Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) merupakan sebuah kampus cawangan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kampus ini terletak di Bintulu, Sarawak, mempunyai keluasan 714 hektar dan boleh menampung lebih daripada 1,500 orang pelajar.[1] Sejak penstrukturan semula pada 2020, UPMKB telah menentukan 5 bidang tujahan utama iaitu Pertanian, Perhutanan, Tenaga boleh dibaharui, Kimia industri dan Ekonomi sosial.

Perpustakaan UPMKB

UPMKB terdiri daripada dua fakulti, iaitu Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) dan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS). Selain itu, UPMKB juga mempunyai sebuah institut penyelidikan yang dinamakan Institut Ekosains Borneo bagi tujuan penyelidikan. Kolej Sri Rajang (KSR) merupakan kolej kediaman bagi pelajar UPMKB. Kampus ini ditadbir oleh seorang Pengarah Kampus.

UPMKB kini menawarkan program pengajian Master dan PhD secara penyelidikan dalam 51 bidang, 5 program Bacelor, 9 program Diploma dan 1 program Persediaan Diploma Sains. UPMKB mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi dengan program pengajian yang relevan dengan keperluan industri. Pelajar akan mendapat pengalaman pembelajaran yang komprehensif dibantu oleh pensyarah dengan 85% daripada mereka mempunyai kelulusan PhD.

Sejarah sunting

UPMKB bukan nama baru di kalangan institusi pengajian tinggi negara. Malah, ia adalah salah satu institusi pengajian tinggi tertua di Sarawak. Sejarah UPMKB dapat dikesan semula pada 10 Ogos 1974, ketika ia merupakan kampus sementara di bawah Pusat Latihan Sumber Nasional di Semenggok, Kuching. Kampus itu berpindah ke kampus tetapnya di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun, 1987. Pada 27 Ogos 1987, Universiti Pertanian Malaysia Sarawak secara rasminya ditubuhkan sebagai kampus cawangan melalui 3 pusat pengajian - Sains Gunaan, Sains Asas dan Sains Sosial dan Pengurusan. Tiga program peringkat diploma ditawarkan; Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma dalam Program Perniagaan Agribisnis, serta program pendahuluan.[2]

Penutupan dan pembukaan semula sunting

Pada bulan September, 1994, UPMKB ditutup dan dibawa di bawah sayap Kementerian Pendidikan Malaysia untuk ditukar menjadi tapak sementara untuk kolej latihan guru. Walau bagaimanapun, di bawah arahan oleh Kabinet, UPMKB dibuka semula pada 5 November 2001. Kumpulan pertama pelajar untuk semester November 2001/2002 berjumlah 242 pelajar yang mendaftar dalam Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Kejuruteraan Program (Kecemasan dan keselamatan).[perlu rujukan]

Garis masa sunting

Tahun 1976 hingga tahun 2018
Tahun Program yang ditawarkan
1976 Institut Pertanian Semenggok, Kuching telah digunakan sebagai kampus UPM cawangan Sarawak. Terdapat tiga program iaitu, Diploma Sains Perhutanan (batch pertama utk UPM, Diploma Sains Pertanian dan Pra-diploma (Prelim)
1987 Kampus Cawangan Universiti Pertanian Malaysia di Bintulu, Sarawak (UPMKB) dibuka dengan 3 pusat pengajian:
  • Institut Sains Gunaan
  • Institut Sains Asasi
  • Institut Sains Sosial dan Pengurusan

Program akademik yang ditawarkan pada ketika itu ialah:

  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Perniagaantani
  • Program Pendahuluan
1992 UPMKB ditutup (1500 pelajar)
1994 Digunakan oleh Maktab Perguruan Sains Bintulu
1999 Maktab Perguruan Sains Bintulu telah berpindah ke kampus Baru
2001 UPMKB dibuka semula. Program akademik yang ditawarkan ialah:
  • Bacelor Sains Bioindustri
  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Kejuruteraan (kecemasan & keselamatan)
  • Diploma Perikanan
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
2018 Program yang ditawarkan:
  • Bacelor Sains Bioindustri
  • Bacelor Sains Perhutanan (Perladangan Hutan)
  • Bacelor Pertanian (Akuakultur)
  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Perikanan
  • Diploma Kejuruteraan Pertanian
  • Diploma Perniagaantani
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
  • Program Persediaan Diploma
2021 Program yang ditawarkan:
  • Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
  • Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian (Perhutanan Ladang)
  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
  • Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
  • Diploma Pertanian
  • Diploma Perhutanan
  • Diploma Perikanan
  • Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
  • Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
  • Diploma Perniagaantani
  • Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Pembangunan Manusia
  • Program Persediaan Diploma Sains

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting