Universiti Persekutuan Ural
Universiti Persekutuan Ural dinamakan sempena Presiden Pertama Rusia B. N. Yeltsin (Rusia: Уральский федеральный университет имени первого Президента России Б.Н. Ельцина, rumi: Uralʹskiĭ federalʹnyĭ universitet imeni pervogo Prezidenta Rossii B.N. Yelʹtsina ) atau sekadar Universiti Persekutuan Ural (UrFU) ialah sebuah universiti awam yang terletak di bandar Yekaterinburg, Wilayah Sverdlovsk, Rusia. Universiti ini ditubuhkan pada 1920, tetapi dipisahkan tidak lama kemudian menjadi Universiti Negeri Ural (USU) dan Universiti Teknikal Negeri Ural (USTU-UPI), sebelum digabungkan semula pada Mac 2011.
Уральский федеральный университет имени первого Президента России Б.Н. Ельцина | |
Latin: Universitas Uralensis | |
Nama lama | Universiti Negeri Ural, Universiti Teknikal Negeri Ural |
---|---|
Moto | Rusia: Думай, делай, достигай! Latin: Cogitare, agere, consequi! |
Moto dalam Bahasa Melayu | Think, act, achieve![1] |
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 1920 (penubuhan), 2011 (penggabungan) |
Pembiayaan | RUB 79,636,174 (~USD 1,280,000) (Mac 2019)[2] |
Presiden | Stanislav Naboychenko (hingga 2013) |
Rektor | Victor Koksharov |
Staf akademik | 2993 (Mac 2019) |
Pelajar | 34794 (Februari 2019) |
Lokasi | , , 56°50′38″N 60°39′14″E / 56.8440°N 60.6539°EKoordinat: 56°50′38″N 60°39′14″E / 56.8440°N 60.6539°E |
Kampus | Bandar |
Warna | |
Laman sesawang | http://urfu.ru |
Butiran bangunan | |
Etimologi | Boris Yeltsin |
Maklumat umum | |
Jenis | Federal university (en) , penerbit capaian terbuka |
Lokasi | Yekaterinburg, Yekaterinburg |
Negara | Rusia dan Kesatuan Soviet |
Koordinat | 56°50′38.59″N 60°39′15.42″E |
Pembinaan bermula | 1920 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Anugerah/hadiah | Order of the Red Banner of Labour (en) (1981) Order of the Red Banner of Labour (en) (1967) |
Tapak web | |
https://urfu.ru/ru/ |
Universiti ini dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan inovasi utama di kawasan Ural serta universiti terbesar Ural, dan menawarkan 108 program ijazah.[3] Universiti ini termasuk dalam kumpulan universiti Rusia dalam Projek 5-100 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan tinggi Rusia ke tahap antarabangsa.
Sejarah
suntingUniversiti Ural ditubuhkan pada 1920 di Yekaterinburg menerusi dekri daripada pihak kerajaan Soviet. Meskipun begitu, akibat masalah pengurusan, Universiti Ural terpaksa menamatkan atau menstruktur semula beberapa fakultinya seperti perpindahan fakulti perubatan ke Universiti Negeri Perm. Lama kelamaan, universiti ini terpisah kepada Universiti Negeri Ural dan Universiti Teknikal Negeri Ural. USU berfokuskan kepada sains alam dan bidang kemanusiaan manakala USTU-UPI berfokus kepada bidang kejuruteraan. Sungguhpun terpisah, kedua-dua universiti masih mempunyai hubungan yang rapat.
Pada 2008, rombakan semula sistem pendidikan tinggi Rusia membawa kepada penaiktarafan beberapa universiti di Rusia menjadi universiti persekutuan. Presiden Rusia Dmitry Medvedev pada 2009 telah mengisytiharkan sebuah dekri untuk menggabungkan semula USU dan USTU-UPI untuk membentuk UFU.[4] Bekas ketua kerajaan Wilayah Sverdlovsk, Viktor Koksharov dilantik sebagai bakal rektor universiti itu oleh Presiden Vladimir Putin pada 8 April 2010.[5] Pada Februari 2011, Menteri Pendidikan dan Sains Andrei Fursenko menandatangani peraturan berkenaan penggabungan tersebut dan berkuatkuasa dalam masa tiga bulan.[6] Pada 11 Mac 2011, kedua-dua universiti secara rasminya bergabung semula menjadi UFU.
UrFU membantu dalam pembentukan universiti teknikal swasta tunggal Rusia, Universiti Teknikal UMMC bersama-sama Syarikat Perlombongan dan Metalurgi Ural (UMMC). UrFU telah membelanjakan kira-kira RUB171 juta untuk membeli peralatan saintifik khas manakala UMMC membelanjakan kira-kira RUB200 juta bagi tujuan pembinaan bangunan kampus.[7]
Penyelidikan
suntingUrFU memiliki kira-kira 670 orang penyelidik setakat akhir 2015, dan telah menyumbang kira-kira RUB582.5 juta pada tahun itu.[8] Sejak September 2017, UrFU diberi kelulusan oleh kerajaan Rusia untuk menawarkan program ijazah secara bebas.[9]
Rujukan
sunting- ^ https://www.4icu.org/reviews/4136.htm Ural Federal University, ranking and review
- ^ https://urfu.ru/en/endowment/ UrFU Endowment
- ^ UrFU list of academic majors (rus), (dicapai pada 2016-04-20)
- ^ "РАСПОРЯЖЕНИЕ Правительства РФ от 09.04.2010 N 514-р" (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2019-11-20.
- ^ "Владимир Путин назначил ректора Уральского федерального университета" (dalam bahasa Rusia). www.e1.ru. 2010-04-08. Dicapai pada 2020-01-03.
- ^ Приказ министра образования и науки РФ от 02.02.2011 № 155 «О реорганизации федерального государственного автономного образовательного учреждения высшего профессионального образования „Уральский федеральный университет имени первого Президента России Б. Н. Ельцина“ и Государственного образовательного учреждения высшего профессионального образования „Уральский государственный университет им. А. М. Горького“». pdf Diarkibkan 2012-01-07 di Wayback Machine
- ^ "Уникальный лабораторный комплекс открылся в Верхней Пышме". ural.aif.ru. 2014-09-04. Dicapai pada 2020-01-03.
- ^ "Отчет о результатах деятельности УрФУ за 2015 год" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-15. Dicapai pada 2017-03-14. Unknown parameter
|deadlink=
ignored (|url-status=
suggested) (bantuan) - ^ "В РФ более 20 вузов получили право присуждать учёные степени: список". regnum.ru. Dicapai pada 2020-01-03.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Universiti Persekutuan Ural di Wikimedia Commons
- (Rusia) Laman rasmi