Universiti Michigan

(Dilencongkan dari University of Michigan)
Artikel ini adalah mengenai University of Michigan di Ann Arbor. Anda boleh membaca tentang University of Michigan-Dearborn atau University of Michigan-Flint

Universiti Michigan atau nama rasminya University of Michigan (UM, U of M atau Umich) di Ann Arbor adalah sebuah universiti awam di Michigan, Amerika Syarikat. Institusi ini adalah yang terutama dan paling tua di dalam sistem pendidikan Michigan. Universiti tersebut tergolong di kalangan yang terunggul di dunia [1] dan dianggap sebagai kumpulan elit Public Ivy. US News & World Report mencatatkan bahawa sekolah graduan professional di dalam bidang sains maklumat, undang-undang, perubatan, perniagaan, kejuruteraan, polisi awam dan pendidikan sentiasa berada di antara 10 kolej yang terbaik di Amerika Syarikat.

University of Michigan, Ann Arbor
MotoArtes, Scientia, Veritas
(Latin, "Kebudayaan, sains, kebenaran")
PresidenMary Sue Coleman
Staf akademik
5007
Siswazah25,000
Lokasi
Kampus3,176 ekar (1286 hectar)
Jumlah: 20,965 ekar (8484 hectar) (termasuk taman)
Warna sekolahKuning jagung dan biru
Laman sesawangumich.edu

UM adalah salah sebuah pusat pengajian yang menerima peruntukan penyelidikan terbesar di Amerika Syarikat. Ia adalah antara penyumbang-penyumbang utama di dalam bidang perubatan, sains komputer dan kejuruteraan. Universiti ini juga mempunyai bilangan bekas-bekas pelajar yang hidup yang terbesar di Amerika Syarikat. Ia juga terkenal di dalam bidang sukan - terutamanya di dalam American football dan hoki ais - dan mempunyai sejarah tentang pergerakan-pergerakan pelajar yang hebat. UM adalah di mana penentangan Perang Vietnam oleh ahli-ahli fakulti pertama diadakan. Pergerakan anti-perang SDS ditubuhkan oleh seorang pelajar UM pada ketika itu, Tom Hayden.

Universiti ini adalah universiti yang pertama di Amerika yang menggunakan kaedah seminar untuk pembelajaran. Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy juga buat pertama kalinya menyebut tentang Peace Corps di sini. Presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson pula mendedahkan program anti-kemiskinannya yang dikenali sebagai Great Society di UM. Baru-baru ini, universiti ini berjaya di dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat untuk mengambil kira kaum sebagai salah satu faktor untuk kemasukan ke universiti ini. Walau bagaimanapun, kejayaan itu adalah sangat terhad. Pada tahun 2012, Presiden Barack Obama telah memilih UM untuk mengumumkan polisinya untuk mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh pelajar-pelajar universiti di seluruh Amerika Syarikat dengan mengawal kenaikan tuisen.

Sejarah sunting

 
Kampus Utama semasa musim luruh.
 
Menara Burton semasa luruh.

Bahagian perundangan Wilayah Michigan menubuhkan University of Michigan pada tahun 1817 di atas tanah seluas 1,920 ekar di Detroit. Tanah tersebut diperoleh melalui Perjanjian Fort Meigs daripada kaum Chippewa, Ottawa dan Potawatomi.

Dengan harapan dipilih sebagai ibu negeri Michigan, Ann Arbor telah memperuntukan sejumlah 40 ekar untuk kerajaan Michigan. Apabila Lansing dimashyurkan sebagai ibu negeri, Ann Arbor menawarkan tanah tersebut kepada universiti tersebut. Pengelola universiti bersetuju untuk menerima tawaran itu lalu berpindah dari Detroit ke Ann Arbor pada tahun 1837 setelah menjual tanahnya di Detroit. Kampus Utama sekarang menduduki tanah 40 ekar itu.

Kelas pertama dilangsungkan di Ann Arbor pada tahun 1841 dan disertai seramai enam pelajar tahun pertama dan seorang pelajar tahun kedua. Dua orang profesor mengajar kelas tersebut. Sebelas pelajar menerima ijazah yang pertama yang dikeluarkan oleh universiti pada tahun 1845. Dari 1865 sehingga 1866, kemasukan pelajar meningkat kepada 1,205 orang yang kebanyakannya adalah bekas peserta Perang Saudara Amerika Syarikat. Wanita mula diterima masuk ke badan pendidikan tinggi tersebut pada tahun 1870. Ini menjadikan Universiti of Michigan sebagai universiti yang ketiga di Amerika Syarikat yang berbuat demikian, seratus tahun sebelum Ivy League. Oberlin College dan Lawrence University masing-masing telah berbuat demikian pada tahun 1833 dan 1847. Presiden universiti James B. Angell yang memegang jawatan tertinggi universiti dari tahun 1871 sehingga 1909 telah memperluaskan bidang universiti tersebut. Ini termasuk bidang profesional pergigian, perekaan bentuk bangunan, kejuruteraan, kerajaan dan perubatan.

Di antara 1900 dan 1920, kemudahan-kemudahan baru dibina di kampus. Kemudahan-kemudahan tersebut perkenalkan untuk program pergigian, kimia dan sains tulen. Hill Auditorium, sebuah hospital, sebuah perpustakaan dan dua dormitori juga disediakan. Imej universiti di dalam bidang penyelidikan mula meningkat di kala 1920 dengan penstrukturan semula College of Engineering dan penubuhan badan penasihat yang disertai 100 orang industrialis untuk memimpin inisiatif penyelidikan akademik universiti.

Semasa Perang Dunia Kedua, penyelidikan di UM bertambah dengan pesat. Ini kerana pihak Tentera Laut Amerika Syarikat telah meminta UM untuk membantunya di dalam pembangunan "proximity fuzes", bot PT dan "radar jamming". Pada 1950, kadar kemasukan pelajar melompat kepada 21,000 orang. 7,700 merupakan veteran perang dan dibiayai oleh G.I. Bill yang digubal oleh kerajaan Amerika Syarikat. Apabila Perang Dingin dan Perlumbaan Angkasa bermula, UM dianugerahkan geran kerajaan yang besar untuk digunakan di dalam bidang penyelidikan strategik serta penggunaan tenaga nuklear semasa keamanan.

Catatan sunting

  1. Top 500 World Universities (2005). Institute of Higher Education, Shanghai Jiao Tong University. Dibaca Oktober 1, 2005.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.