Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah berlangsung pada 4 Februari 2022 di Stadium Nasional Beijing, China. Temasya tersebut telah dirasmikan oleh Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China.[2] Seperti yang diamanatkan dalam Piagam Olimpik, upacara tersebut telah menggabungkan bahagian artistik dan bahagian rasmi yang merangkumi ucapan alu-aluan, pengibaran bendera dan perarakan para atlet.[3]

Upacara pembukaan
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Tarikh4 Februari 2022
Masa20:00 - 22:20 (UTC+8)
TempatBeijing National Stadium
LokasiBeijing, China
Koordinat39°59′30″N 116°23′26″E / 39.99167°N 116.39056°E / 39.99167; 116.39056Koordinat: 39°59′30″N 116°23′26″E / 39.99167°N 116.39056°E / 39.99167; 116.39056
TemaSedunia, sekeluarga[1]
Dirakam olehCCTV dan OBS
Hadirin3,000

Upacara pembukaan ini diarahkan oleh pengarah dan penerbit filem Zhang Yimou, yang juga pernah mengarahkan upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2008.[4] Beliau telah menjadi individu pertama yang mengarahkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.[5] Upacara ini telah melibatkan 3,000 orang pelakon yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.[6]

Kebetulan upacara pembukaan diadakan bersempena dengan Lichun, salah satu musim pertanian dalam kalender tradisional Cina, maka upacara ini bermula dengan sebuah persembahan mengenai permulaan musim bunga. Persembahan artistik yang lain termasuklah pembentukan cincin Olimpik daripada "kuib ais" serta penghormatan kepada rakyat dan petugas barisan hadapan COVID-19. Emping salji turut merupakan satu unsur yang amat penting dalam upacara ini dan telah muncul dalam reka bentuk papan tanda yang tertera nama delegasi, lagu tema upacara ini serta reka bentuk kawah Olimpik.

Upacara pembukaan ini turut terkesan dengan beberapa kontroversi, antaranya termasuklah pemboikotan secara diplomatik oleh beberapa pemimpin negara. Tindakan pihak penganjur memilih Dinigeer Yilamujiang, seorang atlet berbangsa Uygur, sebagai penyala kawah Olimpik dilihat oleh ramai sebagai balasan kerajaan China terhadap pemboikotan negara Barat.

Upacara pembukaan ini turut terkesan dengan beberapa kontroversi, antaranya termasuklah pemboikotan secara diplomatik oleh beberapa negara Barat.

Tema dan konsep sunting

Tema bagi upacara pembukaan ini ialah:

  • Keinginan China untuk mencapai keamanan dunia
  • Moto Olimpik "lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat - bersama-sama"
  • Slogan Sukan Musim Sejuk Beijing "Bersama untuk masa depan bersama"[7]

Persediaan sunting

Persiapan terakhir bagi upacara tersebut di Sarang Burung telah tamat pada Oktober 2021.[8] Raptai berskala penuh telah diadakan pada 22 Januari 2022, dengan kira-kira 4000 peserta yang menyertainya.[9] Tiga raptai turut diadakan pada 27 Januari 2022, 28 Januari 2022 dan 2 Februari 2022.

Upacara sunting

Hitung undur sunting

Uoacara pembukaan Sukan Olimpik 2022 diadakan bersempena dengan Lichun (Bahasa Cina: 立春) yang bermaksud "permulaan musim bunga". Lichun merupakan musim pertanian yang pertama antara 24 musim dalam kalender tradisional Cina. Oleh itu, upacara bermula dengan hitung undur yang berasaskan 24 musim tersebut, bermula dengan "air hujan" (Bahasa Cina: 雨水, Pinyin: yǘshuǐ) dan berakhir dengan Lichun. Sukan Olimpik 2022 juga merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang ke-24.[10] Menurut pengarah upacara pembukaan Zhang Yimou, Lichun merupakan satu simbol kebudayaan yang amat baik dan upacara pembukaan ini merupakan satu peluang baik untuk memperkenalkan budaya Cina ini kepada masyarakat global. Beliau turut berkata bahawa idea ini tercetus apabila mereka mengetahui bahawa hari upacara pembukaan diadakan kebetulan bersempena dengan Lichun. Pasukan pembidaan Sukan Olimpik 2022 sebenarnya tidak menyedarinya apabila mereka menentukan tarikh upacara pembukaan.[11]

