Universitas Komputer Indonesia

(Dilencongkan dari Universiti Komputer Indonesia)

Universitas Komputer Indonesia

Moto
Pembentukan 8 Ogos 2000
Rektor Ir. Eddy Suryanto Soegoto
Lokasi Jakarta dan Depok
Penuntut tiada info
Laman Web http://www.unikom.ac.id

Universiti Komputer Indonesia (UNIKOM) ialah sebuah universiti di Bandung, Indonesia yang diasaskan sebagai "Institut Pendidikan Komputer Indonesia Jerman" (LPKIG) pada Julai 1994. Pada 8 Ogos 2000, pusat pendidikan ini telah diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikan Indonesia sebagai sebuah universiti.

Sejak pengiktirafannya, UNIKON telah menerima lebih kurang 2,000 pelajar setiap tahun dan sehingga tahun akademik 2005/2006, sebanyak 8,563 pelajar telah menyertai kursus di universiti ini, termasuk pelajar asing. UNIKON kini mempunyai enam pusat pengajian dan menawarkan 23 kursus komputer.


Sejarah sunting

LPKIG bermula dengan sebuah bilik darjah tunggal yang dapat menampung 50 orang murid, serta sebuah makmal komputer dengan 25 unit komputer. Pada tahun pertama, sebanyak 233 pelajar menyertai lima kursus yang ditawarkan oleh institut ini.

Pada tahun ketiganya, iaitu tahun 1996, LPKIG menambahkan sebuah bangunan di Jalan Dipati Ukur disebabkan kekurangan ruang, dan memindahkan pusat pentadbiran dan pejabatnya ke sana. Di dalam bangunan tambahan ini, lima buah dewan kuliah dan sebuah makmal komputer tambahan telah disediakan, antara kemudahan-kemudahan yang lain.

Pada tahun 1998, iaitu tahun kelima, LPKIG memulakan pembinaan kampus enam tingkat di Jalan Dipati Ukur 114. Pembinaan siap pada Ogos tahun tersebut dan sidang baru diadakan pada bulan September. Yayasan Sains dan Teknologi kemudian dibentuk pada Disember 1998.

Lihat juga sunting