Universitas Jayabaya

Universitas Jayabaya, (Melayu: Universiti Jayabaya) ialah institusi perguruan tinggi swasta di Jakarta, secara tepatnya di Jalan Pulomas Selatan Kav 23, Jakarta Timur, Indonesia.

Universitas Jayabaya
Universiti Jayabaya
JenisPerguruan Tinggi Swasta
Ditubuhkan pada5 Oktober 1958
RektorProf. H. Amir Santoso, Ph.D.
Lokasi
Nama samaranUJ
Laman sesawanghttps://www.jayabaya.ac.id

Universiti ini didirikan pada 5 Oktober 1958 oleh Prof. Dr. Moeslim Taher ketika berumur 24 tahun. Kini, Rektor Universitas Jayabaya dijawat oleh Prof. H. Amir Santoso, Ph.D.[1]

Sejarah sunting

Pada saat permulaan berdirinya, Universitas Jayabaya mula dengan mengelola dua buah fakulti, iaitu Fakulti Hukum dan Fakulti Ekonomi dengan jumlah mahasiswa 11 (sebelas) orang. Sebagai Rektor pertama diangkat Prof. Mr. A.A. Hakim sekaligus merangkap sebagai Dekan Fakultas Hukum.

Kemudian pada tahun 1961/1962 Rektor Universitas Jayabaya diserahterimakan kepada Prof. Dr. H. Moeslim Taher, SH. sebagai Rektor yang kedua menjabat dari tahun 1962 sampai dengan 1988. Dia diganti oleh Prof. Dr. H. Tb. Achjani Atmakusuma sebagai Pejabat Rektor pada tahun 1988, secara rasmi menjabat Rektor sejak tahun 1989 sampai dengan tahun 1996.

Kemudian dia diganti oleh Ir. Syamsu Anwar, MS dari tahun 1996 sampai dengan 2000. Kemudian dari tahun 2000 dia diganti oleh Prof. Dr. H.R. Taufik Sri Soemantri Martosoewignyo, SH dan pada tahun September 2008 dipimpin oleh Prof. H. Amir Santoso, Phd.

Fakulti sunting

Universitas Jayabaya memiliki 8 fakulti, iaitu:

  1. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
  2. Fakulti Hukum/Undang-Undang
  3. Fakulti Sains Sosial dan Sains Politik
  4. Fakulti Pengurusan Informatik dan Komputer
  5. Fakulti Psikologi
  6. Fakulti Sains Komunikasi
  7. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Perancangan
  8. Fakulti Teknologi Industri

Alamat sunting

Universitas Jayabaya memiliki 2 Gedung, iaitu:

  1. Kampus A berlokasi di Jalan Pulomas Selatan Kav 23 Jakarta Timur. Pusat pentadbiran (Rektorat), Fakulti Hukum/Undang-Undang, Fakultas Ekonomi, Fakultas Sains Sosial dan Sains Politik, Fakulti Pengurusan Informatik dan Komputer, Fakulti Psikologi, Fakulti Sains Komunikasi.
  2. Kampus C berlokasi di Jalan Raya Bogor Km. 28 Cimanggis Jakarta Timur. Fakulti Teknologi Industri dengan Jurusan iaitu Jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, dan Kejuruteraan Kimia. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Perancangan membina 2 (dua) jurusan, iaitu Jurusan Kejuruteraan Awam dan Jurusan Kejuruteraan Senibina.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting