Unreal Enjin merupakan sebuah enjin permainan yang dibangunkan oleh Epic Games, pertama kali dipamerkan dalam permainan penembak orang pertama Unreal 1998. Walaupun dibangunkan terutamanya untuk penembak orang pertama, ianya telah berjaya digunakan dalam pelbagai bentuk genre lain, termasuklah selinap, pertarungan, MMORPG dan RPG lain. Dengan kod yang ditulis dalam C++, Unreal Engine memaparkan kemudahalihan tahap tinggi dan adalah satu alat yang digunakan oleh banyak pembangun permainan hari ini. 

Unreal Engine
PembangunEpic Games
Pelancaran pertamaMei 1998; 25 tahun yang lalu (1998-05)
Keluaran stabil
4.20 / 16 Julai 2018; 5 tahun yang lalu (2018-07-16)
Bahasa pengaturcaraanC++
JenisEnjin permainan
LesenHak milik; sumber bersama dengan model royalti untuk kegunaan komersil
Tapak webunrealengine.com

Keluaran semasa adalah Unreal Engine 4, direka untuk Microsoft Windows, macOS, Linux, SteamOS, HTML5, iOS, Android, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, Magic Leap One dan realiti maya (SteamVR/HTC Vive, Oculus Rift, PlayStation VR, Google Daydream, OSVR dan Samsung Gear VR).

Sejarah sunting

Unreal Engine 1 sunting

Pembangunan Unreal Engine generasi pertama telah dijalankan oleh pengasas Epic Games, Tim Sweeney.[2] Diinspirasikan oleh kerja pengaturcaraan perintis John Carmack pada Doom dan kemudian Quake, Sweeney memulakan pembangunan enjin pada tahun 1995 untuk produksi permainan yang kemudiannya dikenali sebagai Unreal, set penembak orang pertama dalam dunia Medieval dengan unsur-unsur makhluk asing.[3][4] Selepas bertahun-tahun dalam pembangunan, ia bermula dengan keluran permainan pada tahun 1998,[5] walaupun pemegang lesen seperti MicroProse dan Legend Entertainment telah memiliki teknologi tersebut lebih awal, dengan perjanjian perlesenan pertama mengambil tempat pada tahun 1996.[6]

Kedua-dua rendering perisian dan perkakasan hadir di dalam perisian asas dan juga pengesanan pelanggaran, pencahayaan berwarna, dan versi penapisan tekstur yang ringkas.[7] Enjin tersebut juga menyediakan 'level editor', UnrealEd (dahulunya Unreal World Editor,[8]),[9] yang mempunyai sokongan untuk operasi geometri pepejal konstruktif masa sebenar seawal tahun 1996, membolehkan pemeta untuk mengubah susun atur 'level' dengan cepat.[10][11] Ciri-ciri lain diletakkan sepanjang pembangunan enjin termasuk pencahayaan langsung dan sumber cahaya masa sebenar, yang mana masing-masing diintegrasikan pada tahun 1995 dan 1997.[12][13] Selain mempunyai sokongan untuk Microsoft Windows, Linux and Mac,[14] Unreal Tournament juga membuka pelantar kepada PlayStation 2 dan, dengan bantuan  Secret Level, ke Dreamcast.[15][16] Pada tahun 2000, Epic mengemaskinikan enjin dengan peningkatan baharu, termasuk model dan seni bina poligon tinggi, sistem animasi rangka dan sokongan rupabumi berskala besar.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ "unrealengine.com". Alexa Internet (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 22, 2018. Dicapai pada Mei 22, 2018.
  2. ^ Sweeney, Tim (2005). "GPU Gems 2 – Foreword". Nvidia Developer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2017. Dicapai pada Oktober 3, 2017.
  3. ^ Nutt, Christian (Mac 21, 2014). "Epic's Tim Sweeney lays out the case for Unreal Engine 4". Gamasutra (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 3, 2017. Dicapai pada Oktober 3, 2017.
  4. ^ Keighley, Geoffrey. "Blinded By Reality: The True Story Behind the Creation of Unreal". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 19, 2001. Dicapai pada Oktober 3, 2017.
  5. ^ Horvath, Stu (May 17, 2012). "The Imagination Engine: Why Next-Gen Videogames Will Rock Your World". Wired (dalam bahasa Inggeris). Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 30, 2015. Dicapai pada Februari 6, 2015.
  6. ^ Buecheler, Christopher. "Tim Sweeney discusses the Unreal Engine". GameSpy (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 21, 2001. Dicapai pada Oktober 3, 2017.
  7. ^ Lily, Paul (Julai 21, 2009). "Doom to Dunia: A Visual History of 3D Game Engines" (dalam bahasa Inggeris). Maximum PC. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 24, 2009. Dicapai pada Julai 5, 2009.
  8. ^ "Unreal". boot (dalam bahasa Inggeris). No. Aug/Sep 96 (ed. Special Premiere Collector's). m/s. 87. Dicapai pada Mei 22, 2018.
  9. ^ Smith, Tom (Julai 16, 2013). "Unreal: Epic's would-be Doom... er... Quake killer". The Register (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 12, 2017. Dicapai pada Ogos 13, 2017.
  10. ^ Wilson, Billy; O'Brien, Chris; Heir, Manveer; Howarth, Robert (Mei 25, 2000). "Talkin' nasty with Epic's Tim Sweeney". Voodoo Extreme (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 20, 2000. Dicapai pada Ogos 13, 2017.
  11. ^ Thomsen, Mike (Februari 23, 2010). "History of the Unreal Engine". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 12, 2017. Dicapai pada Ogos 13, 2017.
  12. ^ Burnes, Andre (Jun 8, 2012). "Epic Reveals Stunning Elemental Demo, & Tim Sweeney On Unreal Engine 4". NVIDIA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 10, 2012. Dicapai pada Jun 12, 2012.
  13. ^ Kosak, Dave. "Talking with Tim Sweeney about the evolution of a game engine". GameSpy (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 21, 2001. Dicapai pada Ogos 13, 2017.
  14. ^ Herz, J.C. (Disember 2, 1999). "GAME THEORY; For Game Maker, There's Gold in the Code". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 19, 2017. Dicapai pada September 24, 2017.
  15. ^ IGN Staff (Oktober 9, 2000). "Unreal Tournament". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 17, 2016. Dicapai pada Ogos 10, 2017.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  16. ^ IGN Staff (Disember 8, 2000). "Interview With Dreamcast Unreal Tournament Team". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Ogos 10, 2017.
  17. ^ IGN Staff (September 11, 2000). "New Features in Unreal Engine Shown". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 12, 2017. Dicapai pada Ogos 13, 2017.