Unknown Woman (siri TV)

Unknown Woman (Hangul이름 없는 여자; RRIreum Eobsneun Yeoja; lit. Nameless Woman) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2017 dibintangi oleh Oh Ji-eun, Bae Jong-ok, Park Yoon-jae, Seo Ji-seok dan Choi Yoon-so. Drama ini disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 24 April sehingga 15 September 2017 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:50 malam sebanyak 102 episod.

Unknown Woman
Juga dikenali sebagai
  • The Woman Without a Name
  • Nameless Woman
Genre
PenciptaKBS Drama Production
Ditulis olehMoon Eun-ah
PengarahKim Myung-uk
Pengarah kreatif
  • Go Byung-chul
  • Woo Myung-il
Dibintangi oleh
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod102
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kim Hui-yeol
  • Kim Sung-geun
Penerbit
  • Lee Ho
  • Na Su-ji
Tempoh siaran35 minit
Syarikat penerbitan
Pan Entertainment
Syarikat pengedaran
KBS
Penyiaran
Saluran asalKBS2
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 April 2017 (2017-04-24) – 15 September 2017 (2017-09-15)
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis Sunting

Son Yeo-ri adalah seorang gadis yang ceria dan sangat pandai dalam melukis sering dibuli oleh Hee-joo seorang anak keluarga konglomerat. Hae-joo selalu menyuruh Yeo-ri untuk melukis bagi menyiapkan tugas sekolahnya. Yeo-ri bersama ayahnya yang merupakan pemandu dari keluarga Hae-joo tinggal bersama keluarga lain dalam satu rumah iaitu keluarga Moo-yeol dimana Moo-yeol dalam diam menyukai Yeo-ri dan sebenarnya Yeo-ri juga menyimpan perassan yang sama.

Suatu hari Hae-sung, iaitu anak kepada Ji-won (Ibu Hae-joo) yang masih kecil menghidapi leukimia. Satu-satunya cara agar bisa selamat dengan mencari penderma sumsum tulang. Ji-won lalu memberikan kewajiban bagi setiap pegawai dan keluarga perusahaannya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan Ji-won lalu mendapati Yeo-ri ternyata sesuai sebagai penderma. Ji-won lalu meminta izin kepada ayah Yeo-ri yang malah mengungkap jika Yeo-ri adalah anak kandung Ji-won yang selama ini disangka sudah meninggal. Kebenaran belum terungkap tapi malah terjadi kecelakaan pada ayah Yeo-ri. Ji-won yang sedang dibutakan oleh perasaan ingin menyelamatkan anaknya dan akhirnya membuat dia ragu untuk menyelamatkan ayah Yeo-ri. Saat dia berusaha berfikir kereta ayah Yeo-ri meletup. Ji-won lalu membuat rancangan licik untuk mengambil Yeo-ri sebagai anak angkat agar dia boleh menjadi penderma sumsum untuk anaknya bila-bila masa diperlukan.

Beberapa tahun berlalu, Yeo-ri belajar di luar negera dan telah kembali. Tanpa disangka penyakit Hae-sung kembali dan memerlukan penderma lagi. Yeo-ri pada awalnya bersedia namun berubah fikiran disaat dia mendapati dia hamil anaknya dengan Moo-yeol. Dilain pihak Hae-joo yang menyukai Moo-yeol juga berusaha melakukan segala cara agar boleh mendapatkan lelaki pujaannya dengan menyusahkan hidup Moo-yeol sehingga Moo-yeol merasa tidak memiliki apa-apa lagi dan bersetuju menerima bantuan daripada Hae-joo untuk bersamanya lalu meninggalkan Yeo-ri. Yeo-ri berasa kecewa kerana Moo-yeol mengabaikan dirinya dan bayinya. Dia lalu mencuba bersembunyi dari kejaran Ji-won yang ingin membunuh anaknya demi mendapatkan penderma. Yeo-ri kemudian dibantu oleh Do-chi yang merupakan pakcik Hae-joo yang diabaikan keluarganya kerana takut menjadi pewaris seterusnya di syarikat keluarga mereka.

Ketika Yeo-ri sedang diburu oleh orang suruhan Ji-won, terjadinya sebuah kemalangan. Pemburu Yeo-ri didapati meninggal akibat jatuh dari gedung. Yeo-ri ditangkap atas tuduhan pembunuhan. Yeo-ri lalu merancang untuk menerima tuduhan sebagai pembunuh dan bersembunyi di penjara hingga anaknya lahir. Ketika anaknya lahir, anaknya menghidapi sakit pneumonia dan harus dhantar rumah anak yatim. Ji-won kemudian mendapati lokasi Yeo-ri dan berniat membalas dendam kerana anaknya yang tidak sempat menerima penderma akhirnya meninggal dunia. Yeo-ri yang berusaha memburu Ji-won kemudian dimasukkan ke dalam penjara pemulihan selama beberapa wmaktu dan saat kembali ke penjara tahanan dia akhirnya mendapat tahu jika anaknya bernama Bom sudah meninggal. Yeo-ri yang kini berusaha untuk membalaskan dendamnya, kemudian telah menukarkan identitinya dengan menyamar sebagai gadis Seo Mal-nyeon, iaitu anak kepada seorang bekas banduan yang pernah dibantu oleh Yeo-ri sebelum ini. Yeo-ri lalu menukarkan identitinya menjadi Yoon Se-ol dan berjaya lulus ujian sebagai peguam. Dia kemudian memalsukan kematiannya sebagai Yeo-ri dan memulakan misi membalas dendamnya sebagai Yoon Se-ol demi membalas dendam pada orang-orang yang telah menyakitinya, terutamanya kepada Ji-won.

Pelakon Sunting

Karakter utama Sunting

Karakter sokongan Sunting

Orang di sekitar Yeo-ri / Yoon Se-ol Sunting

Orang di sekitar Ji-won Sunting

  • Byun Woo-min sebagai Goo Do-young
  • Joo Seung-hyuk sebagai Goo Hae-sung

Orang di sekitar Moo-yeol Sunting

  • Bang Eun-hee sebagai Jang Ae-nok
  • Lee In-ha sebagai Kim Yeol-mae
  • Choi Hyun-joon sebagai Kim Ga-ya
  • Kim Ji-an sebagai Kim Ma-ya / Son Bom

Orang di sekitar Do-chi Sunting

Lain-lain Sunting

Pautan luar Sunting