Universiti Teknologi Brunei

universiti teknologi di Brunei

Universiti Teknologi Brunei (UTB) merupakan salah sebuah universiti awam di Brunei. Ianya adalah sebuah universiti teknologi yang menawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan pengkomputeran.[1] Kampus universiti terletak di Kampong Tungku di Daerah Brunei dan Muara, bersebelahan dengan kampus Universiti Brunei Darussalam.

Sejarah sunting

Penubuhan Universiti Teknologi Brunei bermula pada Januari 1986 dengan nama Institut Teknologi Brunei.[2] Pada mulanya universiti berkenaan menawarkan program berkelulusan Diploma Tertinggi Kebangsaan sahaja.[1] Pada tahun 18 Oktober 2008, Institut Teknologi Brunei telah dinaiktaraf menjadi status universiti dan pada tahun berikutnya mula menawarkan di pengajian peringkat sarjana muda dan sarjana.[2] Institut Teknologi Brunei kemudiannya ditukar nama menjadi Universiti Teknologi Brunei pada 1 Mac 2016.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b (Inggeris) "UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI". www.utb.edu.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-27. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b c (Inggeris) "History of the University". www.utb.edu.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-27. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting