Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu

Parti politik Kadazandusun Murut di negara Sabah


Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (bahasa Inggeris: United Progressive Kinabalu Organisation; singkatan: UPKO) ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan hasil penjenamaan semula Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu pada 2019.

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu
PresidenWilfred Madius Tangau
Diasaskan23 November 2019
DidahuluiPertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
Ibu pejabatPenampang, Sabah
Penggabungan nasionalbersama Parti Warisan Sabah (2018-kini)
Tapak web
https://www.upko.org/

SejarahSunting

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu ditubuhkan sebagai langkah untuk memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat semasa iaitu menggugurkan politik perkauman kepada politik universal dan inklusif melalui penjenamaan semula namun mengekalkan singkatan sama iaitu UPKO. Ia diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam Persidangan Perwakilan Luarbiasa UPKO 2019, November 2019[1].

Penglibatan pilihan rayaSunting

Pilihan raya negeri Sabah 2020Sunting

Pilihan raya negeri Sabah 2018Sunting

Pada Pilihan raya negeri Sabah 2018, UPKO mempunyai 5 orang wakil dalam Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN Sabah) bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Kod Kawasan Nama
N7 Kadamaian Ewon Benedick
N26 Kuala Penyu Limus Jury
N31 Paginatan Abidin Madingkir
N38 Nabawan Bobbey Ah Fang Suan
N47 Kuamut Masiung Banah

Barisan Nasional pada mulanya mempunyai kelebihan kerusi. Walau bagaimanapun UPKO mengambil keputusan keluar BN dan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan). Rentetan daripada itu, berlaku beberapa perubahan bilangan ADUN dari UPKO. ADUN Kuamut telah menyertai Warisan, ADUN Nabawan pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). ADUN Sugut dari UMNO pula menyertai UPKO, dan kerajaan negeri Sabah melantik seorang anggota UPKO sebagai ADUN Lantikan menjadikan bilangan wakil rakyat UPKO dalam DUN Sabah seramai 5 orang.

Kod Kawasan Nama
N7 Kadamaian Ewon Benedick
N26 Kuala Penyu Limus Jury
N31 Paginatan Abidin Madingkir
N39 Sugut James Ratib
Khas ADUN Lantikan Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima

Sebelum DUN Sabah dibubarkan pada Julai 2020, bilangan ADUN UPKO tinggal 2 orang. ADUN Sugut dan ADUN Kuala Penyu telah keluar parti menjadi Bebas, manakala ADUN Paginatan pula telah dipecat selepas menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dalam kemelut politik Sabah.

Kod Kawasan Nama
N7 Kadamaian Ewon Benedick
Khas ADUN Lantikan Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima

Pilihan raya umum Malaysia 2018Sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, UPKO telah menang sebuah Parlimen iaitu Tuaran.

Kod Kawasan Nama
P170 Tuaran Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting

RujukanSunting