Upacara diteruskan dengan persembahan daripada 450 pelakon yang membawa lampu batang bercahaya berwarna hijau.[12] Mereka membentuk formasi-formasi yang menyerupai pertumbuhan rumput. Lampu batang bercahaya kemudian berubah kepada warna putih dan membentuk dandelion. Wajah seorang kanak terbentuk pada pentas LED. Kanak tersebut seterusnya meniup dandelion tersebut dan benih-benihnya tersebar. Bunga api berwarna putih yang menandakan benih-benih dandelion dilepaskan, dan seterusnya membentuk perkataan “立春” dan “SPRING”.[13][14]

Pengibaran bendera sunting

Bendera kebangsaan China dibawa masuk oleh 12 orang kanak-kanak, diiringi dengan lagu "Tanah Airku dengan Saya" (Bahasa Cina: 我和我的祖国) yang ditiupkan oleh seorang peniup trompet kanak yang bernama Zhu De En.[15] Seterusnya, bendera tersebut diberikan kepada 176 wakil dari bidang-bidang yang berbeza. Antaranya termasuklah angkasawan, pegawai polis, mahasiswa, pegawai perubatan, penghantar makanan dan sebagainya.[16] Mereka menghulurkan bendera tersebut satu demi satu dan akhirnya memberikannya kepada anggota Tentera Pembebasan Rakyat. Mereka mengkibarkan bendera dengan iringan lagu kebangsaan China.

Pembentukan lima cincin sunting

Persembahan bermula dengan setitik dakwat yang turun dari atas, dan dakwat itu kemudiannya berubah menjadi air Sungai Kuning yang bergelora. Imej ini berilham daripada rangkap puisi Li Bai, "Air Sungai Kuning turun dari langit" (Bahasa Cina: 黄河之水天上来). Seterusnya, air sungai tersebut membeku dan pentas LED berubah menjadi satu lapisan ais yang besar. Sebuah kuib ais muncul di tengah-tengah stadium dan 24 alur laser yang mewakili 24 edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk mengukir nama-nama bandar yang pernah menganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk padanya, akhirnya bertamat dengan Beijing 2022.[1]

Enam pemain hoki ais memukul sebuah cakera hoki maya yang terbentuk pada pentas LED, cakera tersebut melanggar kuib ais tersebut secara berulang, akhirnya menyebabkan kuib ais tersebut pecah dan memperlihatkan cincin Olimpik yang berwarna putih.[17] Pemecahan kuib ais membawa maksud menghapuskan halangan antara satu sama lain dan bersatu padu.[18][19]

Perarakan atlet sunting

 
Kemasukan delegasi Ukraine

Perarakan atlet diketuai oleh pasukan Yunani, dan diikuti oleh pasukan-pasukan negara lain mengikut bilangan coret yang ada pada perkataan pertama nama pasukan tersebut.[20][21] Perarakan tersebut berakhir dengan kontigen Itali, yang merupakan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk yang seterusnya, dan tuan rumah Sukan Olimpik 2022, China. Mereka diiringi dengan 19 buah lagu klasikal sebagai tanda orang China menghormati budaya lain dari seluruh dunia.[22]

Atlet-atlet masuk dari "Gerbang China", yang terbentuk daripada ukiran ais yang berilham reka bentuk pintu tradisional Cina, dan berjalan di atas "Jendela China" yang menunjukkan pemandangan negara China. Plakad yang berukir nama pasukan negara berbentuk emping salji, serasi dengan tema upacara pembukaan.[23] Pembawa-pembawa plakad memakai topi yang berwarna biru dan putih untuk melambangkan salji dan ais, dan mempunyai imej harimau lantaran tahun 2022 merupakan Tahun Harimau mengikut zodiak Cina.[24]

Pembentukan emping salji sunting

Pembawa-pembawa plakad menari dengan plakad berbentuk emping salji yang ditulis nama JOK. Pada masa yang sama, kesan penurunan plakad-plakad berbentuk emping salji dari langit telah diwujudkan dengan menggunakan teknologi realiti berperantara (AR).[25] Plakad-plakad tersebut kemudiannya diletakkan di atas pentas LED oleh pembawa-pembawa plakad. Plakad tersebut akhirnya disambungkan oleh sebatang ranting pohon zaitun dan membentuk sebuah emping salji yang besar (yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada kawah Olimpik).[26] Bahagian ini merupakan satu-satunya persembahan yang melibatkan pelakon profesional, yakni penari dari Akademi Tarian Beijing.[27]

