Unit Gempur Marin

(Dilencongkan dari Unit Selam Tempur)

Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Pelabuhan Klang Selangor bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Anggota terdiri daripada anggota Pasukan Polis Marin seluruh Malaysia yang dipilih melalui pemilihan.

Unit Gempur Marin
Logo rasmi Unit Gempur Marin
AktifMac, 2006 - Kini
Negara Malaysia
CawanganPolis Marin
JenisPasukan Elit
PerananPencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang
Saiz30 orang (Nukleus Pertama)
Sebahagian daripadaPolis Diraja Malaysia dan Pasukan Operasi Khusus Malaysia
PangkalanPangkalan Polis Marin Pelabuhan Klang, Selangor
Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah
WarnaBeret Biru Muda
Peringatan25 Mac (Peringatan Hari Polis),
31 Ogos (Hari Kemerdekaan Malaysia)
Komander
Colonel-CommandantSenior Assistant Commissioner II Isa bin Munir

UNGERIN memulakan operasi menjelang akhir tahun 2007, ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada bulan Mac 2006, dibawah Cawangan Marin PDRM atas keperluan semasa berikutan insiden serangan lanun yang terus berleluasa dari semasa ke semasa sungguhpun pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Sepanjang tahun 2006, sebanyak 239 kes serangan lanun telah dilaporkan mengikut statistik Biro Maritim Antarabangsa, Kuala Lumpur. Hasil usaha bersepadu oleh Indonesia, Malaysia dan Singapura, kegiatan lanun ini berjaya diselesaikan. Walaupun begitu pihak berkuasa dari 3 negara baik TNI (Tentera Nasional Indonesia), POLRI (Polis Republik Indonesia), PDRM, ATM, APMM, Tentera Singapura mahupun Polis Singapura tidak akan lalai dalam melaksanakan tugasnya menjaga perairan Selat Melaka yang merupakan antara kawasan peraiaran yang paling sibuk di dunia.

Untuk penyusunan semula nama unit UST adalah untuk Unit Gempur Marin berubah atau Unit Gempur Marin pada tahun 2008. Matlamat utama mereka adalah untuk mempunyai 200 operator di kesediaan dengan Unit Gempur Marin.[3]

Operasi Barracuda  sunting

Sepasukan Unit Gempur Marin telah terlibat dalam operasi anti-penyeludupan ke atas minuman keras, bir dan rokok yang diseludup dari Labuan. Dua warga tempatan ditangkap, sementara yang lain melarikan diri ke dalam paya bakau, apabila polis membuat serbuan pada hari Ahad, jam 21:00 di Kampung Sungai Tananak berhampiran Menumbok, kira-kira 130 km dari sini.

Berkekuatan 30 anggota, di ketuai oleh ASP Fauzi Bin Ibrahim, 1,100 botol minuman keras dan 36,700 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM2 juta berjaya dirampas dalam Ops Barracuda. Mereka turut merampas sembilan buah bot dilengkapi dengan enjin 200 kuasa kuda, digunakan untuk menyeludup antara pulau bebas cukai itu dan tanah besar Sabah. Polis sedang menyiasat kegiatan sindiket itu dan cuba untuk mengenal pasti dalang dalam penyeludupan. 

Operasi Daulat  sunting

Semasa insiden di Lahad Datu, anggota Unit Gempur Marin telah dihantar ke Lahad Datu, Sabah sebagai sebahagian daripada pasukan pasukan keselamatan Malaysia, untuk membebaskan kawasan Lahad Datu daripada pengganas bersenjata yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara. Selain daripada tugas rasmi menyerang, mencari dan "membersihkan" kampung-kampung dari pengganas, Unit Gempur Marin juga mempunyai objektif yang sibuk sama dalam memerangi pengganas, tetapi yang bertanggungjawab untuk kawasan pantai. Di bawah kepimpinan ASP Mohd Aris Bin Jambul, yang mengetuai di kawasan sektor empat yang berkeluasan 20km dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu, Kampung, Kampung Sungai Bilis dan Kampung Sungai Nyamuk.

Pembentukan sunting

Atas keperluan ini, satu doktrin khusus dari PDRM telah membawa kepada penubuhan sebuah unit elit marin dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Terdapat 30 orang anggota (berkemungkinan dari pasukan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas dihantar ke unit ini), akan dipertingkatkan keanggotaan kepada 100 orang dengan baki 70 anggota diambil secara berperingkat dalam tempoh dua tahun setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dipecahkan kepada 3 detasmen, bagi mengawal perairan Selat Melaka dan Laut Sulu. Unit yang sebelum ini digelar sebagai Unit Selam Tempur ini mendapat latihan asas komando marin daripada Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.

 
Anggota UNGERIN semasa Community Policing di Muar.

Dalam fasa pertama, 30 pegawai dan anggota menjalani latihan di Langkawi dan Kota Kinabalu yang dikendalikan 10 jurulatih SEALs AS. Selain latihan asas menyelam, anggota didedahkan kemahiran lasak yang lain, termasuk kaedah pertempuran secara taktikal. Setiap anggota UST juga akan membuat pengkhususan kepakaran sebagai penembak tepat, pemusnah bom dan paramedik, selain melakukan misi mustahil yang tidak mampu dilakukan anggota marin biasa.

Pada tahun 2008, atas keperluan dan perstrukturan semula, nama Unit Selam Tempur telah digantikan dengan nama Unit Gempur Marin atau UNGERIN dan nama unit ini terus kekal sehingga sekarang.

Persenjataan sunting

Pasukan elit terbaru PDRM ini dilengkapi dengan sistem persenjataan khas dan kenderaan marin seperti pistol Glock 19, senapang patah Remington M870, submesingan HK MP5A3 dan raifal penembak tepat Heckler & Koch PSG 1. Unit ini juga turut memiliki bot tempur jenis Rigid Hull Inflatable Boat berkapasiti 10 penumpang dengan kemampuan mencapai kelajuan maksimum 60 knot menggunakan dua enjin, menggunakan 250 kuasa kuda setiap satu untuk memperkasakan mobilitinya. Semua persenjataan dan kelengkapan yang diberikan, adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan pengoperasian pasukannya di laut.

Pengangkutan sunting

Unit ini mempunyai platform kayu pengangkutan Marin kelajuan bot sendiri dengan kapasiti memegang 10 penumpang dan perjalanan di 60 + knot, dua enjin dengan 250 bhp, keupayaan operasi maritim meningkat. Pada 11 Julai 2007, perkhidmatan PDRM Marine Alutech OY AB dengan 22 penumpang kapasiti dan 30 knot, 10 unit Marin Alutech Watercat M14 PSC bot pendaratan kapal dibeli boleh dilengkapi dengan NSV mesingan 12.7 mm, 40 mm Bom tangan machinegun dan 120 m Patria NEMO mortar, polis marin dan ejen Unit Gempur Marin untuk kenderaan amfibia yang digunakan di perairan cetek. Bot-bot yang dibina oleh Geliga tempat pelancaran kapal Sdn Bhd di Malaysia.Bot-bot yang dikemukakan pada tahun 2008-2009.

Lihat juga sunting

  • PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia