bagi mengenang jasa Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan dalam menyebarkan ilmu dan agama di negeri Terengganu.

Pada 29 November 2013, logo baru UniSZA telah diperkenalkan. UniSZA kini beroperasi dengan tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) sebagai kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) dan Kampus Besut serta satu pejabat satelit yang beroperasi di Putrajaya.[https://www.unisza.edu.my/about-us/ 1]

Sejarah Penubuhan sunting

Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Kronologi penubuhan UniSZA:

  • 1981 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu
  • 1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • 2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005
  • 2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006
  • 2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010

Senarai Kampus UniSZA sunting

Kampus Gong Badak sunting

  1. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)
  2. Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)
  3. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
  4. Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)
  5. Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
  6. Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT)
  7. Fakulti Perubatan (Sains Kejururawatan)
  8. Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
  9. Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA)

Kampus Besut sunting

  • Status  : Kampus Cawangan
  • Lokasi  : Taman Ilmu Terengganu, Tembila, Besut
  • Pengkhususan  : Farmasi, Sains Pertanian dan Teknologi
  • Fakulti Terbabit :
  1. Fakulti Biosumber Dan Industri Makanan (FBIM)
  2. Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK)
  3. Fakulti Farmasi (FF)

Kampus Perubatan sunting

  • Status  : Kampus Cawangan
  • Lokasi  : Batu Burok, Kuala Terengganu (di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah)
  • Pengkhususan  : Perubatan
  • Fakulti terbabit :
  1. Fakulti Perubatan (MBBS)

Program-program yang ditawarkan di UniSZA sunting

Program Asasi:

👨‍🎓 Pusat Asasi Sains & Perubatan UniSZA (PUSPA)

- Asasi Sains dan Perubatan

Program diploma:

👨‍🎓 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)

- Diploma Pengajian Islam (Syariah)

- Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)

- Diploma Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab)

- Diploma Pengajian Islam (Dakwah)

- Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & As-Sunnah)

- Diploma Pengajian Islam (Pentadbiran Islam)

- Diploma (Sejarah Tamadun Islam)

- Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat

👨‍🎓 Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)

- Diploma Perakaunan

- Diploma Perbankan

- Diploma Insurans

- Diploma Kewagan

- Diploma Permasaran

- Diploma Pengurusan Sumber Manusia

- Diploma Perdagangan Antarabangsa

👨‍🎓 Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

- Diploma Teaching English as Second Language (TESL)

👨‍🎓 Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)

- Diploma Undang-Undang

👨‍🎓 Fakulti Sains Kesihatan (FSK)

- Diploma Radiografi

- Diploma Teknologi Makmal Perubatan

- Diploma Fisioterapi


👨‍🎓 Fakulti Perubatan (FP)

- Diploma Sains Kejururawatan

👨‍🎓 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi  (FRIT)

- Diploma Reka Bentuk Perindustrian

- Diploma Teknologi Pembuatan #


👨‍🎓 Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)

- Diploma Teknologi Maklumat

- Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)


Program Ijazah Sarjana Muda (Bachelor):

👨‍🎓 Fakulti Pengajian Kotemporari Islam (FKI)

- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kaunseling dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian

*Jaluran Fatwa

*Jaluran Kehakiman

- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah (Qiraat) dengan Kepujian #


👨‍🎓 Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)

- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

- Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian)

- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)

- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti Sains Kesihatan (FSK)

- Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti Perubatan (FP)

- Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) #


👨‍🎓 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi  (FRIT)

- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian #

- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk) #


👨‍🎓 Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)

- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti BioSumber dan Industri Makanan (FBIM)

- Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Akuatik

- Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)

- Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian


👨‍🎓 Fakulti Farmasi (FF)

- Ijazah Sarjana Muda Farmasi

Program Ijazah Sarjana (secara penyelidikan)- Master

  • Ijazah Sarjana Pengurusan (Insurans)
  • Ijazah Sarjana Pengurusan (Risiko)
  • Ijazah Sarjana Pengurusan (Perbankan)
  • Ijazah Sarjana Pengurusan (Kewangan)
  • Ijazah Sarjana Sains (Bioteknologi Sel Haiwan)
  • Ijazah Sarjana Sains (Bioinformatik)
  • Ijazah Sarjana Sains (Kultur Tisu Tumbuhan)
  • Ijazah Sarjana Sains (Biologi Molekul Tumbuhan)
  • Ijazah Sarjana Sains (Taksonomi Tumbuhan)
  • Ijazah Sarjana Sains (Sains Herba dan Sebatian Semula Jadi)
  • Ijazah Sarjana Sains (Bioteknologi Perubatan)
  • Ijazah Sarjana Sains (Diagnostik Molekul)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Antropologi)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Sosiologi)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Pembangunan Komuniti)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Pengajian Gender)
  • Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah)
  • Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin)
  • Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Hadis)
  • Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan tamadun Islam)

Program Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (secara penyelidikan) [Ph.D]:

  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Bioteknologi Sel Haiwan)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Bioinformatik)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Kultur Tisu Tumbuhan)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Biologi Molekul)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Taksonomi Tumbuhan)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Sains Herba dan Sebatian Semula Jadi)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Bioteknologi Perubatan)
  • Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Diagnostik Molekul)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Antropologi)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Sosiologi)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Pembangunan komuniti)
  • Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Pengajian gender)


Program Pendidikan :

• Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian #


sunting

Alumni sunting

Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulunya adalah KUSZA) telah melahirkan ramai cendikiawan, ahli akademik, ulama mahupun artis yang telah mewarnai kehidupan Malaysia amnya dan Terengganu khususnya.

Akademik

Karyawan

Artis

Teknologi pendidikan sunting

Sejak 2006, UniSZA telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle yang diberi nama KeLIP.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Pengurusan tertinggi UNISZA
  2. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "https://www.unisza.edu.my/about-us/" ada tetapi tag <references group="https://www.unisza.edu.my/about-us/"/> yang sepadan tidak disertakan