United Borneo Alliance


United Borneo Alliance (singkatan, UBA), telah ditubuhkan oleh Datuk Jeffrey Kitingan pada 2012 selepas beliau melancarkan Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpusat di Sarawak.[1][2][3] Jeffrey juga sebelum ini telah menubuhkan United Borneo Front (UBF), pembentukan perikatan yang terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (Pada tahun 2022, tiga parti berkenaan telah rasmi bergabung bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah, Manakala Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah dibubarkan pada 17 January 2013). Parti-parti yang berpangkalan di Borneo dari Sabah dan Sarawak yang akan mempromosikan "Satu negara, dua sistem" seperti status Hong Kong dan Macau di China yang juga merupakan satu inisiatif dengan platform untuk mendidik rakyat untuk membuat perubahan dalam diri mereka terlebih dahulu dan akhirnya membawa rakyat Sabah dan Sarawak kepada kualiti hidup yang lebih baik dan negara yang lebih progresif.[4]

United Borneo Alliance
SingkatanUBA
ChairmanJeffrey Kitingan
PengasasJeffrey Kitingan
Dr Dripin Sakoi
Ditubuhkan3 Januari 2012
Dibubarkan8 Mac 2015
(Bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah pada tahun 2020 dan 2022)
Didahului olehUnited Borneo Front
(Masih Aktif)
Digantikan olehUnited Sabah Alliance
Ibu pejabatKota Kinabalu, Sabah
IdeologiNationalism
Borneo regionalism
Economic liberalism
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Pada 2015, Datuk Jeffrey Kitingan telah menggabungkan UBA ke dalam Gabungan Sabah 'BERSATU' (singkatan, GSB/GS/USA), iaitu gabungan baharu yang telah ditubuhkan olehnya dan seterusnya telah menggabungkan UBA ke dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada tahun 2020 untuk Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan juga pada tahun 2022 untuk Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). pengabungan itu turut dibantu Parti Bersatu Sabah (PBS).[5] sejurus sebelum beliau mendaftarkan semula Parti Reformasi Negeri bahagian Sabah, beliau telah memimpin parti tersebut dan menubuhkannya sebagai parti baharu berasaskan Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tetapi mengekalkan nama singkatan 'STAR', meninggalkan STAR asal kembali kepada parti di Sarawak sekali lagi pada 2016 yang dimana akhirnya STAR Sarawak didaftarkan semula sebagai Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan singkatan baru 'ASPIRASI'.[6][7]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jeffrey Kitingan to Launch STAR Sabah". Bernama. Malaysian Digest. 4 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2018. Dicapai pada 10 Mei 2018.CS1 maint: unfit URL (link)
  2. ^ "Kitingan announces formation of United Borneo Alliance". New Straits Times. 16 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2011. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  3. ^ "Sarawak STAR: About: More Info: Additional Information". STAR Sarawak Operations Centre. 30 Julai 2020. Dicapai pada 15 Januari 2021 – melalui Facebook.
  4. ^ "Jeffrey Kitingan forms United Borneo Front to get more for Sabah, Sarawak". The Star. 16 Disember 2010. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ "Opposition parties form United Sabah Alliance". Daily Express. 10 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2018. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  6. ^ Jenne Lajiun (15 Julai 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Dicapai pada 23 April 2018.
  7. ^ "Jeffrey ends his party-hopping days with STAR approval". The Star. 14 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2018. Dicapai pada 10 Mei 2018.


United Borneo Alliance