Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

agensi kerajaan Malaysia

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Tulisan Jawi: اونيت ڤمودنان تدبيران دان ڤرانچڠن ڤڠوروسن مليسيا; singkatan: MAMPU) adalah agensi kerajaan Malaysia. dibawah Kementerian Digital Malaysia. Ketua Pengarah terkini adalah Dato Seri Dr.Yusof Bin Ismail - Sekarang)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
اونيت ڤمودنان تدبيران دان ڤرانچڠن ڤڠوروسن مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1966; 58 tahun yang lalu (1966)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya Malaysia
Kakitangan1200 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 104,367,900 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Digital Malaysia
Laman sesawang
www.mampu.gov.com.my

Pengenalan

sunting

MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan 'Development Administration in Malaysia' oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam perkhidmatan awam.

Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan yang bertanggungjawab dalam pengembangan usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunanserta pembangunan serta perncangan tenaga manusia.

Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Fungsi penyelarasan pelaksanaan projek-projek pusat diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan fungsi Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia diambil oleh agensi baru yang dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

  • Penggerak dan peneraju transformasi penawaran perkhidmatan awam menjelang tahun 2020
  • Memperkasakan transformasi penawaran perkhidmatan yang berpaksikan rakyat melalui pembangunan pengurusan organisasi dan pelaksanaan Kerajaan Digital ke arah penawaran perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan
  • Bersama-sama Melaksanakan Transformasi

Peranan

sunting
  • MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:
    • Penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam.
    • Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi perkhidmatan awam.
    • Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perkhidmatan awam.
    • Pemudah cara bagi pelaksanaan pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
    • Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan perkhidmatan awam.
    • Pelaksana promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pautan luar

sunting