Universiti Islam Omdurman

Universiti Islam Omdurman (OIU) ialah sebuah universiti awam di Sudan. Ia dibina di atas kawasan kira-kira 3,360,000 meter persegi di Omdurman, Sudan. Walaupun pusat pengajian ini asasnya berorientasikan pengajian Islam, ia turut menawarkan bidang pengajian lain seperti kejuruteraan, pertanian dan perubatan. Universiti Islam Omdurman ialah anggota Persekutuan Universiti Dunia Islam.[2]

Universiti Islam Omdurman
Omdurman Islamic University
جامعة أم درمان الإسلامية
JenisAwam[1]
Ditubuhkan pada1901
PresidenProfessor Hassan Abbas didahului oleh Prof. Mohammed Osman Salih
Lokasi,
Laman sesawangwww.oiu.edu.sd

Sejarah sunting

Universiti Islam Omdurman pernah dipanggil sebagai Institut Ilmiah Omdurman. Institut Ilmiah Omdurman ialah institusi ilmiah swasta pertama yang ditubuhkan Sudan moden, dan melahirkan banyak ulama dan tokoh terkemuka Sudan.

Para ulama Sudan menuntut pemerintahan penjajah Sudan pada ketika itu untuk menubuhkan Institut Ilmiah Omdurman, dan mereka bersetuju dan menubuhkan institut tersebut pada 1912, sebagai maklum balas kepada pendidikan asing. Institut ini mewakili permulaan bagi pendidikan agama biasa di Sudan, yang diambil dari sistem Al-Azhar. Institut ini dibangunkan pada 1960-an dan menjadi Universiti Islam Omdurman pada 1965.

Fakulti[3] sunting

  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains dan Teknologi
  • Fakulti Sains Kejuruteraan
  • Fakulti Pertanian
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Hukum dan Syari'ah
  • Fakulti Makmal Perubatan dan Sains
  • Fakulti Ekonomi
  • Fakulti Media
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Teknologi Komputer dan Informasi

Lihat Juga sunting

Koordinat: 15°34′25″N 32°26′59″E / 15.5736°N 32.4496°E / 15.5736; 32.4496

Rujukan sunting

  1. ^ "Sudanese higher education". Ministry of Higher Education & Scientific Research. Dicapai pada 2011-09-15.
  2. ^ "Member Universities". Federation of the Universities of the Islamic World. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-30. Dicapai pada 2011-09-17.
  3. ^ "Omdurman Islamic University | Tuition Fees | Offered Courses | Admission - Counselor Corporation" (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-01. Dicapai pada 2023-08-07.

Koordinat: 15°34′25″N 32°26′59″E / 15.5736°N 32.4496°E / 15.5736; 32.4496{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman