Universiti Nanjing (NJU atau NU, Cina Ringkas: 南京大学; Cina Tradisional: 南京大學; pinyin: Nánjīng Dàxué) ialah sebuah universiti awam utama di bandar Nanjing, Jiangsu, China, dan merupakan salah satu daripada universiti-universiti dalam Liga C9.

Universiti Nanjing
南京大学 (南京大學)
Nama lama
Sanjiang or Liangjiang Normal College (1902–1914)

Nanking Higher Normal School (1915–1923)
National Southeastern University (1921–1927)

National Central University (1928–1949)
Moto诚朴雄伟励学敦行
(誠樸雄偉勵學敦行)
[1]
Moto dalam bahasa Inggeris
Sincerity with Aspiration, Perseverance and Integrity (rasmi)[2]
JenisAwam
Ditubuhkan pada1902 (institut moden)
PresidenLü Jian (吕建)
Staf akademik
2,135
Siswazah13,865
Ijazah/Sarjana12,793
LokasiNanjing, Jiangsu, China
KampusUrban: Gulou
Suburban: Xianlin, Pukou, Suzhou (dalam pembinaan)
Warna    
PenggabunganAPRU, AEARU, WUN, C9, Service-Learning Asia Network
Laman webwww.nju.edu.cn
[3][4][5]

Universiti ini lazim mendapat kedudukan baik dalam senarai universiti penyelidikan terbaik China,[6] dan mendapat kedudukan baik dalam carta universiti terbaik pada tahap antarabangsa.[7][8]

SejarahSunting

Sejarah awalSunting

Menurut catatan sejarah oleh Universiti Pusat Kebangsaan pada zaman Kuomintang, sejarah Universiti Nanjing boleh dilihat kembali dari 258 Masihi, ketika tertubuhnya Universiti Imperial Nanjing (Nanjing Taixue) ketika zaman Kerajaan Wu.[9][10]

PenubuhanSunting

Secara moden, Universiti Nanjing ditubuhkan pada 1902, akhir zaman Empayar Qing sebagai Kolej Normal Sanjiang. Pada 1906, kolej itu dinamakan semula sebagai Kolej Normal Liangjiang.

Pada 1915, Sekolah Normal Tinggi Nanking ditubuhkan bagi menggantikan Sekolah Normal Tinggi Liangjiang yang ditutup akibat Revolusi Xinhai, dan Jiang Qian dilantik sebagai presiden pertama. Persatuan Sains China ditubuhkan di universiti ini pada 1918.

Pada 1921, Universiti Tenggara Kebangsaan pula ditubuhkan. Pada 1923, Sekolah Normal Tinggi Nanking diserap ke dalam universiti ini. Universiti ini diangkat sebagai universiti kebangsaan utama oleh Kuomintang selepas Nanjing dijadikan sebagai ibu kota China. Pada Jun 1927, universiti ini menggabungkan lapan buah sekolah di wilayah Jiangsu, dan dinamakan semula sebagai Universiti Jiangsu pada Februari 1928, dan menjadi Universiti Pusat Kebangsaan pada bulan Mei.

Ketika perang China menentang Jepun pada 1937 hingga 1945, universiti ini dipindahkan ke Chongqing. manakala kolej perubatan dan jabatan rawatan veterinar dipindahkan ke Chengdu. Pada 1944, sebuah lagi persatuan sains China, Persatuan Pekerja Saintifik China, ditubuhkan pada 1944.

Pada 1949, pihak Kuomintang berundur dari Nanking dan Universiti Pusat Kebangsaan dinamakan semula mejadi Universiti Kebangsaan Nanjing selepas Nanking dikuasai oleh Parti Komunis China. Pada 1952, sebuah rombakan besar-besaran oleh pihak kerajaan menyebabkan banyak fakulti dipisahkan dan menjadi universiti yang tersendiri seperti Universiti Normal Nanjing dan Institut Teknologi Nanjing.

Pada 1950, Universiti Nanking, sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada 1888 digabungkan dengan Universiti Kebangsaan Nanjing, dan dinamakan semula sebagai Universiti Nanjing.[11]

AkedemikSunting

KemasukanSunting

Universiti Nanjing terkenal disebabkan oleh syarat-syarat kemasukan yang begitu ketat, bahkan disebut oleh media negara sebagai "universiti yang paling sukar untuk dimasuki di China".

Kedudukan senaraiSunting

Dalam Indeks Nature pada Januari 2018, Universiti Nanjing, ditempatkan di tempat ketiga di China, tempat keempat di Asia Pasifik dan tempat ke-14 di seluruh dunia dalam kalangan universiti dan organisasi kebangsaan. Dalam kalangan universiti sahaja, Universiti Nanjing ditempatkan pada tempat kedua di China, tempat ketiga di Asia Pasifik dan tempat ke-10 di dunia.[12]

KampusSunting

Universiti ini terdiri daripada tiga buah kampus, iaitu kampus Gulou, Pukou dan Xianlin. Kampus Gulou terletak di pusat Nanjing. Kampus Pukou pula terletak di utara Nanjing, dan ditubuhkan pada 1993. Kampus Xianlin terletak di timur laut Nanjing, dan dibuka pada September 2009.

RujukanSunting

  1. ^ 校歌校训. Diarkib daripada yang asal pada 2014-06-30. Dicapai pada 2014-07-02.
  2. ^ "President's Message". Diarkib daripada yang asal pada 2014-06-29. Dicapai pada 2014-07-02.
  3. ^ 现任领导 (dalam bahasa Cina). Official NJU site. Diarkib daripada yang asal pada 2012-06-28. Dicapai pada 2012-07-26.
  4. ^ 南京大学校长办公室 (2011-04-19). "intro NJU" (dalam bahasa Cina). 南京大学校长办公室官方网站. Dicapai pada 2012-07-26.[pautan putus]
  5. ^ 南京大学校长办公室 (2011-11-04). 南京大学视觉形象规范化标准 (dalam bahasa Cina). 南京大学校长办公室官方网站. Dicapai pada 2012-07-26.[pautan putus]
  6. ^ "Best universities in China 2018". Times Higher Education. 6 September 2017.
  7. ^ "Nanjing University - Academic Ranking of World Universities - 2018 - Shanghai Ranking - 2018". www.shanghairanking.com.
  8. ^ "Nanjing University". Times Higher Education (THE).
  9. ^ 國立中央大學沿革史 [Sejarah Universiti Pusat Kebangsaan] (dalam bahasa Cina). Bahagian Pengumpulan Sekretariat Universiti Pusat Kebangsaan. 1937. 追源始基,上自孫吳之興學、以逮明代之南雍、清季之三江兩江師範、民初之南高東大,皆與本校有歷史之淵源與密切之關係。茲將其沿革分述於後
  10. ^ 國立中央大學沿革史 [Sejarah Universiti Pusat Kebangsaan] (dalam bahasa Cina). Bahagian Pengumpulan Sekretariat Universiti Pusat Kebangsaan. 1937. 南京之有國立學校實始於孫吳...。永安元年冬(西曆二五八年)詔立五經博士,令將吏子弟就業,是為南京有國立學校之初桄。
  11. ^ 佚名. "中国名牌大学校史简介之南京大学" (dalam bahasa Cina). 城宽网络. Diarkib daripada yang asal pada 2017-03-31. Dicapai pada 2012-10-13. 1949年8月更名“国立南京大学”;1950年10月后径称“南京大学” Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  12. ^ "Institution outputs - Nature Index". www.natureindex.com.

Pautan luarSunting