Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2016 berlangsung pada 5 Ogos di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro bermula pukul 8:00 malam (waktu Brazil).[1] Seperti yang dimandatkan dalam Piagam Olimpik, prosedur rasmi ini menggabungkan upacara rasmi pembukaan bagi acara sukan antarabangsa ini (termasuk ucapan sambutan, upacara mengangkat bendera dan perarakan atlet).

Upacara pembukaan
Sukan Olimpik 2016
Tarikh5 Ogos 2016 (2016-08-05)
Masa20:00 BRT (23:00 UTC)
LokasiStadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil
Koordinat22°54′43.80″S 43°13′48.59″W / 22.9121667°S 43.2301639°W / -22.9121667; -43.2301639Koordinat: 22°54′43.80″S 43°13′48.59″W / 22.9121667°S 43.2301639°W / -22.9121667; -43.2301639

PersediaanSunting

Pengarah-pengarah kreatif untuk upacara pembukaan ini adalah pengarah filem Brazil, Fernando Meirelles (City of God, The Constant Gardener) dan penerbit, Daniela Thomas (yang juga mengarah penyerahan dari London 2012) dan Andrucha Waddington.[2] Koreografer Brazil, Deborah Colker, menyediakan lebih daripada 6000 sukarelawan yang akan menari dalam upacara pembukaan dimana latihan bermula pada akhir bulan Mei 2016.[3] Meirelles menyatakan bahawa upacara pembukaan bagi Sukan Olimpik 2016 akan mempunyai bajet yang jauh lebih rendah berbanding dengan Sukan Olimpik baru-baru ini, menggunakan hanya 10% bajet untuk upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012.

VenueSunting

Untuk Piala Dunia FIFA 2014 serta Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016, projek pembinaan semula yang besar dijalankan di Stadium Maracanã. Bahagian tempat duduk penonton yang asal telah diruntuhkan untuk memberi ruang kepada bahagian tempat duduk penonton yang baru.[4] Bumbung asal stadium telah digantikan dengan dengan gentian kaca. Bumbung baru meliputi 95% tempat duduk penonton di dalam stadium tidak seperti yang sebelumnya dimana perlindungan hanya diberikan kepada beberapa tempat duduk.

Kawah oborSunting

Kawah obor Olimpik akan dinyakan di dalam Maracanã. Pada bulan April 2016, jurucakap Jawatankuasa Penganjur Rio, Mario Andrada menyatakan bahawa penganjur merancang untuk memindahkan kawah obor Olimpik ke lokasi awam berdekatan Pelabuhan Rio de Janeiro selepas upacara pembukaan, kemungkinan besar berdekatan Gereja Candelária. Pemindahan ini serupa seperti ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 dimana kawah obor terletak di luar Pusat Konvensyen Vancouver. Datuk Bandar Rio, Eduardo Paes menyatakan hasrat untuk kawah obor itu diletakkan lebih dekat dengan "hati" pelabuhan, yang telah dibangunkan semula sebagai projek warisan untuk Sukan Olimpik.[5][6][7]

Lagu KebangsaanSunting

Pemimpin negara dan tetamuSunting

Ramalan awal menunjukkan bahawa 100 pemimpin negara atau kerajaan akan menghadiri upacara pembukaan. Walau bagaimanapun, ramai pemimpin dunia melengah-lengahkan keputusan sama ada untuk menghadiri upacara pembukaan kerana pergolakan politik Brazil dan beberapa isu lain, Ahli-ahli politik yang hadir mungkin menghadapi keadaan serba salah diplomatik apabila Sukan Olimpik dibuka.[8]

RujukanSunting

  1. ^ "Tickets". 31 Mac 2015. Dicapai pada 14 Jun 2015.
  2. ^ "Rio Olympics committee reveals opening ceremony details". 29 Julai 2015.
  3. ^ "Opening ceremony choreographer promises masterpiece of dance and passion".
  4. ^ "Maracanã". The Stadium Guide.
  5. ^ "Rio mayor wants Olympic cauldron near revitalized port area". Associated Press. Dicapai pada 6 Julai 2016.
  6. ^ "Confirmado: pira olímpica ficará no Porto do Rio". Globo.com (dalam bahasa Portugis). 27 April 2016.
  7. ^ "Olympic flame set to be located at city centre site during Rio 2016". InsideTheGames.biz. Dicapai pada 6 Julai 2016.
  8. ^ a b "Foreign leaders slow to commit to Rio opening ceremony".
  9. ^ "Czech President confirms he will attend Opening Ceremony of Rio 2016".
  10. ^ "Many world leaders unsure about attending Rio opening ceremony - Toronto Star".