Universiti Yangon (Bahasa Burma: ရန်ကုန် တက္ကသိုလ် , disebut [jàɰ̃ɡòʊɰ̃ tɛʔkəθò]; dahulunya Rangoon College, Rangoon University dan Rangoon Arts and Sciences University), yang terletak di Kamayut, Yangon, ialah universiti tertua dalam sistem pendidikan moden Myanmar dan universiti paling terkenal di Myanmar. Universiti ini menawarkan terutamanya ijazah sarjana muda dan pasca siswazah (Sarjana Muda, Sarjana, Diploma Lepasan Ijazah dan Kedoktoran) dalam bidang seni liberal, sains dan undang-undang. Ijazah sarjana muda sepenuh masa tidak ditawarkan di kampus induk universiti selepas bantahan pelajar pada 1996. Ijazah sarjana muda ditawarkan semula mulai 2014, kepada pelajar terbaik di negara ini. Hari ini ijazah dalam Sains Politik ditawarkan kepada pelajar sarjana muda, serta diploma pasca siswazah dalam bidang seperti kerja sosial dan geologi.[1]

Universiti Yangon
ရန်ကုန် တက္ကသိုလ်
IPA: [jàɰ̃ɡòʊɰ̃ tɛʔkəθò]
Latin: Universitas Rangunensis
Nama lama
  • Rangoon College (1878)
  • Government College (1906)
  • University College (early 1920)
  • Rangoon Arts and Sciences University (1964)
Motoနတ္ထိ သမံ ဝိဇ္ဇာ မိတ္တံ
(Bahasa Pali: natthi samaṃ vijjā mittaṃ)
JenisAwam
Ditubuhkan pada1878; 146 tahun yang lalu (1878)
RektorDr. Tin Mg Tun
Staf akademik
1313
Siswazah4194
Ijazah/Sarjana5748
Lokasi, ,
16°49′48″N 96°08′06″E / 16.83000°N 96.13500°E / 16.83000; 96.13500Koordinat: 16°49′48″N 96°08′06″E / 16.83000°N 96.13500°E / 16.83000; 96.13500
KampusLuar Bandar
PenggabunganRangkaian Universiti ASEAN (AUN), ASAIHL
Laman sesawanguy.edu.mm

Rujukan sunting

  1. ^ James, Helen (2005). Governance And Civil Society In Myanmar: Education, Health, and Environment. Routledge. ISBN 0-415-35558-3.

Pautan luar sunting