Universiti Cambridge

Universiti Cambridge ialah salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan Cambridge, England kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia.

Universiti Cambridge
اونيۏرسيتي کامبريج
Cambridge University coat of arms
Latin: Universitas Cantabrigiensis
MotoHinc lucem et pocula sacra
Terjemahan harfiah: "Dari sini, cahaya dan angin suci". Maksud: "Dari Universiti ini, kami menerima kesedaran dan pengetahuan yang amat berharga."
JenisAwam
Ditubuhkan pada1209
CanselorDavid Sainsbury
Naib CanselorLeszek Borysiewicz
Pelajar18,933 (jumlah; 2004–05)
Ijazah/Sarjana6,649 (2004–05)
Lokasi,
Persekitaran universitiTanda tempat bersejarah
OlahragaSporting Blue
PenggabunganKumpulan Russell, Kumpulan Coimbra, EUA, LERU, IARU
Laman sesawanghttp://www.cam.ac.uk

Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan Universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.

Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi Oxbridge), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di United Kingdom, bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar ahli sains, penulis dan ahli politik yang terpenting sepanjang masa.

Sekutu-sekutu University of Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 Hadiah Nobel, lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidiksn, ahli ilmiah, atau profesor. (Universiti Chicago mempunyai jumlah kedua tertinggi pemenang Anugerah Nobel yang bersekutu dengannya — 78 atau mungkin 79 — tetapi hanya 30 daripada mereka pernah menjadi penuntu di situ.)

University of Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu. Antara mereka yang meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada cara pemikiran manusia adalah: Isaac Newton (penemuan dan teori graviti), Charles Darwin (teori evolusi), William Harvey (peredaran darah), Paul Dirac (mekanik kuantum moden), J. J. Thomson (penemuan elektron), Ernest Rutherford (struktur nuklear sebiji atom), James Clerk Maxwell (teori elektromagnetik), James D. Watson & Francis Crick (struktur DNA), Frank Whittle (penciptaan enjin jet), dan Alan Turing (teori komputasi).

Universiti ini juga kerap menerajui senarai ranking universiti British (misalnya, menduduki tangga pertama pada senarai liga Sunday Times pada tahun 2005, kedudukan yang dipertahankannya selama 8 tahun berturut-turut), dan senarai ranking universiti seuruh dunia yang dihasilkan The Times Higher Education Supplement (THES) dan Universiti Jiao Tong di Shanghai, China masing-masing menilai Cambridge sebagai universiti ketiga dan keempat di dunia. THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang sains, kedua dalam bioperubatan, ketiga dalam kesenian dan kemanusiaan, keenam dalam teknologi, dan kelapan dalam sains sosial. (Perlu diingatkan bahawa kesemua ranking universiti yang diberi tertakluk kepada pertikaian mengenai kriterianya; dan bahawa cuma ada penyenaraian THES dan Jiao Tong sebagai ranking antarabangsa yang sedia ada).

Cambridge juga dikatakan mengenakan pembiayaan yang terbesar antara semua universiti Eropah. Anggaran yang dibuat pada 2005 adalah daripada £2.7 billion kepada £3.1 billion[1] (anggaran pembiayaan Oxford £2.4bn hingga £2.9bn[2] pada tahun yang sama), termasuk cawangan-cawangan dan pertubuhan universiti yang bersekutu dengannya. Namun begitu, pendapatan universiti ini banyak bergantung kepada pembiayaan kerajaan UK. Berbanding dengan univeersiti-universiti di AS, tahap pembiayaan Cambridge lebih kurang sebanyak Columbia University.

Cambridge adalah satu ahli Kumpulan Russell, serangkaian universiti British besar yang berasaskan kajian dan penyelidikan; Kumpulan Coimbra, satu persatuan universiti terulung di Eropah, dan LERU, Liga Universiti Penyelidikan Eropah.

Pautan luar sunting

[[pms:Università ëd Cambridge]Y