Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

parti politik di Malaysia

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, (Inggeris: United Sabah National Organisation (USNO), kini dikenali sebagai USNO-lama) ialah parti politik yang berpusat di Sabah, Malaysia. Parti ini diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri ketiga Sabah. Parti itu berjaya memerintah selepas memenangi pilihan raya negeri 1967. USNO kekal berkuasa sehingga 1975 di bawah kepimpinan Tun Mustapha, dan sehingga 1976 di bawah Mohamed Said Bin Keruak.

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
PemimpinTun Datu Mustapha bin Harun (Presiden)
Ditubuhkan1961
Dibubarkan1996
Digantikan olehPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru) (USNO-Baru) (2013)
Ibu pejabatKota Kinabalu Sabah
Laman sesawang
http://kelabusnosabah.blogspot.com

Sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963, USNO memainkan peranan penting dalam kerjasama dengan UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation/Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu; kini Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens, dan dalam Persekutuan Tanah Melayu, dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain.

Pada tahun 1975, setiausaha agung USNO Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Parti baru ini berjaya mengalahkan USNO pada pilihan raya negeri 1976 untuk membentuk kerajaan sehingga 1985. Selepas kekalahan itu, USNO seringkali meneruskan untuk menyertai pilihan raya negeri 1981, 1985, 1986, dan 1990, memenangi beberapa buah kerusi, tetapi tidak pernah cukup untuk membentuk kerajaan semula.

Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah Usno dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991, yang mengakibatkan parti itu menjadi pupus dan tidak didaftarkan pada tahun 1996, lima tahun selepas terkuburnya parti itu.

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting