Buka menu utama

Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baharu yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.

Universiti Malaysia Sarawak
马来西亚砂拉越大学
اونيۏرسيتي مليسيا سراوق
University Malaysia Sarawak
MotoUnimas Gemilang "Glorious Unimas"
JenisAwam
Ditubuhkan pada1992
CanselorTYT Tun Haji Abdul Taib Mahmud
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Naib CanselorYBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi[1]
LokasiSarawak, Malaysia
KampusKampus utama di Kota Samarahan
PenggabunganASAIHL
Laman webhttp://www.unimas.my

Kini, UNIMAS mempunyai 8 fakulti, 3 institut dan 7 pusat.

UNIMAS telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang menepati standard ISO/IEC 27001:2005 dan MS ISO/IEC 27001:2007. Skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan Pusat Data UNIMAS yang merangkumi perkakasan, perisian sistem, pangkalan data dan sistem operasi untuk aplikasi kritikal universiti.

Teknologi pendidikanSunting

Sejak 2006, UNIMAS telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle yang diberi nama Morpheus.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Kepimpinan UNIMAS
  2. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, para penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3. 

Pautan luarSunting