Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Arab: الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا) merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Hal ini demikian kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.
International Islamic University Malaysia الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا | |
![]() | |
Moto | Taman Ilmu dan Budi The Garden of Knowledge and Virtue |
---|---|
Jenis | Kerajaan |
Ditubuhkan pada | 1983 |
Canselor | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah |
Presiden | Tan Sri Datuk Dr. Mohd Daud Bakar |
Rektor | Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak[1] |
Lokasi | , |
Kampus | Gombak (Kampus Utama) Gambang (Pusat Asasi) Kuantan (Kampus bagi Kulliyyah Sains dan Perubatan) Pagoh (Kampus bagi Kulliyyah Bahasa dan Pelancongan) |
Laman sesawang | www.iium.edu.my |
Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1979, apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.
Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Pagoh. Pusat Asasi UIAM terletak di Gambang, Pahang. UIAM mempunyai 13 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.
KepimpinanSunting
# | Nama | Mula khidmat | Tamat khidmat |
---|---|---|---|
Ketua Perlembagaan | |||
1 | Sultan Haji Ahmad Shah | 1 Julai 1983 | 11 April 2019 |
2 | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | 12 April 2019[4] | Kini |
Presiden | |||
1 | Tun Hussein Onn | 1983 | 1987 |
2 | Dato' Seri Anwar Ibrahim | 1988 | 1998 |
3 | Dato' Sri Mohd. Najib Abdul Razak | 1998 | 1999 |
4 | Tan Sri Sanusi Junid | Februari 2000 | 1 Jun 2008 |
5 | Tan Sri Mohd. Sidek Hassan | 2 Jun 2008 | 1 Jun 2013 |
6 | Tan Sri Dr. Rais Yatim | 2 Jun 2013 | 1 Jun 2018 |
7 | Dr. Maszlee Malik | 5 September 2018 | 9 November 2018[5] |
8 | Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar | 1 Julai 2019 | Kini |
Rektor | |||
1 | Tan Sri Prof. Dr. Muhammad M. Abdul Rauf | 1983 | 1989 |
2 | Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman | 1989 | 1998 |
3 | Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan | 5 April 1998 | 31 Mei 2006 |
4 | Prof. Dato' Sri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid | 1 Jun 2006 | 1 Jun 2011 |
5 | Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha Kamaruddin | 2 Ogos 2011 | 31 Julai 2018 |
6 | Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak | 1 Ogos 2018 | Kini |
Teknologi pendidikanSunting
Sejak 2003, UIAM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang diberi nama LearningCare.[6]
Alumni TerkenalSunting
Notable alumniSunting
Alumni include:
- Adnan Yaakob
- Asyraf Wajdi Dusuki
- Fong Po Kuan
- Halim Rane
- Husnu Al Suood
- Ibrahim Sani
- Ismail Omar
- Irmohizam Ibrahim
- Khalid Abu Bakar
- Mohamed Jameel Ahmed
- Asri Zainul Abidin
- Mohamed Hanipa Maidin
- Muhammad bin Ibrahim
- Omar Suleiman
- Tengku Amalin A’ishah Putri
- Wong Kah Woh
- Yasir Nadeem al Wajidi
- Syed Saddiq
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Rektor UIAM
- ^ Menurut perkiraan QS World University Rankings 2013
- ^ Menurut perkiraan QS World University Rankings 2012
- ^ "Raja Permaisuri Agong Ketua Perlembagaan UIAM baharu". Berita Harian. 17 June 2019. Dicapai pada 17 June 2019.
- ^ Choong, Jerry (11 July 2019). "After Maszlee, Islamic finance expert Daud Bakar is IIUM's new president". Yahoo! News Singapore. Dicapai pada 11 July 2019.
- ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |