Universiti Zhejiang

Universiti Zhejiang (ZJU; Cina: 浙江大学; pinyin: Zhèjiāng Dàxué) ialah sebuah universiti awam yang terletak di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang, China yang tergolong dalam Liga C9. Universiti ini ditubuhkan pada 1897, menjadikan universiti ini sebagai salah satu universiti-universiti tertua China. Universiti ini lazim mendapat antara kedudukan-kedudukan terbaik dalam kalangan universiti di China.[5][6]

Universiti Zhejiang
浙江大学
Moto求是创新[1]
Moto dalam Bahasa Melayu
Seeking the Truth and Pioneering New Trails[2]
JenisAwam
Ditubuhkan pada1897
PresidenWu Zhaohui (吴朝晖
Setiausaha PartiRen Shaobo (任少波)
Staf akademik
3,741
Pelajar54,641[3]
Siswazah25,425
Ijazah/Sarjana29,216
Lokasi,
30°15′49″N 120°07′15″E / 30.26361°N 120.12083°E / 30.26361; 120.12083Koordinat: 30°15′49″N 120°07′15″E / 30.26361°N 120.12083°E / 30.26361; 120.12083
KampusUrban, 5.9 km²
Penggal akademikSemester
WarnaBiru dan merah          
PenggabunganAPRU, WUN, C9, IAU, GUNi, YDUA
MaskotQiushi Eagle 求是鹰[4]
Laman sesawangzju.edu.cn (dalam bahasa Bahasa Cina)
zju.edu.cn/english (dalam bahasa Inggeris)

Sejarah sunting

Pada 1897, ketua bandar Hangzhou, Lin Qi menubuhkan Akedemi Qiushi. Beliau mengkaji sistem pendidikan tinggi Barat dan mengguna pakai sistem itu dalam akademi itu. Akademi itu dinamakan semula menjadi Kolej Chekiang pada 1902, dan pada tahun selepasnya, menjadi Institut Pengajian Tinggi Chekiang.

Selain itu, Yuying Xuetang (Kolej Yuying) ditubuhkan pada 1902. Kolej tersebut dinamakan semula sebagai Yuying Yishu, dan kemudiannya Akademi Yuying. Pada 1911, institut itu menjadi Kolej Zhijiang dan berpindah ke luar Hangzhou. Pada 1912, Sekolah Perubatan Zhejiang pula ditubuhkan, dan lama-kelamaan menjadi sebahagian daripada universiti ini.

Pada 1927, beberapa buah sekolah dan kolej bergabung ke dalam Akademi Qiushi. Nama institut pengajian tersebut kini menjadi National Third Sun Zhongshan University, sempena Sun Yat-sen. Pada 1 April 1928, universiti ini dinamakan semula sebagai Universiti Che Kiang (kini Universiti Zhejiang disebabkan oleh sistem pinyin), dan pada tahun sama, menjadi Universiti Kebangsaan Che Kiang.

Bermula dari Perang China-Jepun Kedua pada 1937, universiti ini dipindahkan ke Guizhou hingga 1946. Pada 1938, presiden universiti, Chu Coching telah menetapkan frasa "mencari kebenaran" (求是, qiúshì) sebagai moto universiti.

Akademik sunting

Universiti Zhejiang terdiri daripada 37 buah fakulti akademik yang menawarkan lebih daripada 140 program prasiswazah dan 300 program siswazah.[7] Universiti ini memiliki 3,741 orang staf akademik.[8] Kini, terdapat kira-kira 55 ribu orang pelajar di sini, termasuk kira-kira 29 ribu orang pelajar siswazah dan 10 ribu orang calon PhD.

Universiti ini memiliki lima buah perpustakaan, dengan jumlah simpanan judul dalam perpustakaan-perpustakaan ini ialah lebih daripada 7.7 juta buah judul, menjadikan simpanan ini sebagai salah satu simpanan bahan ilmiah terbesar China.[9] Selain itu, universiti ini memiliki tujuh buah hospital kerjasama, sebuah muzium dan lebih 150 buah persatuan pelajar.[10]

Kampus sunting

Kampus Yuquan sunting

Kampus Yuquan ialah kampus utama bagi bidang kejuruteraan, sains fizikal dan sains komputer, dan pada asalnya ialah kampus utama universiti hingga pembinaan kampus Zijin'gang pada 2002.

