Universiti Keamanan

Universiti Keamanan (bahasa Inggeris: Universiti for Peace, Sepanyol: Universidad para la Paz, UPEACE) ialah sebuah pertubuhan bertaraf universiti yang ditubuhkan melalui perjanjian ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1980 yang terletak di San José, Costa Rica. Pertubuhan ini ditubuhkan sebagai langkah PBB untuk mempromosikan dan menggalakkan kedamaian dalam kalangan masyarakat manusia sejagat. Universiti ini menawarkan program-program berkaitan pembangunan manusia seperti perundangan antarabangsa, pengajian jantina dan pembangunan lestari. Universiti ini juga bekerjasama dengan beberapa buah universiti di seluruh dunia berkenaan tawaran kursus dengan kerjasama UPEACE. UPEACE mempunyai sebuah jurnal, The Peace and Conflict Review yang berkisarkan analisis tentang konflik dan kedamaian di seluruh dunia.[1]

Universiti Keamanan
University for Peace (Inggeris)
Universidad para la Paz (Sepanyol)
Nama lain
UPEACE / UPAZ
Moto dalam Bahasa Melayu
If you want Peace, work for Peace...
JenisSekolah graduan
Ditubuhkan pada1980
PengasasRodrigo Carazo Odio
RektorFrancisco Rojas Aravena
DekanJuan Carlos Sainz-Borgo
Pelajar196 (2018-2019)
Alumni2,200
Alamat
Calle U. Paz, El Rodeo de Mora, San José
,
9°55′10″N 84°16′22″W / 9.91944°N 84.27278°W / 9.91944; -84.27278Koordinat: 9°55′10″N 84°16′22″W / 9.91944°N 84.27278°W / 9.91944; -84.27278
KampusKampus alam sekitar, beserta kawasan hutan simpan
Laman sesawangwww.upeace.org

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Peace & Conflict Review". www.review.upeace.org. Dicapai pada 26 Februari 2018.

Pautan luar sunting