Every rise, every fall, every victory - we're in it together sunting

Video pendek ini menggambarkan rakyat biasa dari seluruh pelosok dunia menonton Sukan Olimpik Musim Sejuk dan meniru pergerakan-pergerakan atlet. Apabila mereka terjatuh bersama, mereka bangkit semula dan memperoleh kejayaan bersama. Video pendek ini menekankan hubungan antara atlet dan penyokongnya dan merupakan sebahagian daripada kempen "Stronger Together" IOC yang bertujuan untuk menyanjung kekuatan kepercayaan seseorang kepada orang lain. Video ini diarahkan oleh Salomon Ligthelm, seorang pengarah dari Afrika Selatan, dengan kerjasama daripada Uncommon Creative Studio.[28]

Ucapan sunting

Penghormatan kepada rakyat sunting

Dengan iringan lagu "Biar Dunia Ini Dipenuhi dengan Kasih Sayang" (Bahasa Cina: 让世界充满爱), 76 mahasiswa China dan mahasiswa asing berjalan merentasi pentas LED. Di bawah kaki mereka, imej-imej yang menunjukkan wajah individu dari seluruh dunia dipaparkan. Bahagian ini tamat dengan slogan Sukan Olimpik 2022, "Bersama untuk masa depan bersama", dipaparkan.

Upacara diteruskan dengan 24 orang atlet luncur ais meluncur di atas pentas LED dengan iringan lagu "Imagine" yang digubal oleh John Lennon dan Yoko Ono.[29][30] Pada masa yang sama, seorang atlet lompat ski dilihat melayang merentasi stadium.[31] Moto Olimpik, "Lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat - bersama-sama" turut terpapar pada pentas LED.[29]

Pengibaran bendera Olimpik sunting

Bendera Olimpik dibawa masuk oleh Luo Zhihuan, Zhang Hui, Li Jiajun, Shen Xue, Han Xiaopeng, dan Zhang Hong. Lagu Olimpik dinyanyikan oleh Koir Kanak-kanak Malanhua'er yang terdiri daripada 44 orang pelajar sekolah rendah dari Chengnanzhuang, Hebei.[32][33]

Pembawa bendera Olimpik:

  • Luo Zhihuan: Juara dunia sukan musim sejuk China yang pertama, juara dunia berbangsa Korea yang pertama di China.
  • Zhang Hui: Pemenang pingat emas 3000 m berganti-ganti luncur ais balapan pendek (2010).
  • Li Jiajun: Pemenang dua pingat perak dan tiga pingat gangsa Olimpik (1998, 2002, 2006).
  • Shen Xue: Pemenang pingat emas (2010) dan dua pingat gangsa Olimpik (2002, 2006).
  • Han Xiaopeng: Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk China yang pertama (2006).
  • Zhang Hong: Pemenang pingat emas Olimpik (2014).

Ikrar Olimpik sunting

Atlet ski rentas desa, Wang Qiang dan atlet luncur papan salji, Liu Jiayu mengangkat Ikrar Olimpik sebagai wakil atlet, manakala Tao Yongchun, hakim ski gaya bebas dan jurulatih luncur papan salji China, Ji Xiao'ou masing-masing mewakili hakim dan jurulatih dalam upacara angkat Ikrar Olimpik.[10]

Video: Juara masa depan sunting

Video pendek ini menggambarkan kanak-kanak cuba bermain sukan musim sejuk. Menurut penganjur, video ini menggambarkan dasar negara China untuk menggalakkan 300 juta rakyat untuk melibatkan diri dalam sukan musim sejuk.[34]

Emping salji sunting

Dalam persembahan ini, 155 anggota Koir filharmonik Beijing mempersembahkan lagu tema upacara ini, "Emping salji" (Bahasa Cina: 雪花) yang digubal oleh profesor Zhang Shuai dari Pusat Konservatori Muzik Beijing.[35][36] Pada masa yang sama, beratus-ratus kanak-kanak berlari di pentas LED dengan membawa tanglung berbentuk burung merpati. Dengan menggunakan teknologi tangkapan gerakan, imej emping salji dan bintang membentuk di kawasan yang dilalui oleh kanak-kanak.[37] Mereka juga memakai kasut tradisional dari kawasan utara Hebei yang mempunyai imej harimau.[24]

Penyalaan kawah Olimpik sunting

Pembawa bendera delegasi China pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 1980, Zhao Weichang membawa masuk api Olimpik. Obor tersebut kemudian diberikan kepada Li Yan, jurulatih dan atlet luncur ais balapan pendek yang terkenal, Yang Yang, atlet luncur ais balapan pendek dan Naib Presiden WADA, Su Bingtian, pemegang rekod Asia lari 100 m, dan Zhou Yang, atlet luncur ais yang terkenal. Obor Olimpik akhirnya dinyala oleh Dinigeer Yilamujiang, atlet ski rentas desa berbangsa Uygur,[38] dan Zhou Jiawen, atlet China yang pertama dalam acara gabungan Nordik. Keputusan penganjur Beijing 2022 untuk melantik Yilamujiang sebagai penyala Olimpik dilihat oleh ramai media Barat sebagai simbol politik yang dilakukan oleh kerajaan China untuk membalas keputusan negara-negara Barat untuk memboikot upacara ini secara diplomatik.[39][40][41][42][43][44]

Lagu kebangsaan sunting

  •   Pembawa bendera kebangsaan yang terdiri daripada 56 buah kumpulan etnik China dan pekerja barisan hadapan - Lagu Kebangsaan China
  •   Koir Kanak-kanak Malanhua'er - Lagu Olimpik

Hadirin sunting

Pembesar negara tuan rumah sunting

Pembesar-pembesar antarabangsa sunting

Hadirin daripada pertubuhan antarabangsa sunting

Kontroversi sunting

Negara memboikot sunting

Negara-negara berikut telah mengesahkan mereka akan memboikot temasya tersebut secara diplomatik lantaran pencabulan hak asasi manusia yang berterusan di China seperti pembunuhan beramai-ramai Uyghur.[96] Oleh itu, mereka tidak akan menghantar perwakilan diplomatik ke upacara pembukaan tersebut.

Penyertaan Taiwan sunting

Pada 26 Januari 2022, jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan negara China tersilap memanggil pasukan Chinese Taipei (Taiwan) sebagai "Taipei, China".[107] Kemudian pada hari itu, Taiwan mengumumkan bahawa mereka akan memboikot temasya tersebut secara diplomatik.

Pada 28 Januari 2022, seorang pegawai Taiwan menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada boikot diplomatik, delegasi China Taipei tidak akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan atau penutupan secara rasmi kerana peraturan anti-COVID-19 dan penerbangan tertunda.[108] Pegawai tersebut juga menyatakan kebimbangan mereka terhadap susunan delegasi Chinese Taipei (中华台北) dan Hong Kong, China (中国香港) yang bersebelahan antara satu sama lain dalam perbarisan atlet sebagai satu tanda "menurunkan" status Taiwan.[109]

Pada 1 Februari 2022, berdasarkan "interaksi yang baik dan persefahaman bersama" antara IOC dan CTOC, Taiwan membenarkan empat atlet menyertai upacara pembukaan dan penutupan.[110]

Bantahan oleh atlet Olimpik sunting

Menurut Washington Post, beberapa atlet telah menyatakan bahawa mereka akan memboikot upacara pembukaan Olimpik atas sebab "masalah hak asasi manusia". Pertubuhan "Students for a Free Tibet" mendakwa bahawa atlet daripada sekurang-kurangnya dua pasukan Barat telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan menghadiri upacara pembukaan.[111]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Beijing 2022 Opening Ceremony: One World, One Family". olympics.com. 4 Februari 2022. Dicapai pada 12 Februari 2022.
  2. ^ "How do the Olympic Games opening and closing ceremonies take place". International Olympic Committee (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2021. Dicapai pada 2021-12-08.
  3. ^ "Olympic and Paralympic Winter Games Beijing 2022 - Updates on Spectators, Vaccination and COVID-19 Countermeasures - Olympic News". International Olympic Committee (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2021. Dicapai pada 2021-10-10.
  4. ^ "Chinese director Zhang Yimou to oversee opening ceremony of 2022 Winter Olympics". The Standard. Reuters. 8 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2022. Dicapai pada 19 January 2022.
  5. ^ Holland, Oscar (4 Februari 2022). "What we know -- and don't -- about director Zhang Yimou's Winter Olympics opening ceremony". CNN. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  6. ^ Berkeley, Geoff (30 Januari 2022). "Teenagers set to make up 95 per cent of cast for Opening Ceremony of Beijing 2022". Inside the Games. Dicapai pada 11 Februari 2022.
  7. ^ Chan, Kin-wa. "Beijing 2022: Chinese director Zhang Yimou hopes to lift spirits of a pandemic-ravaged world during Winter Olympics opening ceremony". South China Morning Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2022. Dicapai pada 20 January 2022.
  8. ^ Burke, Patrick (23 January 2022). "Full rehearsal held for Opening Ceremony of Beijing 2022 Winter Olympics". Inside the games. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  9. ^ Burke, Patrick (23 January 2022). "Full rehearsal held for Opening Ceremony of Beijing 2022 Winter Olympics". Inside the games. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  10. ^ a b McGarry, Andrew; Smale, Simon (4 Februari 2022). "Winter Olympics opening ceremony: Beijing 2022 Games are officially open after stirring ceremony at the Bird's Nest". ABC. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  11. ^ 陳進安 (2022-02-04). "北京冬奧|巧遇立春採二十四節氣倒計時 張藝謀:談了兩年才想到". 香港01. 大地傳媒. Dicapai pada 2022-02-04.
  12. ^ Zhang, Tianwei (4 Februari 2022). "Chinese Designers Shine at Beijing Winter Olympics Opening Ceremony". WWD. Dicapai pada 5 Februari 2022.
  13. ^ 顏銘輝 (2022-02-04). "北京冬奧開幕禮|雪花主題新穎方式點聖火 葡萄牙選手入場扮C朗". 香港01. 大地傳媒. Dicapai pada 2022-02-04.
  14. ^ Pavitt, Michael; Berkeley, Geoff; Houston, Michael; Barker, Philip (4 Februari 2022). "Beijing 2022 Olympic Games: Opening Ceremony". Inside the Games. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  15. ^ "开幕式上吹小号的小男孩是他!怎么被选上的?". 4 Februari 2022. Dicapai pada 5 Februari 2022.
  16. ^ 高倩 (2022-02-04). "176名代表将国旗手手相传,他们中很多人你都熟悉". 環球網. 北京日报. 人民日報. Dicapai pada 2022-02-04.
  17. ^ "A Look at the Winter Olympics Opening Ceremony Olympic Rings". NBC. 4 Februari 2022. Dicapai pada 5 Februari 2022.
  18. ^ Bubel, Jennifer (4 Februari 2022). "Winter Olympics: Opening Ceremony in Beijing 2022". Diario AS. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  19. ^ "Winter Olympics: Beijing 2022 opening ceremony, as it happened". South China Morning Post. 4 Februari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
  20. ^ Gaines, Cork; Davis, Scott (9 February 2018). "Why Greece always leads the parade of athletes at the Olympic opening ceremony and how the rest of the order is determined". Business Insider. New York City, New York, U.S. Dicapai pada 15 January 2021.
  21. ^ Mather, Victor; Buckley, Chris (4 February 2022). "The Chinese language determines the order of the Parade of Nations". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 4 February 2022.
  22. ^ Belam, Martin (4 Februari 2022). "Winter Olympics: 11 key moments from Beijing 2022 opening ceremony". The Guardian. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  23. ^ Sangal, Aditi; Yeung, Jessie; Renton, Adam; Church, Ben; Sung, Patrick; Wagner, Meg (4 Februari 2022). "February 4, 2022 Beijing Winter Olympics news and results". CNN. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  24. ^ a b "Beijing Olympics open with nod to Year of the Tiger". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 4 Februari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
  25. ^ "全球连线|冬奥会开幕式全景式独家解读:"双奥之城" 惊艳世界". Xinhuanet. 5 Februari 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  26. ^ 張建林; 馬瑾倩 (5 Februari 2022). "一朵雪花 貫穿全場". 新京报. 新浪网. 新華社. Dicapai pada 5 Februari 2022.
  27. ^ "从不给自己作品打分-张艺谋这次给满分!". Sinchew Daily. 5 Februari 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  28. ^ Berkeley, Geoff (26 Januari 2022). "IOC releases film to highlight solidarity between athletes and fans before Beijing 2022". Insde the Games. Dicapai pada 6 Februari 2022.
  29. ^ a b McLaughlin, Luke (4 Februari 2022). "Beijing 2022: Winter Olympics opening ceremony – as it happened". The Guardian. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  30. ^ Vanderhoof, Erin (4 Februari 2022). "Why, Oh Why, Did the Beijing Olympics Opening Ceremony Continue the "Imagine" Tradition?". Vanity Fair. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  31. ^ Barker, Philip (4 Februari 2022). "Philip Barker: Fire and ice at "unprecedented" Beijing 2022 Opening Ceremony". Inside the Games. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  32. ^ "冬奥开幕式为何选中这群大山里的孩子?背后有段感人故事". 北京日报. 2022-02-04. Dicapai pada 2022-02-05.
  33. ^ "阜平孩子上了冬奥会开幕式". 河北日报客户端. 2022-02-04. Dicapai pada 2022-02-05.
  34. ^ Victor, Daniel; Lyall, Sarah (4 Februari 2022). "Opening Ceremony Highlights: A Surprise Start to China's Big Moment". New York Times. Dicapai pada 11 Februari 2022.
  35. ^ Zhang, Yang (6 Februari 2022). "独家专访:北京冬奥开幕式主题曲《雪花》词曲作者张帅". Agensi Berita Xinhua. Dicapai pada 12 Februari 2022.
  36. ^ Tian, Wan Ting (10 Februari 2022). "155个孩子献声冬奥会"最美大雪花"". Beijing Youth Daily. Dicapai pada 12 Februari 2022.
  37. ^ Molski, Max (4 Februari 2022). "Children Star in 'Snowflake' Performance at Winter Olympics Opening Ceremony". NBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2022. Dicapai pada 12 Februari 2022.
  38. ^ Golden, Andrew. "Who is Dinigeer Yilamujiang, the lighter of the Olympic cauldron?". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2022. Dicapai pada 5 February 2022.
  39. ^ "What message did China send by choosing Uyghur torchbearer?". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2022. Dicapai pada 2022-02-05.
  40. ^ Buckley, Chris; Das, Andrew (2022-02-04). "In a provocative choice, China picks an athlete with a Uyghur name to help light the cauldron". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2022. Dicapai pada 2022-02-05.
  41. ^ Peters, Justin (2022-02-05). "China's Opening Ceremony Taunted the World. What Is NBC Going to Do About It?". Slate Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2022. Dicapai pada 2022-02-05.
  42. ^ Holt, Lester (2022-02-05). "China's human rights record slammed as Beijing Olympics kick off". NBC Nightly News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2022. Dicapai pada 2022-02-05.
  43. ^ Chappell, Bill (2022-02-04). "The Beijing Winter Olympics' cauldron lighting made a political statement". NPR (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2022. Dicapai pada 2022-02-04.
  44. ^ Brady, Erik. "NBC coverage of Winter Olympic Games opening ceremony put spotlight on China's treatment of Uyghurs, but more must be done". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2022. Dicapai pada 2022-02-05.
  45. ^ "Xi Jinping will attend the opening ceremony of the Beijing 2022 Winter Olympics and hold a series of foreign affairs activities 习近平将出席北京2022年冬奥会开幕式并举行系列外事活动". People.cn. Xinhua. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  46. ^ Morgan, Liam (14 January 2022). "China makes two appointments to Beijing 2022 Organising Committee". Inside the games. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2022. Dicapai pada 15 January 2022.
  47. ^ Jourdan, Adam; Simao, Paul (1 February 2022). "Argentina's Fernandez set for China, Russia tour after IMF accord". Reuters. Dicapai pada 3 February 2022.
  48. ^ Məmmədov, www mrsadiq info | Sadiq; Məmmədov, www mrsadiq info | Sadiq (2022-01-28). "Azerbaijan's deputy PM to attend Beijing Olympics opening ceremony". News.az (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 2022-01-28.
  49. ^ Li, Ya Wun; Yang, Sheng Ru (28 January 2022). "Xi Jinping will attend the opening ceremony and welcome banquet in the countdown to the Beijing Winter Olympics". Central News Agency(Taiwan). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  50. ^ "Vietnam, Cambodia, Laos support Beijing Winter Olympics, Cambodian king will attend opening ceremony (越柬寮支持北京冬奧 柬埔寨國王將出席開幕)". Udn news. Central News Agency (Taiwan). 25 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2022. Dicapai pada 25 January 2022.
  51. ^ Luo, Yin Chong (3 February 2022). "TAO: Hung Hsiu-chu reaches Beijing to attend the opening ceremony of Beijing olympics 大陸國台辦:洪秀柱抵北京 將出席冬奧開幕式". UDN news. Dicapai pada 3 February 2022.
  52. ^ Li, Ya Wun; Yang, Sheng Ru (28 January 2022). "Xi Jinping will attend the opening ceremony and welcome banquet in the countdown to the Beijing Winter Olympics". Central News Agency(Taiwan). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  53. ^ AFP, French Press Agency- (2022-01-28). "World leaders to attend Beijing olympics despite boycott calls". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 2022-01-28.
  54. ^ Vanttinen, Pekka (2022-01-19). "Finland not joining diplomatic boycott of Beijing Olympics". www.euractiv.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 2022-01-28.
  55. ^ "France will not join boycott of Beijing Olympics, seeking common EU stanceFrance will not join boycott of Beijing Olympics, seeking common EU stance". France 24. AFP (L'Agence France-Presse). 9 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2021. Dicapai pada 9 December 2021.
  56. ^ "Mitsotakis to attend Olympics 2022". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2022. Dicapai pada 9 January 2022.
  57. ^ Mari Saito (11 December 2021). "Senior Japanese officials to skip Beijing Olympics - report". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2021. Dicapai pada 11 December 2021.
  58. ^ "Japan won't send Cabinet ministers to attend Beijing Olympics". Japantimes. 11 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2021. Dicapai pada 13 December 2021.
  59. ^ "Japan not to send senior officials to Beijing Olympics". Kyodo News. 24 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2021. Dicapai pada 24 December 2021.
  60. ^ Yang (杨薇薇), Weiwei (10 January 2022). "Wang Yi: Welcome Kazakh President Tokayev to Attend the Opening Ceremony of the Beijing Winter Olympics(王毅:欢迎哈萨克斯坦总统托卡耶夫出席北京冬奥会开幕式)". HNR(映象网). Henan Radio & Television Station (河南广播电视台). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2022. Dicapai pada 10 January 2022.
  61. ^ "Wang Yi Talks With Kazakh Deputy Prime Minister, Saying He Supports Kazakhstan in Maintaining Stability and Stopping Violence(王毅與哈薩克副總理通話 稱支持哈方維穩止暴)". Headline Daily (頭條日報). Sing Tao Newspaper Group Limited. 10 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2022. Dicapai pada 10 January 2022.
  62. ^ "KAZAKHSTAN PRESIDENT KASSYM-JOMART TOKAYEV RECEIVE AN INVITATION TO THE BEIJING 2022 WINTER OLYMPIC GAMES OPENING CEREMONY". Olympic.kz. National Olympics Committee of Kazakhstan. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2022. Dicapai pada 19 January 2022.
  63. ^ "President Japarov switches to remote work in connection with planned visit to China". AKI Press News Agency. 24 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2022. Dicapai pada 24 January 2022.
  64. ^ Kang, Seung-woo (24 January 2022). "Deputy prime minister may attend Beijing Winter Games". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2022. Dicapai pada 24 January 2022.
  65. ^ "Sports minister to head S. Korean gov't delegation to Beijing 2022". Yonhap News Agency. 25 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2022. Dicapai pada 25 January 2022.
  66. ^ "Nat'l Assembly speaker to attend Beijing Olympics opening". Yonhap News Agency. 25 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2022. Dicapai pada 25 January 2022.
  67. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  68. ^ "CNS: Macau Chief Executive Ho Iat Seng will attend the opening ceremony of the Beijing Winter Olympics (中新社:澳门特首贺一诚将出席北京冬奥会开幕式)". Sina sports. 31 January 2022. Dicapai pada 2 February 2022.
  69. ^ "The Prime Minister of Mongolia will attend the Beijing Winter Olympics! (Ерөнхий сайд Бээжингийн олимпод оролцоно гэдгээ хэллээ)". 30 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2021. Dicapai pada 30 December 2021.
  70. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  71. ^ "PM Imran Khan to attend Beijing Olympics opening ceremony amid boycott by the West". The News International. Radio Pakistan. 13 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2022. Dicapai pada 13 January 2022.
  72. ^ Mohi Shah, Abdul (8 January 2022). "PM Imran Khan may go to China for Beijing Olympics 2022". Geo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2022. Dicapai pada 10 January 2022.
  73. ^ "Which world leaders are attending China's Winter Olympics, despite US-led boycott?". Hong Kong Free Press HKFP (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2022. Dicapai pada 2022-01-28.
  74. ^ "Poland's president to attend Beijing Olympics amidst U.S. boycott". Reuters. 18 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2022. Dicapai pada 18 January 2022.
  75. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  76. ^ Burke, Patrick (16 January 2022). "Novak leads Romanian delegation during meetings with FITEQ in Budapest". Inside the games. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2022. Dicapai pada 21 January 2022.
  77. ^ "Putin to Attend 2022 Beijing Olympics — Minister". The Moscow Times. 16 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2021. Dicapai pada 1 November 2021.
  78. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  79. ^ "Historic moment for Kingdom as first-ever Saudi Winter Olympics delegation arrives in Beijing". Saudi Gazatte. 3 February 2022. Dicapai pada 3 February 2022.
