Universiti Helsinki


Universiti Helsinki ialah universiti yang terbesar di Finland.

Universiti Helsinki
Helsingin yliopisto
Fail:HY logoEN.gif
Latin: Universitas Helsingiensis
JenisAwam
Ditubuhkan pada1640
CanselorKaarle Hämeri
RektorJari Niemelä
Staf pentadbiran
7,600
Pelajar38,200
Siswazah31,900
Ijazah/Sarjana5,500
Lokasi,
KampusUrban
PenggabunganEuropaeum, LERU
Laman sesawanghttp://www.helsinki.fi/university/

Universiti Helsinki ditubuhkan pada 1640 oleh Count Per Brahe di Åbo (Turku), sebagai Akademi Åbo, tetapi pada 1827 universiti ini berpindah mengikut ibu negara ke Helsinki. Ia merupakan universiti yang ketiga ditubuhkan di Empayar Sweden, selepas Universiti Uppsala dan Akademi Gustaviana (kini digelarkan Universiti Tartu) di Estonia.

Bangunan utama Universiti Helsinki
Bangunan utama Universiti Helsinki

Kampus sunting

Universiti ini terletak di empat kampus utama di Helsinki. Pada mulanya keseluruh universiti terletak di tengah bandar Helsinki, tetapi disebabkan perkembangan yang pesat semenjak tahun 1930-puluhan, ia meluas dan dibina ke kawasan-kawasan yang lain.

Kampus Keskusta yang bersejarah ini adalah pusat aktiviti semenjak universiti ini berpindah ke Helsinki dari Turku di permulaan abad ke 19. Kampus ini berada di tengah-tengah bandar dan bangunan-bangunannya adalah mengikut senibina yang bersamaan dengan bangunan-bangunan lain di kawasan ini. Fakulti-fakulti Teologi, Undang-undang, Sastera, Sains Perlakuan dan Sosial dan Bahagian Pentadbiran adalah terletak di kampus ini. Kebanyakan bangunan-bangunan di kampus ini mempunyai pengaruh senibina yang penting.

Kampus Kumpula yang menempatkan Fakulti Sains terletak empat kilometer dari tengah bandar Helsinki.

Kampus Meilahti yang menempatkan Fakulti Perubatan adalah sebahagian daripada Hospital Daerah Meilahti yang terletak di pinggiran tengah bandar.

Kampus Viikki terletak lebih-kurang 8 kilometer timur laut dari tengah bandar di kawasan luar bandar Viikki. Ia menempatkan Fakulti-fakulti Pertanian dan Perhutanan, Biosains dan Perubatan Veterinari dan Farmasi.

Organisasi sunting

Fakulti sunting

Terdapat 11 fakulti di Universiti Helsinki. Daftar di bawah adalah mengikut daftar rasmi yang digunakan oleh universiti untuk melambangkan sejarah dan juga taraf kedudukan disiplin sewaktu universiti diasaskan:

  • Fakulti Teologi (diasaskan 1640)
  • Fakulti Undang-undang (diasaskan 1640)
  • Fakulti Perubatan (diasaskan 1640)
  • Fakulti Sastera (Fakulti Filosofi diasaskan 1640 dan dipecahkan 1852, bahagian Sastera 1863, fakulti 1992)
  • Fakulti Sains (Fakulti Filosofi diasaskan 1640 dan dipecahkan 1852, bahagian Sains 1863, fakulti 1992)
  • Fakulti Farmasi (menjadi fakulti 2004)
  • Fakulti Biosains (menjadi fakulti 2004)
  • Fakulti Sains Perlakuan (bahagian 1974, menjadi fakulti 1992, disusun semula dan diberi nama baru 2004)
  • Fakulti Sains Sosial (diasaskan 1945)
  • Fakulti Pertanian dan Perhutanan (diasaskan 1898, menjadi fakulti 1924)
  • Fakulti Perubatan Veterinari (diasaskan sebagai kolej 1945, digabungkan kedalam universiti 1995)

Selain dari fakulti, terdapat juga beberapa institut kajian, institut berasingan dan perpustakaan.

Institut kajian sunting

Berikut adalah institut-institut kajian universiti ini:

  • Institut Aleksanteri - Pusat kajian, pengajian dan kemahiran mengenai Russia dan Eropah Timur
  • Pusat Kajian Ekonomi Helsinki (Helsinki Center of Economic Research- HECER)- Institusi kerjasama antara Universiti Helsinki, Helsinki School of Economics dan Swedish School of Economics
  • Institut Teknologi Informasi (Helsinki Institute for Information Technology-HIIT) - Institusi kerjasama antara Universiti Helsinki dan Universiti Teknologi Helsinki
  • Institut Kajian Fizik Helsinki
  • Unit Kajian Perubahan Alam Sekitar
  • Institut Bioteknologi
  • Pusat Neurosains
  • Institut Rolf Nevanlinna - Institut kajian matematik, sains komputer dan statistik
  • Institut Undang-undang antarabangsa dan Hak Manusia Erik Castrén
  • Institut Renvall - Pusat pengajian kawasan dan budaya

Pautan luar sunting