Universiti Selangor

Universiti Selangor (singkatan: UNISEL) (nama baru berkuat kuasa bermula 14 Februari 2011) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" telah ditubuhkan pada tahun 1999, universiti ini mempunyai dua kampus - kampus induk terletak di Bestari Jaya (dahulunya dikenali Batang Berjuntai) (disiapkan pada tahun 2005) dan kampus cawangan/satelit yang terletak di Shah Alam.[1]

Universiti Selangor
اونيۏرسيتي سلاڠور
MotoMencorak masyarakat
JenisUniversiti Separa Kerajaan
Ditubuhkan pada1999
CanselorRaja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda
Naib CanselorProf. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman
Pelajar12000
Lokasi,
KampusKampus utama di Bestari Jaya
Laman sesawanghttp://www.unisel.edu.my/
Logo korporat lama Universiti Selangor (dahulunya dikenali "Universiti Industri Selangor")

Canselor terkini UNISEL ialah Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, beliau sebelumnya juga merupakan Pro-Cancelor UNISEL[2][3].

UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang pertama ditubuhkan di Selangor dan Malaysia.

Meskipun UNISEL merupakan hak milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, taraf universitinya masih dalam kategori universiti separa swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS Sdn. Bhd., sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Kampus Fakulti Kursus Pengajian
Shah Alam Fakulti Seni Reka Grafik Digital Diploma Seni Reka Grafik Digital, Diploma Teknologi Fotografi, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik Digital
Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Fisioterapi, Diploma Kejururawatan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Makmal Perubatan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan
Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media Diploma Komunikasi & Media, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Jurnalisme), Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Korporat Komunikasi)
Fakulti Perniagaan & Perakaunan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Industri, Perakaunan, Kewangan, Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia
Fakulti Pusat Pengajian Jepun (JAD-YPM @ UNISEL) Diploma Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik (Teknikal Jepun) EEE, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Teknikal Jepun) ME
Sekolah Pengurusan UNISEL Pasca Siswazah (UGSM) Ijazah Administrasi Perniagaan, Ijazah Pengurusan (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan (dengan kajian)
Pusat Pengajian Pasca Siswazah '
Pusat Inovasi dan Penyelidikan '
Pusat Bio-IT Selangor '
Akademi Islam Antarabangsa Sains Hayat & Bioteknologi '
Pusat Konsultasi, Pembangunan Perniagaan & Capaian Industri '
Bestari Jaya Fakulti Sains & Bioteknologi Pengajian Tahun Asas (Sijil) Sains, Pengajian Tahun Asas (Sijil) Teknologi Maklumat, Diploma Teknologi Industri, Diploma Industri Bioteknologi, Diploma Akuakultur, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Industri Bioteknologi, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bioinformatik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Matematik dengan Statistik, Ijazah Sarjana Muda Sains Persekitaran (Kepujian) pengkhususan (Kepelbagaian Biologi & Pemuliharaan), Ijazah Sains Bioteknologi (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD) Bioteknologi
Fakulti Pendidikan & Sains Sosial Program Tahun Asas (Sijil) B.Ed TESL, Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua / Diploma TESL, Diploma Pendidikan (Pengajian Pra-Sekolah), Diploma Pendidikan (Pengajian Islam), Diploma Sains Perpustakaan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fisikologi Industri, Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua / Bacelor TESL (Kepujian), Ijazah Pengurusan Sosial (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD) Sains Sosial (dengan kajian)
Fakulti Kejuruteraan Diploma Kejuruteraan Elektronik & Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Ijazah Kejuruteraan (dengan kajian), Doktor Falsafah (PhD Eng) Kejuruteraan (dengan kajian)
Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Industri Multimedia, Diploma Industri Komputer, Diploma Teknologi Mobil, Diploma Pengaplikasian Komputer dalam Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Teknologi Maklumat, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Maya), Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Pembekal, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Multimedia Industri, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat (Pengurusan Pengetahuan), Ijazah Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Maya), Ijazah Teknologi Maklumat
Fakulti Perniagaan Tahun Asas (Sijil) Pengurusan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Administratif, Diploma Pengurusan Industri Sukan
Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI) '
Pusat Pengajaran & Pembelajaran '

Canselor sunting

Tahun Nama
2011 - kini Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj
2006–2011 Datin Seri Rosmah Mansor

Naib Canselor sunting

Tahun Nama
2016 - kini Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman
2011 - 2015 Prof Dr Haji Anuar Ahmad (Pemangku Naib Canselor UNISEL)
2009 - 2011[4] Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono
2008–2009 Khalifah Othman
2007–2008 Mohd Razali Agus
2006–2007 Rustam Abas
2005–2006 Adnan Alias
1999–2005 Abdul Aziz Ibrahim

Lirik lagu Universiti Selangor sunting

Disini kemahiran jadi budaya

Kepakaran sendi kerjaya
Ilmu dihayati sepanjang usia
Amal jariah tunjang jasa
Dipayungi langit tanpa sempadan
Dipeluk bumi Darul Ehsan
Disinari suria alam Tuhan Yang Esa
Dibuai bayu ilmu peradaban

UNISEL…

Kaulah sinar bestari
Pancaran ilmu serta amali
Pengisi minda pengasuh budi
Pelopor utama insan mithali
Kau umpama pohon nan rimbun
Tumbuh subur membawa tamadun
Jati diri hidup berukun
Tahan uji turun menurun

UNISEL…

Kaulah sinar bestari