Universiti Teknologi Curtin

universiti di Perth, Australia Barat

Universiti Teknologi Curtin (bahasa Inggeris: Curtin University of Technology) adalah sebuah universiti berteraskan teknologi yang mendirikan kampus utamanya di Bentley, dalam lingkungan kerajaan tempatan Bandar Victoria Park, Australia Barat. Curtin memulakan operasi dengan nama sekarangnya pada tahun 1986, dan dahulunya dikenali sebagai Western Australian Institute of Technology (WAIT). Nama yang digunakan sekarang bersempena nama seorang bekas Perdana Menteri Australia, John Curtin.[1] Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine

Curtin University of Technology merupakan universiti terbesar di negeri Australia Barat[2] dengan lebih 39,000 orang penuntut, yang mana lebih 9,000 daripada mereka menuntut di luar negara.[3] Terdapat lima bahagian utama di Curtin, iaitu Perniagaan (Business); Kejuruteraan, Sains dan Pengkomputeran (Engineering, Science and Computing); Sains Kesihatan (Health Sciences); Kemanusiaan (Humanities); dan Sumber dan Alam Sekitar (Resources and Environment). Sungguhpun tidak dianggap sebagai salah sebuah universiti kajian yang utama di Australia, Curtin makin meningkat reputasinya dengan kejayaan menjalankan kajian dalam bahagian akademik tertentu.[4] Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine

Curtin merupakan salah sebuah institusi pendidikan dari Australia yang mempunyai kampus di kota Miri, negeri Sarawak, Malaysia.

Sejarah sunting

Sebelum 1985, Curtin University telah digelar sebagai Western Australian Institute of Technology (WAIT). WAIT ditubuhkan pada 1966. Nukleusnya terdiri dari aturcara-aturcara tertiari dijalankan di Perth Technical College yang dibuka pada 1900. Pada 1969, tiga lagi institusi digabung dengan WAIT: The Western Australian School of Mines (erdahulunya dibuka pada 1902), the Muresk Agricultural College (dibuka sejak 1926) dan sekolah-sekolah fisioterapi dan terapi pekerjaan dalam perasi sejak 1950an di Shenton Park.[1]

Pada Jun 2005, Curtin University of Technology dan Murdoch University terlibat dalam sebuah kajian feasibility pada kemungkinan suatu pegabungan.[2] Meskipun, pada 7 November 2005, kedua-dua institusi mengisukan sebuah pengeluaran massa bahawa sebarang pegabungan tidak akan mengambil tempat.[3]

 
Perpustakaan Robertson di kampus Bentley.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan history tidak disediakan
  2. ^ "Curtin agrees to discuss merger". Curtin University Media Releases. 2007-06-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-03. Dicapai pada 2007-10-25.
  3. ^ "Curtin Murdoch merger proposal not to proceed". Curtin University Media Releases. 2007-11-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-19. Dicapai pada 2007-10-25.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.