Kampus Xixi sunting

Kampus Xixi pada asalnya ialah Universiti Hangzhou sebelum bergabung dengan Universiti Zhejiang pada 1998, dan dinamakan sempena Sungai Xixi yang mengalir berdekatan kampus. Kampus ini menempatkan fakulti dalam bidang psikologi, pendidikan, kemanusiaan dan Marxisme.

Kampus Antarabangsa Haining sunting

Kampus Antarabangsa Haining terletak di bandar Haining, Zhejiang, dan dibuka pada 2016.[11] Kampus ini menempatkan institusi kerjasama daripada institut-institut pengajian tinggi di seluruh dunia. Institut antarabangsa yang ada di sini termasuklah Universiti Edinburgh, Universiti Illinois (Urbana-Champaign) dan Kolej Imperial London.[12]

Kampus Huajiachi sunting

Kampus Huajiachi ialah kampus pertanian Universiti Zhejiang, dan merupakan kampus tertua universiti. Kampus ini pada asalnya ialah Universiti Pertanian Zhejiang sebelum bergabung dengan Universiti Zhejiang.

Kampus Zhijiang sunting

Kampus Zhijiang menempatkan sekolah perundangan Universiti Zhejiang. Kampus ini ialah kampus utama Universiti Zhijiang sebelum diambil alih oleh universiti ini pada 1952.

Kampus Zijin'gang sunting

Kampus Zijin'gang ialah kampus utama Universiti Zhejiang dan terletak di barat laut Hangzhou. Pelbagai fakulti dan sekolah terletak di sini, iaitu:

  • Kolej Sains Farmaseutikal
  • Sekolah Perubatan
  • Kolej Kejuruteraan Kimia dan Bioperubatan
  • Kolej Kejuruteraan Biosistem dan Sains Makanan
  • Kolej Sains Haiwan

  • Kolej Sains Kehidupan
  • Kolej Kejuruteraan Sivil dan Reka Bentuk
  • Kolej Sains Alam Sekitar dan Sumber
  • Sekolah Pengurusan
  • Sekolah Hal-Ehwal Awam

Kampus Zhoushan sunting

Kampus Zhoushan ialah kampus yang dibuka pada September 2015, dan menempatkan fakulti dan prasarana berkaitan perlautan.

Rujukan sunting

  1. ^ 校训. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 25, 2016. Dicapai pada Julai 13, 2014.
  2. ^ "Introduction to Zhejiang University". Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 25, 2016. Dicapai pada Jun 20, 2014.
  3. ^ "学校概况" 学校概况 - 浙江大学 [University overview - Zhejiang University]. Zhejiang University. Dicapai pada Ogos 23, 2019.
  4. ^ "Zhejiang University Logo and Mascot". Zhejiang University. Dicapai pada August 23, 2019.
  5. ^ Wu, Shulian. "Top 10 Chinese universities in overall strength". China.org.
  6. ^ 2018, Scimetrica, www.scimetrica.com - ©. "Zhejiang University, China - Institutions - Universityrankings.ch". www.universityrankings.ch. Dicapai pada November 25, 2018.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  7. ^ ""Study at Zhejiang University"".
  8. ^ 浙江大学--学校概况 [Overview of Zhejiang University].
  9. ^ 搜狐网 – 高校门户网 – 浙江大学. Sohu Education. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 11, 2008. Dicapai pada Mei 11, 2008.
  10. ^ ""Zhejiang University Facts and Figures"".
  11. ^ "Faculty and Staff Moved to Haining Campus | International Campus Zhejiang University". www.intl.zju.edu.cn. Dicapai pada 2016-10-12.
  12. ^ "Zhejiang University International Campus".

Pautan luar sunting