Universiti Antarabangsa Al-Madinah

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU; Al-Madinah International University) merupakan sebuah intitusi pengajian swasta yang ditubuhkan pada 2006 di Shah Alam, Selangor, Malaysia dan kini telah pun berpindah ke kampus baharu yang terletak di Desa Petaling Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah Universiti Islam yang dikendalikan sebagai sebuah badan bukan keuntungan berasaskan maya (on-line) yang ditubuhkan dengan matlamat memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja dari seluruh pelosok dunia yang ingin menimba ilmu pengetahuan.[1]

Universiti Antarabangsa Al-Madinah
جامِعة المدينة العالمية
MotoYour Gateway to Borderless Learning
JenisInstitut Pengajian Tinggi Swasta
Ditubuhkan pada26 Disember 2006
Lokasi
Kuala Lumpur (Kampus Utama)
, ,
Laman sesawanghttp://www.mediu.edu.my/

Pada penghujung tahun 2010, MEDIU telah mengorak langkah menjalankan pembelajaran secara konvensional (on campus) dengan pengambilan pelajar yang pertama pada September 2010.

MEDIU diiktiraf sepenuhnya sebagai universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan beroperasi di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) yang mengawal penubuhan dan pentadbiran dalam usaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar di peringkat pengajian tinggi.

Mempelopori E-Pembelajaran Islam sunting

MEDIU diasaskan oleh sekumpulan cendekiawan tersohor Islam, yang mendukung matlamat bersama untuk membantu umat Islam menghadapi suasana masa kini yang sungguh mencabar, ketika umat Islam dan negara Islam ditindas dan dibelenggu peperangan, kemiskinan, prejudis yang tidak adil dan tidak berasas, dan masalah buta huruf yang tidak mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap ilmu dalam Islam.

Nama Madinah sinonim dengan pembelajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan, kerana rukun Islam mula diajar kepada Nabi Muhammad dan para sahabatnya di Madinah Al-Munawarah, yang menjadi pusat amalan dan penyebaran syiar Islam. Didorong semangat untuk menimba ilmu, mengamalkan dan menyebarkan nilai-nilai murni dan juga rukun Islam, misi dan objektif MEDIU telah dirangka untuk menyediakan persekitaran pendidikan yang komprehensif dan bersepadu untuk pengajian tinggi di samping menawarkan pendidikan bermutu tinggi berasaskan pengkhususan pengajian dan kemahiran dan pengalaman kerja.

Sejarah sunting

  • Awal 2004 – MEDIU diasaskan di Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi.
  • 2005 – Pengasas MEDIU melawat Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • September 2005 – Pembentukan Al-Madinah International (Malaysia) Sdn.Bhd [710353-P]
  • Mac 2006 – Wakil Kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Lembaga Akreditasi Negara melawat pengasas di Arab Saudi.
  • Julai 2006 – Al-Madinah International (Malaysia) Sdn.Bhd menerima pelawaan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menubuhkan universiti swasta di Malaysia.
  • 26 Disember 2006 – Kelulusan penubuhan MEDIU daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai sebuah universiti swasta.
  • 20 Jun 2007 – Perakuan pendaftaran MEDIU (KPT/JPS/DFT/US/ B 22) dan beroperasi di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
  • Februari 2008 – Pengambilan pelajar secara maya (on-line) yang pertama dari Yogjakarta dan Makassar, Indonesia.
  • Januari 2010 – MEDIU mendapat pengiktirafan 'MSC Malaysia Status for Institutions of Higher Learning'
  • Mac 2010 – Perakuan pengambilan pelajar antarabangsa oleh IPTS dan kelulusan permohonan tambahan mod pengajian konvensional.
  • September 2010 – Mod konvensional(on-campus)diperkenalkan dan menerima pelajar dari pelbagai negara di Pusat Pembelajaran di Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • April 2011 - Status akreditasi penuh untuk empat program Ijazah Sarjana (on-line) bagi Fakulti Sains Islam di dalam bidang pengkhususan Usul Al-Fiqh, Fiqh, Fiqh Al-Sunnah serta Tafsir dan 'Ulum Al-Quran.
  • May 2011 - Status akreditasi penuh untuk program Ijazah Sarjana (on-line) bagi Fakulti Sains Islam dan Fakulti Pengajian Bahasa di dalam bidang pengkhususan Da'wah, Aqidah, Qada' dan Siyasah Shar'iyyah, Arabic Literature dan Literary Criticism, Arabic Language dan Qira'at.
  • Disember 2011 - Status akreditasi penuh untuk program Ijazah Sarjana Muda (on-line) bagi Fakulti Sains Islam di dalam bidang pengkhususan Arabic Language dan Literature, Fiqh dan Usul Fiqh, Science of Al-Quran, Al-Hadith, Da'wah dan Usuluddin.

Fakulti Pengajian sunting

  • Fakulti Sains Islam
  • Fakulti Pengajian Bahasa
  • Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran
  • Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Fakulti Sains Kewangan dan Pengurusan
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Institut Pasca Siswazah

Rujukan sunting

Sumber Luar sunting