UniFi

(Dilencongkan dari Unifi)

UniFI ditawarkan kepada para pengguna perumahan dan perniagaan melalui rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi

Logo UniFi
Logo UniFi (2017-2022)
Logo UniFi
Logo UniFi (2022-kini)

Latar belakang sunting

Bermula sebagai TM IPTV, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kebangsaan dilancarkan pada September 2008 dengan nilai RM11.3 bilion sebagai perjanjian PPP antara TM dan kerajaan untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan HSBB generasi akan datang. TM melaburkan RM8.9 bilion manakala kerajaan menyumbangkan RM2.4 bilion berasaskan tanggungan mengikut takat projek yang disiapkan oleh TM.[1]

Pelancaran UniFi dijangka menghangatkan lagi persaingan dalam industri jalur lebar yang menyaksikan kemasukan syarikat baru seperti P1,[2] di samping menzahirkan matlamat Inisiatif Jalur Lebar Nasional yang melibatkan semua syarikat penyedia jalur lebar.

Pengguna Kediaman sunting

Bagi jalur lebar, terdapat beberapa pakej yang tersedia seperti berikut:

  • 100 Mbps
  • 300 Mbps
  • 500 Mbps
  • 1 Gbps
  • 2 Gbps

Am sunting

UniFi menetapkan harga berlainan kepada para pelanggan mengikut jenis penggunaan (perumahan atau perniagaan) dan kadar kelajuan muat turun naik.

Ketika ini, UniFi untuk pengguna di rumah ditawarkan dalam tiga pakej berasaskan kelajuan muat turun naik maksimum, iaitu 5, 10 dan 20 megabit sesaat (Mbps), lebih mahal lebih laju, dengan had muat turun dalam kelajuan tinggi masing-masing pada 60, 90 dan 120 gigabait (belum berkuatkuasa). Setiap pelanggan UniFi diberi IP dinamik, kemudahan WiFi, perkhidmatan televisyen berprotokol Internet (IPTV) yang berbentuk linear, interaktif dan video atas permintaan (disertakan peti penerima), akaun e-mel bermuatan 2 GB, telefon DECT dan pelan panggilan percuma ke semua talian tetap TM seluruh negara, dan kadar tetap 10 sen seminit untuk panggilan ke talian tetap bukan TM dan telefon bimbit seluruh negara. Pada 12 Julai 2018, TM menumumkan pekej baharu UniFi iaitu plan UniFi Turbo dan UniFi Basic, plan UniFi Turbo mengandungi pakej 100 Mbps, 300 Mbps, 500 Mbps dan 800 Mbps, pelanggan yang melanggan pekej lama boleh menaik taraf. Pakej UniFi Basic hanya tersedia pada kelajuan 30 Mbps sahaja dan disasarkan kepada golongan yang berpendapatan kurang daripada RM4,500 sebulan dan mempunyai kuota sebanyak 60 Gb serta perlu membuat pengesahan sebelum melanggan pakej ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "TM to announce UniFi pricing today". The Edge Financial Daily. 25 Mac 2010.
  2. ^ "TM launches UniFi high-speed broadband". The Malaysian Insider. March 24, 2010. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar sunting