Universitas Muhammadiyah Riau

universiti di Indonesia

Universitas Muhammadiyah Riau (disingkat menjadi UMRI; Indonesia: Universitas Muhammadiyah Riau; Melayu: Universiti Muhammadiyah Riau) merupakan salah satu universiti swasta yang ada di Riau, Indonesia. Kampus utamanya terletak di Jl. Tuanku Tambusai dan kampus 1 terletak di Jl. K.H. Ahmad Dahlan No. 88 Sukajadi. UMRI merupakan kampus moden yang sangat mengikuti perkembangan dengan pelbagai disiplin ilmu. UMRI telah melaksanakan model pendidikan yang diperlukan stakeholder. Sistem pendidikan menerapkan Student Center Learning (SCL) dengan kurikulum yang mengarahkan pelajar supaya mampu menjadi pemikir dan pengamal dalam bidang mereka.

Universitas Muhammadiyah Riau
Universiti Muhammadiyah Riau
JenisUniversiti swasta berbasis Premium
Ditubuhkan pada5 Jun 2008
PenggabunganPerguruan Tinggi Muhammadiyah
RektorDr. H. Mubarak, M.Si.
Lokasi, ,
BahasaIndonesia
Laman sesawangumri.ac.id

Fakulti sunting

Tepat pada tarikh 5 Jun 2008, cita-cita Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Riau untuk mendirikan Universitas Muhammadiyah Riau (UMRI) akhirnya terwujud berdasarkan SK Mendiknas RI No. 94/D/O/2008 yang merupakan universiti Muhammadiyah yang ke-39 di Indonesia.

Sejak awal berdirinya, UMRI masa ini mempunyai 7[1] fakulti iaitu:

  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Matematik Sains Semula Jadi dan Kesihatan
  • Fakulti Ekonomi
  • Fakulti Sains Komputer
  • Fakulti Komunikasi
  • Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan
  • Fakulti Undang-Undang
  • Fakulti Pengajian Islam

Rujukan sunting

  1. ^ "Universitas Muhammadiyah Riau". Universitas Muhammadiyah Riau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2022.

Pautan luar sunting