  80. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  81. ^ "Which world leaders are attending China's Winter Olympics, despite US-led boycott?". Hong Kong Free Press HKFP (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2022. Dicapai pada 2022-01-28.
  82. ^ "泰国公主诗琳通将出席北京冬奥会开幕式,外交部:热烈欢迎". 环球时报. 北京日报. 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  83. ^ Marsh, Jenni; Ding, Luz; Li, Jing (26 January 2022). "China Gets Five Central Asian Leaders to Attend Olympics". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2022. Dicapai pada 26 January 2022.
  84. ^ Marsh, Jenni; Ding, Luz; Li, Jing (26 January 2022). "China Gets Five Central Asian Leaders to Attend Olympics". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2022. Dicapai pada 26 January 2022.
  85. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  86. ^ Marsh, Jenni; Ding, Luz; Li, Jing (26 January 2022). "China Gets Five Central Asian Leaders to Attend Olympics". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2022. Dicapai pada 26 January 2022.
  87. ^ "China's Xi meets IOC chief Bach ahead of Winter Olympics". The Korea Times. AFP. 25 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2022. Dicapai pada 25 January 2022.
  88. ^ "Ban Ki-moon will attend Beijing 2022 Olympics: report". The Global Herald. 5 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2021. Dicapai pada 27 December 2021.
  89. ^ Iveson, Ali (27 January 2022). "IPC President Parsons to miss Winter Olympics after contracting COVID-19". InsideTheGames.biz. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  90. ^ "UN chief to attend Beijing Olympics despite boycott from US and allies". TRT World. Turkish Radio and Television Corporation. 10 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2021. Dicapai pada 10 December 2021.
  91. ^ "UN General Assembly urges global ceasefire at Beijing Winter Olympics(聯大今促北京冬奧會時全球全面停火)" (dalam bahasa Cina). Radio France International. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2022. Dicapai pada 21 January 2022.
  92. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  93. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  94. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  95. ^ "More than 30 international dignitaries attended the opening ceremony of the Winter Olympics". Headline news. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  96. ^ "Boycott of China in 2022".
  97. ^ "2022 Beijing Winter Olympics: Australia joins US diplomatic boycott". BBC News. 8 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2021. Dicapai pada 8 December 2021.
  98. ^ "Beijing Olympics boycott: Belgium follows in the footstep of US & UK". 16 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2021. Dicapai pada 17 December 2021.
  99. ^ "Canada joining diplomatic boycott of Beijing Winter Olympics". Global News. 8 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2021. Dicapai pada 8 December 2021.
  100. ^ "Denmark to join diplomatic boycott of Beijing Olympics over human rights". Reuters. 14 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2022. Dicapai pada 14 January 2022.
  101. ^ "Estonian government officials in no mood to attend Beijing Olympics". Baltic News Network. 18 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2022. Dicapai pada 18 January 2022.
  102. ^ "Australia, UK join diplomatic boycott of Beijing Winter Games". Reuters. 8 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2021. Dicapai pada 8 December 2021.
  103. ^ Ramachandran, Sudha (4 February 2022). "India Joins Diplomatic Boycott of Beijing Winter Olympics". The Diplomat. Dicapai pada 2022-02-04.
  104. ^ "Kosovo boycotts Beijing Winter Olympics". Alsat News. 8 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2021. Dicapai pada 8 December 2021.
  105. ^ "Lithuania confirms diplomatic boycott of Beijing 2022 Winter Olympics". ANI News. 3 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2021. Dicapai pada 8 December 2021.
  106. ^ "White House announces US diplomatic boycott of 2022 Winter Olympics in Beijing". CNN. 6 December 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2021. Dicapai pada 8 December 2021.
  107. ^ Gibson, Liam (28 January 2022). "Taiwan's Winter Olympic team will not attend ceremonies in Beijing". Taiwan News. Taipei, Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  108. ^ Berkeley, Geoff (26 January 2022). "Taiwan officials set to shun Beijing 2022 Ceremonies over propaganda fears". Insidethegames. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2022. Dicapai pada 26 January 2022.
  109. ^ "Olympic-Team Taiwan won't be at Winter Games opening ceremony". Reuters. London, United Kingdom. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 28 January 2022.
  110. ^ "Taiwan to take part in Olympic opening, closing". Taipei Times. 2 February 2022.
  111. ^ Rogin, Josh (3 February 2022). "Opinion: Olympic athletes are getting ready to boycott the opening ceremony in Beijing". The Washington Post. Dicapai pada 3 February 2022.

Pautan luar sunting